11/05/2026
SINERGI ANTARA AGENSI KE ARAH MENOKTAHKAN KEMISKINAN TEGAR DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Program Sinergi yang diterajui oleh Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri merupakan inisiatif berfokus yang digerakkan melalui penglibatan pelbagai agensi bantuan bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.
Antara agensi yang terlibat ialah Perbadanan Putrajaya (PPj), Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Putrajaya serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Hasil sinergi strategik dan kerjasama erat antara jabatan serta agensi sepanjang empat (4) hari pelaksanaan program ini telah berjaya membantu seramai 13 Ketua Isi Rumah (KIR) keluar daripada status kemiskinan tegar.
Pendekatan bersepadu ini membolehkan penyelarasan bantuan dilaksanakan secara lebih holistik, tepat sasaran dan responsif, sekali gus memperkukuh daya tahan ekonomi isi rumah ke arah kehidupan yang lebih mampan dan sejahtera.
Usaha sinergi seumpama ini akan terus diperkasa bagi memastikan agenda menoktahkan kemiskinan tegar khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya dapat direalisasikan sepenuhnya.