Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Government Organization, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
(1)

Kesejahteraan rakyat tidak boleh diukur semata-mata melalui angka dan laporan. Justeru, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JP...
14/06/2026

Kesejahteraan rakyat tidak boleh diukur semata-mata melalui angka dan laporan. Justeru, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu terus turun padang untuk melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat serta mengenal pasti keperluan yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.

Melalui Program Lawatan Mobile Team di Daerah Kuala Nerus, pasukan bersama agensi-agensi berkaitan telah menyantuni beberapa individu yang memerlukan sokongan lanjut, termasuk mangsa kebakaran, Puan Hatejah binti Awang di Jalan Gong Pak Damat.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mei 2026 yang lalu, hampir 90 peratus kediaman beliau musnah dalam kebakaran yang telah memberi kesan besar kepada kehidupan keluarga tersebut. Lawatan ini membuka ruang kepada agensi terlibat untuk menilai sendiri keadaan semasa mangsa serta menyelaras bantuan dan tindakan susulan yang bersesuaian.

Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap isu rakyat didengar, setiap keperluan diberi perhatian dan setiap bantuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan melalui kerjasama pelbagai agensi.

Sumber: ICU JPM Terengganu





Sisa minyak masak yang sebelum ini dibuang kini menjadi sumber nilai baharu buat penduduk Taman Seri Akasia, Simpang 3 K...
14/06/2026

Sisa minyak masak yang sebelum ini dibuang kini menjadi sumber nilai baharu buat penduduk Taman Seri Akasia, Simpang 3 Kubang Ulu.

Melalui sokongan Geran Sejati MADANI berjumlah RM100,000, MPKK Taman Seri Akasia melaksanakan inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai daripada komuniti untuk diproses semula sebagai bahan mentah biodiesel.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu mewujudkan peluang ekonomi di peringkat komuniti, malah menggalakkan amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab serta mesra alam. Usaha ini membuktikan bahawa perubahan kecil di peringkat komuniti mampu menghasilkan impak besar kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Inilah semangat MADANI, memperkasa komuniti melalui penyelesaian yang praktikal, mampan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sumber: ICU JPM Pulau Pinang





Tahniah kepada seluruh warga Kampung Tambun atas kemajuan dan pelbagai penambahbaikan yang sedang dilaksanakan menerusi ...
14/06/2026

Tahniah kepada seluruh warga Kampung Tambun atas kemajuan dan pelbagai penambahbaikan yang sedang dilaksanakan menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Usaha pembangunan yang sedang berjalan ini jelas membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Pelaksanaan pelbagai projek dan kemudahan yang memberi manfaat kepada penduduk turut memperlihatkan bahawa inisiatif Kampung Angkat MADANI berjaya memperkasakan komuniti serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus membawa manfaat berpanjangan dan menjadikan Kampung Tambun sebuah komuniti yang lebih maju, sejahtera dan berdaya tahan.

Sumber: Parlimen Tambun Official




πŸ₯Kesihatan MADANI mengangkat prinsip keterangkuman, akses yang adil dan keperluan rakyat sebagai teras pembangunan negar...
13/06/2026

πŸ₯Kesihatan MADANI mengangkat prinsip keterangkuman, akses yang adil dan keperluan rakyat sebagai teras pembangunan negara. Melalui perancangan yang tersusun, sektor kesihatan terus diperkukuh agar perkhidmatan lebih dekat, inklusif dan menyantuni semua lapisan masyarakat termasuk generasi masa depan, komuniti luar bandar serta kawasan pedalaman.

ICU JPM terus menyelaras pelaksanaan pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan aspirasi Kerajaan MADANI.





13/06/2026

πŸ₯πŸ‡²πŸ‡Ύ Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia apabila hospital dan klinik kerajaan terus menjadi tunjang utama sistem kesihatan negara.

Dengan kepakaran tenaga perubatan, kemahiran petugas kesihatan serta kemudahan fasiliti yang semakin diperkasa, segala pelaburan dan pembangunan yang dilaksanakan akan terus memperkukuh hospital dan klinik kerajaan yang sememangnya lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk rakyat.





Seramai 250 Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih menerima bantuan baucar tunai bernilai RM500 seorang melalui Program Penyerahan...
13/06/2026

Seramai 250 Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih menerima bantuan baucar tunai bernilai RM500 seorang melalui Program Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Skop Kebajikan Tahun 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM125,000.

Pada masa yang sama, seramai 13 KIR yang terdiri daripada pesakit terlantar dan golongan OKU turut menerima bantuan peralatan kesihatan bernilai RM50,000, termasuk kerusi roda, mesin sedutan kahak, lampin pakai buang dan tiub makanan, bagi menyokong keperluan penjagaan harian mereka.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh jaringan perlindungan sosial, mengurangkan beban kos sara hidup dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)




FASILITI KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYATKesihatan rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam memastikan p...
12/06/2026

FASILITI KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kesihatan rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati dengan lebih baik, tersusun dan dekat dengan keperluan masyarakat.

Pembangunan hospital, klinik kesihatan dan kemudahan rawatan perlu dirancang dengan teliti agar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di kawasan yang memerlukan akses kesihatan yang lebih menyeluruh.

Melalui peranan ICU JPM sebagai penyelaras pelaksanaan di peringkat lapangan, setiap projek dan keperluan rakyat dapat dikenal pasti, diselaras serta dipermudah bersama agensi berkaitan. Pendekatan ini penting supaya kemudahan yang dibangunkan menepati keperluan setempat dan dapat digunakan sebaiknya oleh komuniti.πŸ§‘β€πŸ§‘β€πŸ§’

🀝🏻Ayuh bersama kita terus menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemudahan kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat.

Kesihatan MADANI Untuk Semua.






12/06/2026

Tidak dinafikan persekitaran hospital swasta mungkin lebih selesa, dan bagi sesetengah pihak, sentimen keselesaan itu mungkin terletak pada selesanya "katil" itu. Namun hakikatnya, hospital dan klinik kerajaan kekal antara yang terbaik dari sudut kepakaran, kelengkapan peralatan perubatan serta fasiliti rawatan yang komprehensif, yang tidak semestinya terdapat di mana-mana institusi kesihatan lain.

Di sebalik segala cabaran, sistem kesihatan awam negara terus cakna dan menjadi tunjang utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti, menyeluruh dan boleh diakses oleh seluruh rakyat.





π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™‡π™π˜Όπ™ π˜½π˜Όπ™‰π˜Ώπ˜Όπ™ π™Žπ˜Όπ˜½π˜Όπ™ƒ π™π™€π™π™π™Ž π˜Ώπ™„π™‹π™€π™π™†π˜Όπ™Žπ˜Ό π™π˜Όπ™‰π™‹π˜Ό π˜Ώπ™„π˜Όπ˜½π˜Όπ™„π™†π˜Όπ™‰ π™Šπ™‡π™€π™ƒ π™†π™€π™π˜Όπ™…π˜Όπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰π™„ 🏑Kerajaan MADANI terus memastikan age...
12/06/2026

π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™‡π™π˜Όπ™ π˜½π˜Όπ™‰π˜Ώπ˜Όπ™ π™Žπ˜Όπ˜½π˜Όπ™ƒ π™π™€π™π™π™Ž π˜Ώπ™„π™‹π™€π™π™†π˜Όπ™Žπ˜Ό π™π˜Όπ™‰π™‹π˜Ό π˜Ώπ™„π˜Όπ˜½π˜Όπ™„π™†π˜Όπ™‰ π™Šπ™‡π™€π™ƒ π™†π™€π™π˜Όπ™…π˜Όπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰π™„ 🏑

Kerajaan MADANI terus memastikan agenda pembangunan negara dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat, termasuk komuniti luar bandar. Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Tahun 2026 di Kampung Dumpiring Bawah, Kundasang, Ranau membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan rakyat melalui pembangunan yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi. Inisiatif ini turut mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui JMG, projek ini akan memberi nafas baharu kepada komuniti setempat melalui pembinaan semula dewan orang ramai yang lebih selesa serta kemudahan infrastruktur berkaitan.

🌱 Sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program pembangunan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) sentiasa komited memastikan setiap inisiatif kerajaan dilaksanakan dengan berkesan, telus dan mencapai objektif yang ditetapkan. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, usaha seperti Program Kampung Angkat MADANI bukan sahaja memperkukuh pembangunan fizikal dan sosial komuniti, malah memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat secara menyeluruh demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Sumber: Utusan Borneo





🌱 β€œManfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, antaranya masa mudamu sebelum datang masa tuamu.”Pesanan ini men...
12/06/2026

🌱 β€œManfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, antaranya masa mudamu sebelum datang masa tuamu.”

Pesanan ini mengingatkan kita bahawa usia muda merupakan nikmat dan amanah yang sangat bernilai. Inilah waktu terbaik untuk menuntut ilmu, memperkukuh iman, berbakti kepada masyarakat serta memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan menuju hari tua. Anak muda yang cemerlang bukan sekadar mereka yang berjaya mencapai cita-cita, tetapi mereka yang menjadikan kejayaan itu sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada orang lain dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setiap kebaikan yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk masa hadapan. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab kepada kehidupan yang diberkati, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan husnul khatimah. Moga usia muda yang dianugerahkan tidak berlalu sia-sia, sebaliknya menjadi medan untuk menabur bakti, mengumpul pahala dan meninggalkan manfaat yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.




Address

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share