Pusat Pengajian Pertahanan Nasional

Pusat Pengajian Pertahanan Nasional EXCELLENCE PRIDE INTEGRITY COURAGE

PROGRAM BRISK WALK PRESIDENPUTRAJAYA, 21 Ogos 26: Program Brisk Walk Presiden PUSPAHANAS telah dilaksanakan pada sebelah...
21/08/2026

PROGRAM BRISK WALK PRESIDEN

PUTRAJAYA, 21 Ogos 26: Program Brisk Walk Presiden PUSPAHANAS telah dilaksanakan pada sebelah petang dengan penyertaan seluruh warga PUSPAHANAS sebagai salah satu inisiatif bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPAHANAS.

Program berkenaan turut disertai oleh Presiden PUSPAHANAS, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM, serta Komandan-Komandan Maktab. Seluruh warga telah berkumpul di hadapan Wisma Perwira sebelum memulakan perjalanan melalui laluan sekitar kawasan kem dan seterusnya menuju ke kawasan Taman Botani Putrajaya.

Aktiviti berjalan kaki sejauh kira-kira 5 kilometer itu berlangsung dalam suasana penuh semangat dan meriah, di samping memberi peluang kepada warga PUSPAHANAS untuk berinteraksi secara santai bersama barisan kepimpinan dan Komandan-Komandan Maktab.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap aspek kecergasan fizikal dan kesihatan, malah menjadi platform dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kekitaan serta esprit de corps dalam kalangan warga PUSPAHANAS. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berterusan bagi membudayakan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan warga PUSPAHANAS.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2026 – Presiden PUSPAHANAS Ke-6, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah mengadakan Kunjungan Ho...
21/08/2026

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2026 – Presiden PUSPAHANAS Ke-6, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Pejabat PAT.

Kunjungan hormat tersebut diadakan berikutan pelantikan beliau sebagai Presiden PUSPAHANAS Ke-6, selain menjadi wadah untuk mendapatkan nasihat, pandangan dan amanat daripada PAT dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden turut membincangkan hala tuju dan keutamaan PUSPAHANAS selaras dengan aspirasi kepimpinan ATM, khususnya dalam memperkukuh peranan PUSPAHANAS sebagai institusi kecemerlangan pendidikan, latihan dan pembangunan profesionalisme warga ATM.

Kunjungan hormat ini turut mencerminkan komitmen kepimpinan PUSPAHANAS dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan tugas sentiasa sejajar dengan visi, misi serta hala tuju strategik ATM. Amanat dan panduan yang disampaikan oleh PAT akan menjadi landasan penting kepada Presiden dalam menerajui PUSPAHANAS ke arah kecemerlangan serta peningkatan keberkesanan pendidikan dan latihan pada masa hadapan.

Artikel oleh : Mej Mohd Razali bin Hashim

21/08/2026
21/08/2026
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 – Satu sesi taklimat kepada Presiden PUSPAHANAS Ke-6, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah ...
21/08/2026

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 – Satu sesi taklimat kepada Presiden PUSPAHANAS Ke-6, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah diadakan pada jam 1400 bertempat di Bilik Mesyuarat Presiden, PUSPAHANAS.

Taklimat tersebut dihadiri oleh Ketua Staf, Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan (KPPL), para Pengarah, Pegawai Staf, SMR serta PTA. Sesi ini bertujuan memberi gambaran menyeluruh kepada Presiden mengenai perkembangan semasa, isu berkaitan serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab setiap cawangan di bawah PUSPAHANAS.

Taklimat merangkumi perkara semasa yang disampaikan oleh Cawangan Pengurusan, Cawangan Pendidikan dan Cawangan Latihan, meliputi aspek pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan latihan serta isu-isu berkaitan yang memerlukan perhatian dan panduan kepimpinan Presiden.

Sesi ini turut berfungsi sebagai platform bagi memastikan kesinambungan pengurusan dan pelaksanaan tugas PUSPAHANAS kekal selaras dengan visi, misi dan aspirasi organisasi. Presiden turut diberikan penerangan mengenai keutamaan semasa serta perkara yang memerlukan tindakan susulan oleh warga PUSPAHANAS.

Sesi taklimat diakhiri dengan amanat dan panduan oleh Presiden kepada barisan kepimpinan serta pegawai staf agar terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan kecekapan pengurusan dan melaksanakan setiap tugasan dengan komitmen serta profesionalisme demi kecemerlangan PUSPAHANAS.

Artikel oleh : Mej Mohd Razali bin Hashim

SEMINAR PEPERANGAN ELEKTRONIK HAVELSAN – MPPLD ATMPUTRAJAYA, 19 Ogos 2026 – Markas Pemerintahan Pendidikan, Latihan dan ...
20/08/2026

SEMINAR PEPERANGAN ELEKTRONIK HAVELSAN – MPPLD ATM

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2026 – Markas Pemerintahan Pendidikan, Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (MPPLD ATM) dengan kerjasama HAVELSAN Malaysia telah melaksanakan Seminar Peperangan Elektronik HAVELSAN bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Seminar ini telah dihadiri oleh Kol Nizam bin Hj Che Ani TUDM, Pengarah Latihan MPPLD ATM, bersama pegawai serta Subject Matter Expert (SME) dalam bidang Peperangan Elektronik daripada Markas ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia serta agensi berkaitan.

Seminar ini memberi pendedahan berkaitan perkembangan teknologi dan keupayaan Peperangan Elektronik terkini dengan pengisian merangkumi Cyber Electromagnetic Activities (CEMA), Electromagnetic Spectrum Operations (EMSO), operasi CEMA ofensif dan defensif, integrasi siber dan peperangan elektronik serta aplikasi dan trend masa hadapan.

Turut diketengahkan ialah Joint Electronic Warfare Training Simulation (JETSIM) serta teknologi COMINT, ELINT, ESM dan sistem simulator. HAVELSAN turut melaksanakan demonstrasi teknologi dan produk termasuk platform NOVA, COSMOS RF Environment Emulator serta penyelesaian Drone Detection & Counter-UAS.

Pelaksanaan seminar ini merupakan salah satu usaha MPPLD ATM dalam memperkukuh pengetahuan dan kompetensi warga ATM serta memperluas kerjasama strategik bersama pemain industri pertahanan antarabangsa, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi dan cabaran peperangan masa hadapan.

MAJLIS MASUK PEJABAT HARI PERTAMA PRESIDEN PUSPAHANAS KE-6PUTRAJAYA, 12 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ...
20/08/2026

MAJLIS MASUK PEJABAT HARI PERTAMA PRESIDEN PUSPAHANAS KE-6

PUTRAJAYA, 12 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini melakar satu lagi detik bersejarah apabila YBhg Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM secara rasmi memulakan tugas sebagai Presiden PUSPAHANAS Ke-6 dalam satu majlis masuk pejabat hari pertama yang diadakan dengan penuh makna di Kompleks PUSPAHANAS, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YBhg Presiden di Balai Pengawal Utama, diikuti pemeriksaan Kawalan Kuarter sebagai tanda penghormatan dan penerimaan rasmi beliau sebagai peneraju baharu PUSPAHANAS.

Ketibaan YBhg Presiden kemudiannya disambut oleh Ketua Staf bersama Komandan-komandan MKN, MPAT, MTAT serta Pengarah Latih dan Pengarah Pengurusan di Foyer PUSPAHANAS. Sesi tersebut turut mencerminkan kesepaduan kepimpinan serta komitmen seluruh warga PUSPAHANAS dalam mendukung kepimpinan baharu.

Sebagai simbolik bermulanya amanah dan tanggungjawab rasmi beliau, YBhg Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM seterusnya meletakkan bendera Presiden PUSPAHANAS di pintu pejabat. Simbolik tersebut menjadi tanda rasmi bermulanya tugas dan khidmat YBhg Presiden dalam meneruskan kecemerlangan serta agenda PUSPAHANAS sebagai institusi pendidikan
pertahanan berprestij negara.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran sepanjang YBhg Presiden melaksanakan amanah kepimpinan.
YBhg Presiden turut menandatangani Sijil Tugas Hari Pertama sebagai rekod rasmi permulaan perkhidmatan beliau di PUSPAHANAS.

Suasana penuh kesyukuran diteruskan dengan acara memotong pulut kuning, yang menjadi simbol penghargaan, keberkatan dan harapan agar kepimpinan baharu PUSPAHANAS terus dipermudah serta diberikan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar bersama Ketua Staf dan Komandan-komandan sebelum YBhg Presiden meneruskan agenda rasmi dengan sesi Coffee Table bersama pegawai
staf Markas di Bilik Bincang Presiden. Sesi berkenaan menjadi platform interaksi awal bagi membincangkan hala tuju, keutamaan serta perkara-perkara berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan tugas PUSPAHANAS.

Seterusnya, YBhg Presiden mengadakan lawatan sekitar Kompleks PUSPAHANAS bagi meninjau kemudahan, prasarana serta persekitaran kerja yang menjadi nadi kepada pelaksanaan
fungsi pendidikan, latihan dan pengurusan PUSPAHANAS.

Agenda rasmi hari pertama beliau diakhiri dengan majlis makan tengah hari bersama pegawai-pegawai Markas di Wisma Perwira, sekali gus memberi ruang kepada YBhg Presiden untuk
beramah mesra dan berinteraksi secara lebih dekat dengan warga pegawai PUSPAHANAS.

Majlis masuk pejabat hari pertama ini bukan sekadar menandakan permulaan rasmi tugas YBhg Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM sebagai Presiden PUSPAHANAS Ke-6, malah menjadi simbol kesinambungan kepimpinan, tradisi kecemerlangan dan tekad bersama seluruh warga PUSPAHANAS dalam memperkukuh peranan institusi tersebut sebagai wadah utama pembangunan kepimpinan serta pemikiran strategik pertahanan negara.

Dengan kepimpinan baharu yang berteraskan integriti, profesionalisme, kecemerlangan dan kebersamaan, seluruh warga PUSPAHANAS diyakini akan terus berganding bahu dalam
merealisasikan aspirasi serta visi PUSPAHANAS, selaras dengan tuntutan persekitaran strategik dan landskap pertahanan yang semakin kompleks.

PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PPLD ATM)10 Ogos 2026 – Perba...
20/08/2026

PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PPLD ATM)

10 Ogos 2026 – Perbarisan Penghargaan kepada Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, Panglima Pendidikan, Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (PPLD ATM) telah dilaksanakan di Padang Kawad ALK sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas kepimpinan, jasa serta sumbangan beliau sepanjang menerajui aspek pendidikan, latihan dan
doktrin ATM.

Perbarisan tersebut melibatkan warga Unit Bawah Naungan (UBN), termasuk Pegawai Kadet ALK dan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD). Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah
bertindak sebagai penganjur dengan diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK, bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan pelaksanaan acara.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra dan jamuan PPLD ATM bersama warga UBN yang berlangsung di Gimnasium dan Dewan Tun Templer (DTT), ALK. Turut dipersembahkan video montaj yang memaparkan sorotan kepimpinan, pencapaian serta sumbangan PPLD ATM
sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Majlis turut menyaksikan pelancaran Buku Direktif

Pendidikan dan Latihan ATM, sebelum PPLD ATM menyampaikan ucapan serta amanat terakhir kepada seluruh warga UBN.
Sebagai acara kemuncak, warga Markas Pendidikan, Latihan dan Doktrin ATM (MPPLD ATM) telah melaksanakan Street Lining sebagai tanda penghormatan terakhir kepada PPLD ATM
sebelum beliau berangkat meninggalkan majlis.

Pelaksanaan Perbarisan Penghargaan ini mencerminkan penghormatan dan penghargaan yang tinggi warga MPPLD ATM serta UBN terhadap kepimpinan, jasa dan khidmat bakti PPLD ATM dalam memperkasa ekosistem pendidikan dan latihan ATM, di samping memperkukuh semangat setiakawan, kebersamaan dan silaturahim dalam organisasi.

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN LAKSAMANA DATUK SABRI BIN ZALIKUALA LUMPUR, 11 Ogos 26: Sempena menghargai jas...
20/08/2026

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN LAKSAMANA DATUK SABRI BIN ZALI

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 26: Sempena menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan dan negara selama lebih empat dekad, satu Majlis Makan
Malam Rejimental Penghargaan sempena persaraan Laksamana Datuk Sabri bin Zali telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan, di samping meraikan beliau bersama isteri yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan sokongan dalam menempuh perjalanan kerjaya serta perkhidmatan kepada negara.

Penganjuran majlis telah dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira PUSPAHANAS serta pasukan-pasukan di bawah naungan MPPLD ATM. Kehadiran para pegawai daripada unit-unit di
bawah naungan turut menyerlahkan semangat setiakawan, esprit de corps dan penghargaan warga MPPLD ATM terhadap kepimpinan serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh YBhg
Panglima sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapan penghargaan, Ketua Staf, YBhg Mej Jen Dato’ Ts Muhammad Syafiq Poh bin Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa
bakti, kepimpinan, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan dalam memacu perkhidmatan dan MPPLD ATM ke arah kecemerlangan. Sumbangan serta teladan kepimpinan
yang ditinggalkan bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada warga perkhidmatan, malah akan terus menjadi pedoman dan inspirasi kepada generasi yang akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, YBhg Panglima turut berbesar hati menyampaikan cendera kenangan kepada para Komandan yang hadir. Penyampaian tersebut
melambangkan hubungan erat, penghormatan serta semangat setiakawan yang telah terjalin sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara PUSPAHANAS dengan unit-unit di bawah naungan MPPLD ATM.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang mengiringi perjalanan majlis, sekali gus menambahkan suasana istiadat dan kemeriahan
pada malam tersebut. Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan hiburan oleh D’Electras yang menceriakan suasana serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan para tetamu dan warga yang hadir.

Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis ialah YDP Wisma Perwira PUSPAHANAS, Brig Jen Mohd Kamil bin Abdul Latiff, bersama Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira yang memastikan kelancaran pengurusan dan pelaksanaan majlis.

Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan warga daripada unit-unit di bawah naungan MPPLD ATM. Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghormatan, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan, kesepaduan serta tradisi rejimental yang sentiasa menjadi teras dalam perkhidmatan.

Majlis berkenaan bukan sekadar sebuah acara penghargaan, malah menjadi wadah untuk merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg
Laksamana Datuk Sabri bin Zali, di samping menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga PUSPAHANAS dan unit-unit di bawah naungan MPPLD ATM.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ANGKATAN TENTERA PUSPAHANAS, 11 Ogos 2026 – Satu deti...
20/08/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ANGKATAN TENTERA

PUSPAHANAS, 11 Ogos 2026 – Satu detik bersejarah dalam landskap pendidikan, latihan dan doktrin Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna menerusi Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan, Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (PPLD ATM) di Auditorium PUSPAHANAS.

Majlis tersebut menyaksikan Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali menyerahkan tampuk kepimpinan PPLD ATM kepada Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM. Majlis serah
terima tugas berkenaan telah disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Huzaimi bin Sabri, sebagai simbolik kesinambungan kepimpinan dan amanah dalam
menerajui agenda pendidikan, latihan dan doktrin ATM.

Peralihan kepimpinan ini bukan sekadar pertukaran jawatan, malah mencerminkan kesinambungan amanah serta komitmen berterusan dalam memastikan sistem pendidikan dan
latihan ATM kekal relevan, berdaya saing dan berupaya melahirkan warga ATM yang berilmu, berkemahiran serta berkeupayaan menghadapi cabaran persekitaran strategik yang semakinkompleks.

Pada masa yang sama, turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) PPLD ATM yang diadakan di Dewan Trisakti,
PUSPAHANAS. Majlis tersebut menyaksikan serah terima tugas antara Datin Suzanna binti Dato’ Abu Bakar dan Datin Nor Asmah binti Hj Hashim, yang disaksikan oleh Penasihat BAKAT,
Komander Ahmad Redhuan bin Osman TLDM.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh para Komandan-Komandan Unit Bawah Naungan (UBN) bersama isteri, pegawai-pegawai kanan PUSPAHANAS serta seluruh warga PUSPAHANAS.
Kehadiran warga organisasi ini menyerlahkan semangat kebersamaan serta penghargaan terhadap kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sebagai simbolik pengakhiran khidmat, sebelum meninggalkan Kompleks PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali telah menandatangani Sijil Akhir Tugas di Tekpi Lounge.
Acara kemudiannya diteruskan dengan Street Lining, yang menjadi momen penuh bermakna apabila mantan PPLD ATM dan isteri bersalaman dan menyantuni warga PUSPAHANAS yang
hadir sebagai tanda penghormatan serta kenang-kenangan terakhir sebelum berangkat meninggalkan kompleks.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform rasmi bagi meraikan peralihan kepimpinan PPLD ATM, malah menjadi manifestasi penghargaan warga PUSPAHANAS terhadap segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali sepanjang menerajui PPLD ATM.

Kepimpinan beliau telah meninggalkan nilai, legasi dan teladan yang akan terus menjadi sumber inspirasi kepada warga pendidikan, latihan dan doktrin ATM.

Pergantian kepimpinan ini turut menandakan bermulanya lembaran baharu di bawah kepimpinan Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM, dengan harapan agar kesinambungan kecemerlangan serta agenda transformasi pendidikan, latihan dan doktrin ATM terus diperkasa demi memenuhi tuntutan kesiagaan dan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.

Daripada kepimpinan yang meninggalkan legasi, kepada kepimpinan yang meneruskan amanah kesinambungan kepimpinan menjadi asas kepada kelangsungan kecemerlangan
ATM.

Address

PRESINT 1
Putrajaya
62000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Pertahanan Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share