08/09/2026
📊 RANG UNDANG-UNDANG STATISTIK 2026
Memperkasa sistem statistik negara melalui kerangka perundangan yang lebih menyeluruh, responsif dan selaras dengan keperluan semasa.
Rang Undang-Undang Statistik 2026 (RUU Statistik 2026) diperkenalkan bagi menggantikan Akta Perangkaan 1965 [Akta 415], seterusnya memperkukuh asas perundangan dan tadbir urus statistik rasmi negara.
Antara fokus utama RUU Statistik 2026 adalah:
▪️ Memperkasa fungsi dan peranan Jabatan Statistik Malaysia.
▪️ Memperkukuh Sistem Statistik Negara dan penyelarasan aktiviti statistik.
▪️ Menubuhkan Majlis Statistik Negara sebagai badan penasihat dan penyelaras.
▪️ Memantapkan pengumpulan, pengurusan, penyebaran dan komunikasi data statistik.
▪️ Memastikan kerahsiaan dan perlindungan maklumat responden.
▪️ Memperkukuh peruntukan berkaitan pematuhan, kuasa serta tanggungjawab dalam pengurusan statistik.
RUU Statistik 2026 merangkumi 6 Bahagian dan 22 Fasal, yang menjadi asas kepada pengurusan statistik negara yang lebih tersusun, berintegriti dan berdaya tahan.
Kunjungi MyLabourHub di mylabourhub.dosm.gov.my - Maklumat pasaran buruh terunggul anda!