27/11/2021
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Setiausaha KKMM, Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek atas penyampaian sijil penghargaan kepada Encik Wan Azhan Wan Hamat, Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan RTM - Radio Televisyen Malaysia yang telah menerima Anugerah AKRAB Kategori Individu Tahun 2021 manakala bagi calon akhir pembentangan Kategori Organisasi Gemilang Tahun 2021 dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia BERNAMA Datuk Mokhtar Hussain pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, (Zon Timur) di Kota Bharu, Kelantan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Anugerah yang diberikan ini merupakan pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke atas individu dan organisasi AKRAB yang menunjukkan komitmen, konsisten dalam perkhidmatan membimbing serta sentiasa memberikan inisiatif kepelbagaian dalam merancakkan perkhidmatan oleh AKRAB
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan medium untuk anggota perkhidmatan awam memberi bimbingan dan bantuan psikologi kepada rakan sekerja dalam usaha meningkatkan potensi dan kecemerlangan perkhidmatan.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Encik Ma. Sivanesan, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Encik Mazlan Abd Mutalib dan Ketua-ketua Jabatan/ agensi di bawah KKMM.
KELANTANfm
Unit Psikologi RTM
AKRAB RTM