National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official

National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional
National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) Malaysia

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, marilah kita bersama-sa...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, integriti, dan daya tahan negara demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan ekonomi tanah air yang kita cintai.

Kemerdekaan dan pembentukan negara ini adalah warisan mahal yang perlu dilindungi. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kekal komited dalam membanteras sebarang bentuk jenayah kewangan demi kelestarian dan keharmonian Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
Ketua Pengarah
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)




Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi lambang perpaduan, kebersamaan dan semangat kita sebagai satu bangsa M...
16/09/2026

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi lambang perpaduan, kebersamaan dan semangat kita sebagai satu bangsa Malaysia.

Dalam kepelbagaian budaya, agama dan latar belakang, kita terus berdiri teguh bersama demi membina Malaysia yang aman, sejahtera dan berintegriti.

Bersatu hati, teguh integriti, demi Malaysia yang lebih selamat.

Selamat Hari Malaysia 2026!
Ikhlas daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)




𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„ππ€π˜π€π‡ πŠπ„π–π€ππ†π€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ (𝐍𝐅𝐂𝐂), πŠπ€πŒππ”ππ† π‹π„ππ†πŠπ”π€π’, ππ€π‘πˆπ“, ππ„π‘π€πŠPARIT,...
14/09/2026

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„ππ€π˜π€π‡ πŠπ„π–π€ππ†π€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ (𝐍𝐅𝐂𝐂), πŠπ€πŒππ”ππ† π‹π„ππ†πŠπ”π€π’, ππ€π‘πˆπ“, ππ„π‘π€πŠ

PARIT, 12 September – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI NFCC, Kampung Lengkuas di DUN Belanja, Parlimen Parit dalam Daerah Perak Tengah pada 12 September 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bagi mewakili YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, ADUN Belanja, yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi yang lain.

NFCC telah melantik Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah (PDTPT) sebagai agensi pelaksana bagi menjalankan projek-projek di Kampung Lengkuas, Parit seperti, menambahbaik Masjid, Dewan orang ramai, jalan kampung, pagar tanah perkuburan, pemasangan lampu solar, dan membekalkan kelengkapan di masjid dan dewan orang ramai. Garis masa penyiapan projek-projek ini adalah dari Jun hingga November 2026. Walaupun begitu, terdapat beberapa projek yang telah siap lebih awal dari tempoh yang dicadangkan.

Inisiatif TVET turut dibawa ke dalam program projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Lengkuas, Parit ini dengan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil bahagian untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian 11 buah rumah penduduk kampung. Selain itu juga, Yayasan Perak turut menjayakan projek Kampung Angkat MADANI NFCC dengan kerja-kerja pembaikan bumbung rumah penduduk Kampung Lengkuas yang mengalami kerosakan.

Program peluncuran ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah selaku pihak pelaksana, Supt. Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, YM Raja Muadzam Syah bin Raja Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBNSI, Encik Mohamad Hidayat bin Abd Halim, Pengurus Perumahan Yayasan Perak, Encik Majdi bin Mohd Khairi, wakil Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Turut hadir Adalah Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Daerah Perak Tengah, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Perak Tengah, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dearah Perak Tengah.

Anggaran kehadiran seramai 180 orang yang terdiri dari masyarakat kampung, pelajar-pelajar IKBNSI, pegawai-pegawai NFCC, PDTPT, Agensi Negeri dan Daerah turut bersama memeriahkan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI NFCC, Kampung Lengkuas, Parit.

Aktiviti majlis peluncuran yang dimulakan sejak dari pagi melibatkan program gotong-royong tanah perkuburan, pocket-talk pegawai NFCC, Pameran NFCC dan agensi, sukaneka dan perkhidmatan penyelengaraan motorsikal kepada penduduk kampung oleh pelajar Kolej Vokasional Seri Iskandar.





SEBELUM TERUJA, PEKA DULU DALAM MENERIMA TAWARAN PEKERJAAN Jangan mudah terpedaya dengan iklan jawatan kosong yang menaw...
11/09/2026

SEBELUM TERUJA, PEKA DULU DALAM MENERIMA TAWARAN PEKERJAAN

Jangan mudah terpedaya dengan iklan jawatan kosong yang menawarkan gaji terlalu lumayan tetapi penuh dengan keraguan. Modus operandi scammer selalunya nampak menarik, tetapi ada udang di sebalik batu!

Antara taktik dan ciri-ciri yang digunapakai:
β€’Mempromosikan gaji tinggi/lumayan dan bayaran segera tanpa sebarang perjanjian yang sah.
β€’Diminta membuat bayaran pendahuluan (untuk kos pemprosesan/membuka sekatan tugas) atau diminta menyerahkan maklumat peribadi sensitif menerusi aplikasi mesej.
β€’Maklumat syarikat yang diragui, disembunyikan dan akan bertindak defensif jika ditanya dengan lebih lanjut.

Sila peka dan sentiasa buat semakan serta carian terlebih dahulu mengenai kesahihan syarikat di laman sesawang terbuka atau media sosial sebelum memohon atau membuat sebarang urusan.

Laporkan segera kepada NSRC di talian 997 yang kini beroperasi 24 jam, jika anda telah membuat pemindahan wang!

PENAFIAN: NFCC tidak menerima sebarang aduan berkaitan penipuan (scam). Laporkan segera ke talian 997 atau balai polis berdekatan.



#997

10/09/2026
Selamat Datang & Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Ketua Pengarah NFCC. NFCC amat berbesar hati mengalu-alukan ke...
04/09/2026

Selamat Datang & Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Ketua Pengarah NFCC.

NFCC amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YBrs. Tuan Mohd Josiendra bin Abu Senin sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) berkuat kuasa mulai pada 2 September 2026.

Kepimpinan dan pengalaman beliau akan menjadi aset berharga dalam kami memacu matlamat pencegahan jenayah kewangan di Malaysia.



04/09/2026
PERLUKAN KEWANGAN SEGERA? JANGAN SAMPAI TERPEDAYA!Penipuan di mana pelaku menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlese...
04/09/2026

PERLUKAN KEWANGAN SEGERA? JANGAN SAMPAI TERPEDAYA!

Penipuan di mana pelaku menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlesen untuk memperdaya mangsa agar membuat bayaran pendahuluan bagi pinjaman yang sebenarnya tidak pernah wujud. Mangsa tidak akan menerima sebarang wang pinjaman setelah bayaran dibuat, sebaliknya mengalami kerugian kewangan dan maklumat peribadi tersebar.

Antara taktik digunapakai bagi menarik minat mangsa ialah:
β€’Menawarkan kadar faedah yang rendah, kelulusan cepat dengan syarat yang tidak ketat.
β€’Meminta bayaran pendahuluan untuk pemprosesan pinjaman seperti yuran awal, insurans atau duti setem.
β€’Menyalahgunakan identiti dan kredibiliti institusi pemberi pinjaman yang sah.

Sila semak status lesen syarikat pinjaman melalui laman web rasmi seperti portal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Laporkan segera kepada NSRC di talian 997 yang kini beroperasi 24 jam, jika anda telah membuat pemindahan wang!

PENAFIAN: NFCC tidak menerima sebarang aduan berkaitan penipuan (scam). Laporkan segera ke talian 997 atau balai polis berdekatan.




#997

Selamat Hari Lahir, Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil! πŸŽ‰Seluruh warga kerja ingin mengucapkan setinggi-tinggi ta...
02/09/2026

Selamat Hari Lahir, Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil! πŸŽ‰

Seluruh warga kerja ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun kelahiran Dato' Sri. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, panjang umur, dan dilindungi senantiasa. Terima kasih atas kepimpinan, visi, dan dedikasi Dato' Sri dalam menerajui NFCC. Semoga NFCC terus cemerlang di bawah naungan Dato' Sri. 🀲🏻✨

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎPusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengucapkan Selamat Menya...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!

Sesuai dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh jiwa patriotisme, serta memelihara keharmonian dan keselamatan ekonomi negara.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Ikhlas daripada:
Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
Ketua Pengarah
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

Address

Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2 Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share