23/05/2026
๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ, ๐๐๐ง๐๐ซ๐จ๐ค๐ ๐๐จ๐ญ๐๐ง๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐๐ ๐๏ธ
๐๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ , ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ : ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ญ๐ข๐๐ง) bukan sekadar lawatan lapangan, tetapi perjalanan memahami denyut nadi pembangunan, keindahan alam dan potensi masa depan Daerah Manjung.
Dari pesisir Pulau Pangkor hingga ke gugusan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak, setiap lokasi membuka ruang penelitian terhadap isu, cabaran serta peluang pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan seimbang antara pembangunan serta pemeliharaan alam sekitar. ๐ฟ
Panorama laut dan pulau yang memukau, perkampungan tradisi yang unik serta kekayaan khazanah marin menjadi gambaran jelas bahawa Manjung bukan sahaja destinasi pelancongan dan maritim, malah aset strategik yang perlu dirancang dengan teliti demi generasi akan datang. Lawatan lapangan ini merangkumi Pasir Bogak, Teluk Nipah, Kg. Sungai Pinang Kecil & Besar, Kg. Teluk Gedung, Pekan Pangkor, kawasan jeti dan hasil laut, Lapangan Terbang Pangkor serta kawasan pemeliharaan alam sekitar dan persisiran pulau seperti Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Lalang, Pulau Nipis, Pulau Rumbia dan beberapa pulau kecil lain yang membentuk gugusan Pulau Sembilan.
Lawatan lapangan Pulau Jarak yang merupakan pos kawalan dan stesen luar pantai TLDM mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan ini turut disertai oleh YBhg. Datoโ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, wakil Majlis Perbandaran Manjung (MPM), YBrs. Dr. Chua Rhan See, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia, Puan Norhasrin Abdullah, Pengurus Projek Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia serta pasukan perunding Rekarancang Sdn. Bhd.
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Perbadanan Taman Negeri, pasukan perunding dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga lawatan lapangan ini menjadi langkah penting dalam merangka hala tuju pembangunan Daerah Manjung 2040 yang lebih inklusif, lestari dan berdaya saing serta terancang demi kesejahteraan masa hadapan. ๐ฟโจ
TPr Alias Rameli
PLANMalaysia