06/03/2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kelab Tani KPKM 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari 2026 di Dewan Serbaguna, Wisma Tani. Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah antara warga KPKM, malah menjadi medan pembuktian pengurusan kelab yang semakin mantap dan telus demi kebajikan semua ahli. Prestasi kewangan kelab bagi tahun berakhir 2025 menunjukkan kedudukan yang sangat kukuh. Peningkatan ini mencerminkan keberkesanan pengurusan dana dalam memastikan setiap aktiviti sukan, sosial, dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan impak yang maksima.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Khalid Bin Ibrahim, Presiden Kelab Tani merangkap Setiausaha Bahagian BDI. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga atas kejayaan pelbagai aktiviti sepanjang 2025, terutamanya Kejohanan Sukan MADANI Kelab Tani yang telah memperkukuh silaturahim warga kementerian. Beliau turut menekankan bahawa kekuatan kelab terletak pada penyertaan aktif ahli dan berharap barisan kepimpinan baharu akan terus menjaga kebajikan ahli dengan semangat ukhuwah yang tinggi.
Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM selaku Penasihat Kelab Tani. Kehadiran beliau membuktikan sokongan padu pihak pengurusan tertinggi kementerian terhadap agenda kebajikan dan aktiviti sukan yang dijalankan oleh Kelab Tani demi kesejahteraan seluruh warga KPKM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Tani bagi Sesi 2026/2027 yang telah dipilih secara demokrasi. Berikut adalah senarai calon yang menerima undian tertinggi:
๐นNaib Presiden: Datuk Dr. Mohd Haniff Bin Hassan
๐นSetiausaha Kehormat: En. Mohd Syukri Bin Mohd Zulkapli
๐นPenolong Setiausaha Kehormat: Pn. Maria Farlina Binti Mustafa
๐นBendahari Kehormat: Pn. Noraida Binti Alias
๐นPenolong Bendahari Kehormat: En. Mior Mohamad Ammar Bin Mohamad Anuar
๐นKetua Biro Kebajikan & Kesantunan: En. Mohd Sufian Bin Mohd Saifuddin
๐นKetua Biro Sosial & Kemasyarakatan: En. Ahmad Taufik Bin Zainudin
๐นKetua Biro Ekonomi & Keusahawanan: En. Hairuddin Bin Maslan
๐นKetua Biro Sukan & Rekreasi: En. Wilson@Vincent Peter Pramo
๐นKetua Biro Komunikasi dan Promosi: Pn. Suraiya Hani Binti Zamari
๐นKetua Biro Kerohanian dan Kesejahteraan: Ustaz Mohd Shahrul Nazim Bin Mohd Saron
๐นKetua Biro Seranta dan Komunikasi Strategik: En. Muhammad Izarul Bin Kayat
๐นKetua Biro Tugas-tugas Khas: Dr. Saidatun Najmiah Binti Mohd Jamil
๐นPemeriksa Kira-kira I: Pn. Nurul Shareena Binti Mazlan
๐นPemeriksa Kira-kira II: En. Mohamad Zamri Bin Yahaya
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat memacu Kelab Tani ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang!