Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia SMARTEAM
(1)

31/05/2026
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”MARKAS SMART, 17 Mei 2026โ€“ Program Ibadah Qurban sempena Hari Raya Ai...
27/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

MARKAS SMART, 17 Mei 2026โ€“ Program Ibadah Qurban sempena Hari Raya Aidiladha telah dilaksanakan dengan jayanya di Markas SMART hari ini, menyaksikan dua ekor lembu selamat dikorbankan. Majlis ibadah dan aktiviti gotong-royong tersebut bertambah seri dengan kehadiran Pengarah SPeO, Encik AddyHanis, yang turut meluangkan masa bagi menyantuni para petugas serta memeriahkan lagi suasana program. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program qurban bagi tahun ini.



Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, kei...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan, dan ketaatan kepada Pencipta.
Marilah kita hayati ibadah korban ini dengan memperkukuh semangat perpaduan, saling membantu, dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.



Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri

22/05/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”





22/05/2026
๐‹๐„๐๐’๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐๐“๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐”๐’๐€๐‘ ๐๐‘๐”-๐Ÿ๐ŸŽ, ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆProgram Pementoran BRU-10 bagi Menaiktaraf Pasukan USAR Brunei dan P...
20/05/2026

๐‹๐„๐๐’๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐๐“๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐”๐’๐€๐‘ ๐๐‘๐”-๐Ÿ๐ŸŽ, ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ

Program Pementoran BRU-10 bagi Menaiktaraf Pasukan USAR Brunei dan Pengiktirafan IEC 2029 telah berlangsung selama 11 hari bermula 8 hingga 18 Mei 2026 di Negara Brunei Darussalam. Seramai 19 delegasi terlibat iaitu 2 pegawai NADMA dan 17 pegawai SMART yang diketuai oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Ketua Mentor P/SUPT Safrizan bin Suhaini dan PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim.

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐œ ๐‡๐ข๐ ๐ก ๐€๐ง๐ ๐ฅ๐ž & ๐‘๐จ๐ฉ๐ž ๐‘๐ž๐ฌ๐œ๐ฎ๐ž ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐“๐”๐ƒ๐Œ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Puchong 15 Mei 2026 - Kursus Basic High Angle & Rope Rescue y...
15/05/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐œ ๐‡๐ข๐ ๐ก ๐€๐ง๐ ๐ฅ๐ž & ๐‘๐จ๐ฉ๐ž ๐‘๐ž๐ฌ๐œ๐ฎ๐ž ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐“๐”๐ƒ๐Œ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Puchong 15 Mei 2026 - Kursus Basic High Angle & Rope Rescue yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara (A5-Rancangan Operasi) d/a Pangkalan Udara Subang, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula 11 hingga 15 Mei 2026 bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta dikendalikan oleh 8 Jurulatih Pasukan SMART dan 20 peserta kursus terdiri daripada 3 x pegawai dan 17 x anggota lain-lain pangkat BOMBA TUDM.

Modul yang diterapkan adalah Pengenalan High Angle & Rope Rescue, Ikatan dan Simpulan, Anchor, Pulley System, Pengurusan Mangsa, Pengurusan Risiko, Rappelling, Ascending & Descending dan Teknik Penyelamatan One Man Rescue.

Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad, Pegawai Staf (PS) 1 BOMBA TUDM bersama pegawai kanan TUDM turut hadir memerhati sesi latihan amali yang dijalankan di Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MyCEDM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Perasmian penutup kursus disempurnakan oleh Mejar Mohd Izzuddin bin Mat Hassan, Ajutan Pasukan SMART bertempat di Dewan Wawasan Markas Pasukan SMART.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Address

Markas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia Pulau Meranti Batu 8 Jalan Puchong-kajang
Puchong
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share