Putrajaya Command Centre

Putrajaya Command Centre Beroperasi 24 jam seminggu dengan mengurus hal kecemasan, memantau keselamatan bandar, keselamatan orang awam, dan aliran trafik di seluruh Putrajaya.

Sebarang aduan kecemasan sila hubungi talian 03-8887 7999

09/04/2026
Putrajaya Command Centre atau Pusat Kawalan Putrajayaterletak di Kompleks Perbadanan Putrajaya.Putrajaya Command Centre ...
09/04/2026

Putrajaya Command Centre atau Pusat Kawalan Putrajaya
terletak di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Putrajaya Command Centre berfungsi sebagai pusat operasi bersepadu yang beroperasi 24 jam seminggu dengan mengurus insiden kecemasan, memantau keselamatan bandar, keselamatan orang awam, aliran trafik, infrastruktur IT dan penderia alam sekitar. Ditubuhkan sejak 2004. Putrajaya telah dinaik taraf dengan teknologi terkini pada Ogos 2018 hingga kini.

Putrajaya Command Centre ini juga menghubungkan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya menggunakan sambungan gentian optik bagi memastikan keseluruhan sistem berjalan lancar. Selain itu juga Putrajaya Command Centre turut berkerjasama dengan JBPM Putrajaya, APM Putrajaya, dan Hospital Putrajaya.

Sebarang aduan kecemasan sila hubungi talian 03-8887 7999

03/04/2026

🚍Penambahbaikan Laluan P104 Perkhidmatan Bas Nadiputra Putrajaya🚍

📌Perkhidmatan Bas Nadiputra Laluan P104 kini ditambah baik bagi meningkatkan liputan perkhidmatan dan kemudahan akses kepada para pengguna pengangkutan awam di sekitar Putrajaya

📅 Penambahbaikan laluan P104 ini akan mula beroperasi pada 1 April 2026 (Rabu)
📍 Rujuk peta untuk info penambahbaikan laluan terkini

Dah bersedia nak cuba laluan baharu ni? Jom tag kawan-kawan anda yang selalu menggunakan bas Nadiputra!

Laluan kini ditambah baik untuk perjalanan lebih mudah di Putrajaya 🙌 Terima kasih atas sokongan anda terhadap pengangkutan awam

21/03/2026
28/01/2026




SENARAI NOMBOR AKAUN BANK DAN TELEFON KES PENIPUAN JENAYAH ATAS TALIAN

Senarai nombor akaun bank dan nombor telefon ini dikenal pasti terlibat dengan kes penipuan jenayah atas talian berdasarkan laporan polis yang diterima dalam tempoh sebulan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi atau OTP, membuat semakan melalui portal Semak Mule sebelum sebarang transaksi serta abaikan sebarang panggilan atau mesej mencurigakan.

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi di pautan berikut,
🔗 https://semakmule.rmp.gov.my

Semak sebelum kena, elak jadi mangsa penipuan!

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

09/02/2024

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2024 kepada seluruh masyarakat cina.

Semoga perayaan kali ini membawa kesihatan, kebahagian dan kemakmuran kepada semua.

Ikhlas daripada:
Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud,
Presiden Perbadanan Putrajaya
dan seluruh warga PPj.

Address

24, Persiaran Perdana
Putrajaya
62675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Putrajaya Command Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share