UPPM N.24 Tanjung Keramat

UPPM N.24 Tanjung Keramat Pejabat UPPM N.24 Tanjung Keramat

TINJAUAN ADUAN JALAN ROSAK DI JALAN SUSUR LEMBISINGPPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama Pemaju Masyarakat, En. Al...
05/05/2026

TINJAUAN ADUAN JALAN ROSAK DI JALAN SUSUR LEMBISING

PPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama Pemaju Masyarakat, En. Ali Hussin meninjau keadaan kerosakan jalan di Jalan Susur Lembising.

Hasil tinjauan mendapati keadaan jalan memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan risiko kepada pengguna. Segala maklum balas dan aduan telah direkodkan untuk tindakan susulan pihak berkuasa teknikal.

UPPM Negeri Sabah

KAMPUNG BERSIH, PENDUDUK SEJAHTERA!3 Mei 2026Sekitar Program Gotong-Royong Kg. Contoh. Program ini dianjurkan secara ber...
04/05/2026

KAMPUNG BERSIH, PENDUDUK SEJAHTERA!
3 Mei 2026

Sekitar Program Gotong-Royong Kg. Contoh. Program ini dianjurkan secara bersama oleh UPPM N.24 Tanjung Keramat, Majlis Daerah Putatan, Pejabat Kesihatan Putatan serta JKKK Kg. Contoh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta penduduk kampung yang turun padang dan memberikan komitmen padu dalam menjayakan program ini.

Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Usaha ini bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah membantu menghapuskan potensi pembiakan nyamuk Aedes. Persekitaran yang bersih, komuniti yang sihat dan sejahtera.

02/05/2026
๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐†-๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐Š๐† ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡Warga Kg. Contoh sama-sama kita turun padang menjayakan Program ini demi kebersihan dan...
02/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐†-๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐Š๐† ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡

Warga Kg. Contoh sama-sama kita turun padang menjayakan Program ini demi kebersihan dan kesejahteraan kampung kita.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 3 Mei 2026, ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ
๐Ÿ•ก Waktu: 6.30 pagi hingga selesai
๐Ÿ“ Tempat: Rumah En. Rozlan (Kg. Contoh)
๐Ÿ“Œ Lokasi Utama: Lorong Bakti, Kg. Contoh

Program ini merupakan anjuran Pejabat UPPM N.24 Tanjung Keramat, bersama JKKK Kg. Meruntum, Majlis Daerah Putatan dan Pejabat Kesihatan Putatan.

Program ini juga bukan sekadar mengeratkan semangat kejiranan, malah usaha penting dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta memastikan persekitaran keksl bersih, selamat dan sihat.

SELAMAT HARI PEKERJA1 Mei 2026โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pekerja yang ...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA
1 Mei 2026

โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan dan kemajuan negara. Setiap keringat, usaha dan pengorbanan adalah nadi kepada kesejahteraan bersama.

Selamat Hari Pekerja!

UPPM Negeri Sabah

FORUM ANJUNG AT-TAQWAMaghfirahmu: Tangisan Taubat Seorang HambaSatu forum penuh penghayatan dan keinsafan telah berlangs...
01/05/2026

FORUM ANJUNG AT-TAQWA
Maghfirahmu: Tangisan Taubat Seorang Hamba

Satu forum penuh penghayatan dan keinsafan telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Daerah Putatan. Program ini menampilkan dua panel yang berwibawa, iaitu Ustaz Dr Azihal Bangsawan dan Ustaz Dr Issraq Hj Ramli, serta dikendalikan oleh moderator, Ustaz Mohd Ridzuan Kaplin.

Turut hadir, Tn. Latip Jiar bersama kakitangan UPPM yang sama-sama mengambil peluang menimba ilmu. Forum ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan ilmiah, tetapi menjadi peringatan yang mengetuk hati tentang luasnya keampunan Allah SWT dan pentingnya kembali kepada-Nya. Semoga forum ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

LAWATAN TAPAK PROGRAM GOTONG-ROYONG KG. CONTOH.29 April 2026, Rabu. Selesai tinjauan lawatan tapak bagi Program Gotong-R...
29/04/2026

LAWATAN TAPAK PROGRAM GOTONG-ROYONG KG. CONTOH.
29 April 2026, Rabu.

Selesai tinjauan lawatan tapak bagi Program Gotong-Royong Kg. Contoh bertempat di Lorg. Bakti. Lawatan ini dihadiri oleh PPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama JKKK Kg. Contoh.

Program Gotong-royong akan diadakan pada, 3 April 2026 (Ahad), Lorong Bakti dan sekitarnya. Sehubungan itu, seluruh penduduk Kg. Contoh dijemput untuk turun beramai-ramai bagi menjayakan program ini. Kebersihan kampung adalah tanggungjawab kita bersama.

Turut hadir bagi memastikan kelancaran program adalah wakil daripada, Majlis Daerah Putatan, Pejabat Kesihatan Putatan, Pemaju Mukim Tanjung Keramat, En. Suhaimi Maidin & En. Ali Hussin.

UPPM Negeri Sabah

TINJAUAN KERJA PEMBERSIHAN PERPARITAN KG. POTUKI.29 April 2026, Rabu.PPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama Pemaju ...
29/04/2026

TINJAUAN KERJA PEMBERSIHAN PERPARITAN KG. POTUKI.
29 April 2026, Rabu.

PPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama Pemaju Mukim, En. Ali Hussin telah mengadakan tinjauan kerja ke Kg. Potuki bagi memantau perkembangan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan. Tinjauan ini turut disertai oleh JKKK Kg. Potuki bagi memastikan gerak kerja selari dengan keperluan.

Usaha proaktif ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti kemudahan asas di kawasan Kg. Potuki.

UPPM Negeri Sabah

TINJAUAN MASALAH PERPARITAN DI KG. POTUKI & SK PEKAN PUTATAN28 April 2026, Selasa.Lawatan aduan berkaitan masalah perpar...
28/04/2026

TINJAUAN MASALAH PERPARITAN DI KG. POTUKI & SK PEKAN PUTATAN
28 April 2026, Selasa.

Lawatan aduan berkaitan masalah perparitan telah dilaksanakan di Kampung Potuki dan SK Pekan Putatan bagi mengenal pasti punca serta langkah penyelesaian segera.

Lawatan ini diketuai oleh PPM Tanjung Keramat, Tn. Latip Jiar bersama Tn. James Thomas (Wakil JKR); Tn. Hafiz (ADO Pembangunan); JKKK Kg. Potuki serta Pemaju Mukim Tanjung Keramat.

Selasa, 28 April 2026 - Sinergi antara Pemaju Mukim, En. Suhaimi Maidin, En. Ali Hussin dan En. Adi Utomo bersama Pn. He...
28/04/2026

Selasa, 28 April 2026 - Sinergi antara Pemaju Mukim, En. Suhaimi Maidin, En. Ali Hussin dan En. Adi Utomo bersama Pn. Helena, wakil dari Kebajikan Daerah Putatan bagi menghantar katil boleh laras kepada warga yang memerlukan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan kebajikan pesakit di kawasan ini sentiasa terbela. Semoga bermanfaat dan memudahkan urusan pesakit serta ahli keluarga.

UPPM Negeri Sabah

Lawatan kerja telah diadakan oleh Tn. Syed Arizal, CDO Tanjung Keramat dan Tn. Mahadzir Abd. Majid, Pegawai Khas Parlime...
27/04/2026

Lawatan kerja telah diadakan oleh Tn. Syed Arizal, CDO Tanjung Keramat dan Tn. Mahadzir Abd. Majid, Pegawai Khas Parlimen Putatan bagi meninjau beberapa cadangan pembangunan di kawasan setempat.

Antara fokus lawatan adalah cadangan Tapak Aktiviti Serbaguna di Flat Putatan 3C yang diharap dapat menjadi ruang kemudahan komuniti untuk pelbagai aktiviti masyarakat.

Turut ditinjau cadangan kerja-kerja penambakan dan penstabilan tebing di sekitar Masjid Mahabbah, Kg. Muhibbah bagi meningkatkan keselamatan.

KAMPUNG BERSIH, PENDUDUK SEJAHTERA! 26 April 2026, Sabtu.Selesai Program Gotong-Royong Kg. Meruntum Fasa 3 yang berlangs...
26/04/2026

KAMPUNG BERSIH, PENDUDUK SEJAHTERA!
26 April 2026, Sabtu.

Selesai Program Gotong-Royong Kg. Meruntum Fasa 3 yang berlangsung pagi tadi. Program ini merupakan anjuran bersama UPPM N.24 Tanjung Keramat, Majlis Daerah Putatan, Pejabat Kesihatan Putatan, serta JKKK Kg. Meruntum.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak serta penduduk kampung yang turun padang memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ini.

Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Mohon kerjasama semua penduduk agar sentiasa membuang sampah di tempat yang telah disediakan. Pastikan tiada air bertakung bagi mencegah tempat pembiakan nyamuk Aedes. Persekitaran yang bersih menjamin komuniti yang sihat.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen P173 Putatan, YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya; ADUN N.24 Tanjung Keramat, YB Tuan Shah Alfie bin Yahya; Pegawai Daerah Putatan, En. Masawi bin Salleh; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, En. Ahmad Helmy bin Mohd Taib; Penguasa Balai Bomba Putatan, Tn. Musran bin Jabri: dan wakil Balai Polis Daerah Putatan.

UPPM Negeri Sabah

Address

ROYAL Plaza PUTATAN
Putatan
88200

Telephone

+6088772143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.24 Tanjung Keramat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share