11/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐.๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Semalam telah berlangsung Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.173 Putatan yang menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan gerak kerja parti di kawasan Parlimen P.173 Putatan.
Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian P.173 Putatan, Yang Berhormat Tuan Shah Alfie bin Yahya, menyampaikan Watikah Pelantikan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian P.173 Putatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menerima pelantikan. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, dedikasi serta semangat perjuangan demi memperkukuhkan parti dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Parlimen P.173 Putatan merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Petagas, DUN Tanjung Keramat dan DUN Tanjung Aru.
Dengan terbentuknya barisan kepimpinan dan jawatankuasa penaja ini, diharapkan gerak kerja Parti Gagasan Rakyat Sabah di P.173 Putatan akan terus diperkasa, tersusun dan dekat dengan masyarakat.
Rumah kita, kita jaga !