20/04/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ญ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐๐๐
Johor Bahru, 15 April 2026 โ Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bagi meraikan Syawal bersama dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Bertemakan CeritaRayaKita, majlis kali ini membawa makna kebersamaan yang lebih erat serta mengukir kenangan indah dalam kalangan warga penguatkuasaan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Suhaimi, Pengarah Kastam Negeri, serta Tuan Mohamad Shariff bin Atip, Timbalan Pengarah Kastam Negeri, yang sudi merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya 2026 pada kali ini.
Majlis pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan alunan marhaban yang diketuai oleh Tuan Muhammad Rafiuโddin bin Abu Bakar dan Tuan Norman bin Ahmad bersama para pegawai yang hadir.
Seterusnya, majlis menjadi lebih meriah dengan lawatan Pengarah Kastam Negeri ke gerai-gerai yang menyajikan pelbagai juadah menarik. Kreativiti para pegawai jelas terserlah melalui usaha dan idea luar biasa dalam menghias serta mengendalikan gerai masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Majlis diteruskan dengan sesi menikmati juadah serta persembahan daripada wakil setiap gerai. Keunikan, bakat dan keyakinan para pegawai nyata menceriakan suasana pagi tersebut. Tidak ketinggalan, acara cabutan bertuah turut menambahkan lagi kemeriahan dengan sorakan penuh semangat daripada para hadirin.
Sebagai penutup, pihak penganjur telah menyampaikan hadiah kepada pemenang gerai terbaik, persembahan terbaik serta Best Dress. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemeriahan dan kenangan indah ini akan terus berkekalan serta mengeratkan lagi silaturahim pada masa akan datang.