23/09/2024
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas segala bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali di KPKM. Sumbangan serta dedikasi YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali dalam memastikan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara berada pada landasan yang kukuh.
Kami mendoakan agar YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab baharu di Kementerian Pertahanan (MINDEF). Selamat maju jaya, dan terima kasih atas segala usaha yang telah dicurahkan untuk negara.
Pohon rendang di tepi laman,
Teduhnya nyaman tiada terperi,
Jasa dan bakti Datuk Lokman tinggalkan,
Kekal dikenang di sanubari.