Majlis Bersama Jabatan NRE

Majlis Bersama Jabatan NRE Facebook rasmi bagi Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sebagai medium perhubungan pihak MBJ bersama warga NRE

Penafian: Tujuan pewujudan laman ini adalah sebagai medium komunikasi alternatif antara pihak MBJ bersama warga NRE selain menjadi medium hebahan/ pengumuman berkaitan dengan isu-isu pekerja. Sebarang penulisan dan komen yang mengandungi mana-mana bentuk kandungan berikut adalah tidak dibenarkan sama sekali:

a) Penulisan yang tidak berkaitan dengan isu/tajuk yang diulas;
b) Penulisan yang bertuju

an menyokong atau menentang kempen berunsurkan politik oleh mana-mana pertubuhan politik;
c) Penggunaan bahasa kesat dan berunsur lucah;
d) Kandungan yang menggalakkan atau memupuk unsur diskriminasi terhadap mana-mana bangsa, fahaman, warna kulit, umur, agama, jantina dan status perkahwinan;
e) Kandungan berunsurkan seksual atau pautan kepada apa-apa kandungan lucah;
f) Mencari pelanggan perniagaan;
g) Menjalankan atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang;
h) Maklumat yang cenderung untuk menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam; atau
i) Kandungan yang melanggar kepentingan undang-undang mana-mana pihak lain.

28/12/2017
01/12/2017

Jujur Berkhidmat lebih baik daripada anugerah cemerlang

12/11/2017

Bukan hanya majikan, malah pegawai penilai yang memberi markah rendah tanpa alasan munasabah disarankan supaya dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, marilah kita bersama-sama memperteguh kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang ba...
31/08/2017

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, marilah kita bersama-sama memperteguh kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara Malaysia tercinta ini,

Semoga kesejahteraan dan kemakmuran negara akan terus berkekalan sehingga ke generasi kita yang seterusnya. Peranan dan tugas yang kita laksanakan pada hari ini akan menentukan hari yang bahagia untuk anak-anak kita pada masa akan datang.

Ayuh bangunkan negara!
Negaraku, Alam Sekitarku....

Yang jauh itu waktu,Yang dekat itu mati,Yang besar itu nafsu,Yang berat itu amanah,Yang mudah itu berbuat dosa,Yang panj...
23/06/2017

Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga NRE. Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadhan yang lalu diterima-Nya dan diangkat sebagai suatu pemberat amal baik kita di hari kebangkitan kelak.

Berhati-hati di jalan raya. Berbahagialah bersama insan-insan tersayang di hari mulia ini.

Selamat bersara YBhg. Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRE. Terima kasih atas segal...
26/05/2017

Selamat bersara YBhg. Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRE. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan YBhg. Dato' sepanjang berada di NRE. Jasamu dikenang!

16/02/2017

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2017

Warga NRE boleh menyemak jadual peperiksaan mengikut keperluan perkhidmatan masing-masing melalui pautan di bawah.

https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/file/Jadual%20PPA%202017/JADUAL%20PEPERIKSAAN%20PPA%202017-FINAL%2018012016.pdf

Selamat Tahun Baru Cina 2017 kepada seluruh warga NRE yang berbangsa Cina. Perayaan sama dirai, demi jalinan mesra dan p...
27/01/2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017 kepada seluruh warga NRE yang berbangsa Cina. Perayaan sama dirai, demi jalinan mesra dan perpaduan warga yang berbilang bangsa.

Makan kuew tiow di kedai Cina,
Order satu air kacang soya,
Dapat angpow gembira tak terkata,
Selamat menyambut CNY wahai semua…

Gong Xi Fa Cai!
Wan Shi Ru Yi....

18/01/2017

PUTRAJAYA 17 Jan. – Penjawat awam disaran membuang sifat dengki dan budaya fitnah sebaliknya kerjasama berpasukan dalam tugas seharian perlu diberikan keutamaan untuk menjadikan 2017 sebagai tahun 
pe­nyampaian kepada rakyat.

Warga NRE merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Per...
16/01/2017

Warga NRE merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuatkuasa mulai 16 Januari 2017.

Semoga dengan pelantikan ini akan menyemarakkan lagi usaha bersama dalam memartabatkan perkhidmatan awam keseluruhannya.

13/12/2016

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016.

DAULAT TUANKU...

Jom sama-sama tunaikan tanggungjawab selaku Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penila...
16/11/2016

Jom sama-sama tunaikan tanggungjawab selaku Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)..

Rujukan Penting:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 - Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bersama Jabatan NRE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bersama Jabatan NRE:

Share