Dewan Ulamak PAS Kawasan Damansara

Dewan Ulamak PAS Kawasan Damansara Dewan Ulamak PAS Kawasan Damansara

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Maulidur Rasul bukanlah sekadar perayaan, tetapi adalah perjalanan cinta seorang Nabi kep...
04/09/2025

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Maulidur Rasul bukanlah sekadar perayaan, tetapi adalah perjalanan cinta seorang Nabi kepada umatnya. Baginda berkorban seluruh jiwa raga demi menyampaikan risalah tauhid, menanggung kesusahan agar manusia merasai hidayah.
Firman Allah SWT:
ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุงุกูŽูƒูู…ู’ ุฑูŽุณููˆู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ููุณููƒูู…ู’ ุนูŽุฒููŠุฒูŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูŽุง ุนูŽู†ูุชู‘ูู…ู’ ุญูŽุฑููŠุตูŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ุฑูŽุกููˆููŒ ุฑูŽุญููŠู…ูŒ
Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
[Surat At-Taubah Ayat 128]

Semoga Maulidur Rasul kali ini membangkitkan jiwa kita untuk terus setia di jalan perjuangan Baginda SAW hingga ke akhir hayat.

DEWAN ULAMAK PAS KAWASAN DAMANSARA mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2025 kepada seluruh umat Islam.

๐ƒ๐จ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฆ๐š๐ง๐ฌ๐š๐ซ๐š: ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š, ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐ข ๐Š๐ž๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ณ๐ซ@๐Ÿ‘๐ฅBulan ini sejarah sedang ditulis. Dari Barcel...
03/09/2025

๐ƒ๐จ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฆ๐š๐ง๐ฌ๐š๐ซ๐š: ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š, ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐ข ๐Š๐ž๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ณ๐ซ@๐Ÿ‘๐ฅ

Bulan ini sejarah sedang ditulis. Dari Barcelona ke Tunisia, dari Kuala Lumpur ke G4z4, lautan menyaksikan sebuah arus solidariti โ€” Global Sumud Flotilla. Armada lebih 40 kapal, dengan hati dan jiwa dari 44 negara, sedang menuju ke P@l3st1n3. Dalam lautan itu, terpatri nama Malaysia melalui delegasi Sumud Nusantara โ€” anak watan yang berangkat dengan semangat, air mata dan doa rakyat.

Mereka bukan pelancong, bukan pengembara mencari panorama. Mereka adalah utusan hati umat, yang berlayar bukan dengan senjata, tetapi dengan keberanian, doa dan amanah umat yang dahagakan pembelaan. Dari Dataran Merdeka, mereka diangkat dengan doa rakyat; dari Barcelona mereka dilepaskan dengan harapan dunia; kini mereka berlayar menghadap sekatan kejam Izr@3l.

Izr@3l : DARI BIMBANG MENJADI ANGKUH

Tidak hairan Izr@3l mula gentar. Apabila puluhan kapal membawa rakyat biasa dari seluruh dunia โ€” ulama, aktivis, wanita, pemuda โ€” berpadu menjadi satu suara, rejim penjajah itu mula cemas. Maka datanglah ugutan: peserta flotilla akan dilabel โ€œpengganasโ€, kapal mereka bakal dirampas, malah penjara Ketziot dan Damon disiapkan untuk menerima mereka.
Beginilah wajah sebenar Z10n!s โ€” takut kepada suara kebenaran, gentar pada doa rakyat, dan panik bila sekatan yang mereka anggap kekal mula dicabar dengan keberanian insan biasa.

DARI DAMANSARA, UNTUK NUSANTARA DAN G@Z@

Kami dari Dewan Ulamak PAS Kawasan Damansara mengirim doa buat semua pejuang kemanusiaan ini, terutama delegasi Malaysia dalam Sumud Nusantara. Semoga langkah mereka dipelihara Allah, dan setiap titis peluh serta degupan jantung mereka menjadi saksi di hadapan Allah kelak.
Kita di tanah air mungkin tidak berada di atas kapal itu, tetapi kita tetap boleh bersama mereka โ€” dengan doa, dengan sokongan, dengan solidariti. ๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚, ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜, ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ, ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜‡๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป.

DOA KITA, SENJATA KITA

Ya Allah, lindungilah mereka di lautan yang penuh ancaman.
Ya Allah, tabahkan hati mereka ketika berdepan rejim yang zalim.
Ya Allah, berkatilah perjalanan ini sebagai tanda cinta umat kepada bumi P@l3st1n3.
Dan Ya Allah, satukanlah hati umat ini dalam perjuangan menegakkan keadilan.

Sumud Nusantara bukan sekadar armada di lautan โ€” ia adalah cermin jiwa umat, bahawa kita tidak akan pernah berdiam diri. Dari Damansara hingga G@z@, dari Malaysia hingga P@l3st1n3, doa kita akan terus mengiringi mereka.

โ€œ๐‘บ๐’–๐’Ž๐’–๐’… ๐’Š๐’•๐’– ๐’†๐’“๐’•๐’Š๐’๐’š๐’‚ ๐’•๐’†๐’ˆ๐’–๐’‰. ๐‘ด๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’•๐’†๐’ˆ๐’–๐’‰๐’‚๐’ ๐’Š๐’๐’Š ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’๐’ˆ, ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ซ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’๐’”๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‰๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚ ๐’Œ๐’† ๐’ƒ๐’–๐’Ž๐’Š ๐‘ท@๐’3๐’”๐’•1๐’3.โ€

๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-68. Sesungguhnya, kemerdekaan adalah nikmat Allah SWT y...
30/08/2025

๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-68. Sesungguhnya, kemerdekaan adalah nikmat Allah SWT yang amat besar, yang wajib kita syukuri. Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya! Jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
(Surah Ibrahim: 7)

Merdeka yang kita kecapi hari ini bukanlah datang tanpa pengorbanan. Ia adalah hasil jerih payah, darah dan air mata para pejuang terdahulu. Namun hakikat kemerdekaan yang sebenar bukan hanya bebas daripada penjajahan, tetapi merdeka daripada segala bentuk kezaliman, penindasan, serta bebas daripada ikatan hawa nafsu dan ideologi ciptaan manusia.

Dewan Ulama PAS Kawasan Damansara menyeru seluruh umat Islam agar mensyukuri nikmat merdeka dengan memperkukuh iman, meningkatkan amal soleh, serta menegakkan syariat Allah SWT dalam kehidupan. Inilah erti kemerdekaan sebenar โ€” bebas untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan ummah, dan terus berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah SWT memberkati tanah air kita, mengekalkan kemerdekaan ini, serta memberi kekuatan kepada kita semua untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ

assalamualaikum ..Mencari redha Allah di akhir2 Ramadhan semoga ada manfaatnya.*Menghidupkan 10 Hari dan Malam Terakhir ...
30/03/2024

assalamualaikum ..

Mencari redha Allah di akhir2 Ramadhan semoga ada manfaatnya.

*Menghidupkan 10 Hari dan Malam Terakhir Bulan Ramadan Dengan Amal Soleh*

Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุดูŽุฏู‘ูŽ ู…ูุฆู’ุฒูŽุฑูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽุญู’ูŠูŽุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽู‡ ูˆูŽุฃูŽูŠู’ู‚ูŽุธูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ู.

Maksudnya: โ€œNabi SAW apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) Baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, Baginda menghidupkan malam harinya, dan Baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).โ€โ€

Riwayat al-Bukhari (2024) dan Muslim (2015)

Imam al-Nawawi berkata: โ€œDi dalam hadith di atas, dijelaskan anjuran untuk memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan dan dianjurkan menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai bentuk ibadah.โ€ (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 4/208)

Marilah kita lakukan amalan- amalan seperti berikut:

1. menghidupkan qiyam.. seperti solat isyak berjemaah diikuti solat terawikh dan solat-solat sunat yang dianjurkan ketika qiamullail pada sebahagian malam
2. membanyakkan membaca al quran
3. bersedekah dan berinfaq
4. memberi makan orang yang berpuasa
5. iktikaf
6. banyakkan berzikir, beristigfar dan berdoa
7. istiqamah solat fardu secara berjemaah
8. menjaga solat- solat sunat terutamanya solat rawatib
9. berdoa dengan doa berikut ( doa malam al qadr):
ุงู„ู„ูŽู‘ู€ู‡ูู€ู…ูŽู‘ ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุนูŽูููˆูŒู‘ ุชูู€ุญูุจูู‘ ุงู„ุนูŽูู’ูˆูŽ ููŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ูู‘ูŠ
Maksudnya:
โ€œYa Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat s**a akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.โ€

Semoga kita semua dapat bersungguh-sungguh untuk beribadah kerana Allah Taalah pada 10 hari terakhir bulan ramadan dan mempunyai keinginan untuk bertemu dengan malam al qadar yang lebih baik dari seribu bulan..

10 malam terakhir.
19 ramadan 1445h. / 30 mac 2024

Jika kita tidak mampu memberi, jgnlah p**a kita mengambil. Jika tidak mampu mengasihi, jgnlah p**a kita membenci. Jika t...
31/12/2023

Jika kita tidak mampu memberi,
jgnlah p**a kita mengambil.
Jika tidak mampu mengasihi,
jgnlah p**a kita membenci.
Jika tidak mampu memuji,
jgn p**a kita mengeji.
Jika tidak mampu menghargai,
Jgnlah p**a kita mengkhianati.

13/12/2023

Insyaallah malam ni saya nk buat konsert di surau..Al Ubudiah Desa Riang Damansara Damai 7mlm-8.45 mlm masuk percuma

20/11/2023
Jom sahabat2 khususnya  yg berada di sekitar KL dn Selangor kita ke putrajaya esok 20 Nov 2023
18/11/2023

Jom sahabat2 khususnya yg berada di sekitar KL dn Selangor kita ke putrajaya esok 20 Nov 2023

29/09/2023

PAS ; Jawatan Presiden, Timb. Presiden, Naibยฒ Presiden TIADA PERTANDINGAN, bukan TIDAK DIPERTANDINGKAN.

Nikmat berukhwah 10092023
12/09/2023

Nikmat berukhwah 10092023

๐‹๐ˆ๐๐€' ๐…๐ˆ๐Š๐‘๐ˆ ๐๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐Œ๐€๐๐’๐€๐‘๐€. 22 Jun 2023 - Liqa' Fikri Pas Kawasan Damansara telah diadakan di Pusat Tarbiyah Tama...
23/06/2023

๐‹๐ˆ๐๐€' ๐…๐ˆ๐Š๐‘๐ˆ ๐๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐Œ๐€๐๐’๐€๐‘๐€.

22 Jun 2023 - Liqa' Fikri Pas Kawasan Damansara telah diadakan di Pusat Tarbiyah Taman Ehsan(PUTEH) bersama Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Al-Fadhil Ustaz Abdul Nasir, TYDP Pas Kawasan Damansara. Al-Fadhil TYDP mengungkapkan rasa syukur ke Hadrat Allah SWT serta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli PAS Kawasan Damansara yang hadir pada malam ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PAS Kawasan Damansara, Al-Fadhil Ustaz Hamzah Abu Seman. Al-Fadhil YDP dalam ucapannya menyebut diantara matlamat Liqa' Fikri ini adalah untuk menyatukan Wehdatul Fikr diantara ahli-ahli Pas. Al-Fadhil YDP juga mengajak semua ahli yang hadir untuk mengambil ibrah peristiwa di bulan Zulhijjah ini serta memyentuh memgenai pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Harapan Al-Fadil YDP agar sekalian yang hadir dapat melakukan satu pengorbanan yang besar dalam menegakkan syiar Islam.

Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin sebagai naqib jemputan liqa' fikri pada malam ini mengungkapkan satu bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah B Al-Mubarak Rahimahullah kepada Fudhail bin Iyad, yang juga digelar sebagai Ahli Ibadah bagi dua tanah Haram.

Wahai ahli ibadah di Al Haramain,
kalau kamu menyaksikan kami,
maka kamu akan mengetahui
bahwa kamu sedang bermain-main dalam ibadah.
Kalau pipi-pipi kalian basah dengan air mata,
maka leher-leher kami basah bersimbah darah.
Kalau kuda-kuda kalian letih dalam hal sia-sia, maka sesungguhnya kuda-kuda kami letih dalam melakukan penyerbuan dan peperangan di pagi hari.
Semerbak wangian itu untuk kalian
sedangkan wangian kami; pasir dan debu.
Telah datang kepada kami sabda Nabi kami,
sabda yang benar, jujur, dan tidak bohong.
Tidak sama debu-debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap api yang menyala-nyala.
Telah datang Al-Qurโ€™an kepada kita menjelaskan,para syuhada tidak akan pernah mati, dan itu pasti.

Fudhail bin 'Iyadh tersentuh dengan syair tersebut dan sebagai balasan, Fudhail bin โ€˜Iyadh menuliskan satu hadith, dari Abu Hurairah, bahwa ada seorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.
Apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?, beliau menjawab, โ€œKalian tidak akan mampu.โ€
Mereka bertanya hingga dua atau tiga kali, semuanya dijawab, โ€œKalian tidak akan mampu.โ€ Begitu yang ketiga kalinya, beliau bersabda, โ€œPerumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, solat malam, berzikir membaca ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan solatnya itu sampai p**angnya si mujahid di jalan Allah Taโ€™ala.

Kisah ini penuh dengan pengertian yang mampu untuk meniupkan roh jihad dan perjuangan kepada para pejuang yang sentiasa ikhlas di dalam menegakkan agama Allah SWT.

Al-Fadhil Dr Zamri juga berpesan agar setiap ahli PAS dapat meneguhkan identiti/jati diri sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Mujahid. Al-Fadhil Dr Zamri menutup Liqa' Fikri pada malam ini dengan ayat Al-Quran daripada Surah Muhammad ayat 7:
ูŠูฐู“ุงูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู’ู†ูŽ ุงูฐู…ูŽู†ููˆู’ู“ุง ุงูู†ู’ ุชูŽู†ู’ุตูุฑููˆุง ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ูŽ ูŠูŽู†ู’ุตูุฑู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽูŠูุซูŽุจู‘ูุชู’ ุงูŽู‚ู’ุฏูŽุงู…ูŽูƒูู…ู’
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.

Address

Rentak Perdana
Puncak Alam
42300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Kawasan Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share