02/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Batu Gajah, YB Dr. Sivakumar Varatharaju Naidu, serta ADUN Tronoh, YB Steven Tiw Tee Siang, atas sokongan yang tidak pernah putus terhadap Pasukan Bomba Sukarela Pusing.
Keprihatinan, komitmen dan sokongan berterusan daripada YB-YB amat bermakna buat kami. Ia bukan sahaja membantu memperkukuhkan kesiapsiagaan pasukan, malah menjadi sumber semangat kepada semua anggota bomba sukarela untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Terima kasih kerana sentiasa bersama komuniti dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota bomba sukarela. Semoga hubungan kerjasama yang erat ini akan terus berkekalan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Sekali lagi, jutaan terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan. 🚒❤️