Dewan Muslimat PAS Puchong

Dewan Muslimat PAS Puchong Terima kasih sudi jadi follower kami.

VISI
Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia menerusi tenaga muslimat

MISI

Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar

Melahirkan Tenaga Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat

01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔
𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚
𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

𝒔𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂

𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
𝗞𝗲𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂

𝒑𝒂𝒅𝒂

𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝟭𝟱 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑺𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒌𝒛𝒊𝒎 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂
𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎𝒂𝒕 𝑷𝑨𝑺 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓

#𝑫𝒂𝒖𝒍𝒂𝒕𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖
#𝑼𝒍𝒂𝒏𝒈𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏𝒀𝑫𝑷𝑨
#𝑫𝑴𝑷𝑵𝑺
#𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎𝒂𝒕𝒅𝒊𝒏𝒂𝒎𝒊𝒌𝒕𝒆𝒈𝒖𝒉𝒃𝒆𝒓𝒑𝒓𝒊𝒏𝒔𝒊𝒑

Minda Presiden PASPAS TIDAK DITENGGELAMKAN SELAGI BERSAMA ISLAMKitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan...
01/06/2026

Minda Presiden PAS

PAS TIDAK DITENGGELAMKAN SELAGI BERSAMA ISLAM

Kitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi qudwah (ikutan) yang tidak boleh diubah dalam perjalanan politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak penubuhan yang ditetapkan dalam perlembagaannya, menunjukkan bagaimana beramal dengan al-Quran yang tetap dipelihara Allah.

Al-Quran melaporkan bahawa inilah pegangan semua anbiya’ dan auliya’ pada zaman dahulu yang diteruskan oleh nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

“Maka, tetaplah kamu di jalan yang benar (Islam) sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu, serta janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]

Allah menceritakan Nabi Nuh AS beristiqamah bersama petunjuk Allah (Islam) selama hampir 1,000 tahun. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامٗا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَٰلِمُونَ ١٤

“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka, mereka ditimpa banjir besar dan mereka ialah orang-orang yang zalim.” [Surah al-‘Ankabut: 14]

Selepas taufan, Nuh AS hidup beberapa ratus tahun lagi memimpin kaumnya.

Seterusnya, Allah SWT menceritakan Nabi Musa dan Nabi Harun AS menentang Firaun (raja) yang paling zalim dan ganas dalam sejarah dunia:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُۥ زِينَةٗ وَأَمۡوَٰلٗا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٨٨ قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُكُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ٨٩

“Musa berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia! Wahai Tuhan Kami — akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau! Wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih!’ (88) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua di jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.’ (89)” [Surah Yunus: 88–89]

Allah mewajibkan mereka beristiqamah atas perjuangan yang terbuka dan dilarang berganjak. Para ulama’ menyatakan mereka beristiqamah selama 40 tahun sebelum diberikan kemenangan dengan Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya. Nabi Musa dan Nabi Harun AS bersama kaum mereka pun meneruskan perjalanan supaya berjihad menegakkan negara di tanah suci Palestin yang dibuka oleh Nabi Ibrahim AS. Allah tidak mengizinkan Bani Isra’il menduduki Palestin apabila mereka meninggalkan kitab Allah (Taurat).

Maka, Rasulullah SAW beristiqamah bersama Islam yang wajib ditegakkan sehingga menolak tawaran menjadi raja dan pemimpin. Baginda menegaskan kepada bapa saudaranya, Abu Talib yang membawa tawaran itu:

يَا عَمُّ، وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشَّمْسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ، مَا تَرَكْتُهُ.

“Wahai bapa saudara tersayang, demi Allah, sekiranya mereka meletakkan (memberiku kuasa lagi dengan) matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam berkuasa), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini!” [Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, hlm. 266]

Sehinggakan, Baginda SAW dihalau kemudiannya berhijrah ke Madinah bersama Islam, lalu menegakkan negaranya. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 40–41]

Madinah menjadi sebuah negara masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Islam.

Prinsip “رَبُّنَا ٱللَّهُ” ialah seluruh alam diciptakan Allah, bermaksud wajib Islam yang datang daripada Allah untuk mentadbir alam. Firman Allah SWT:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣

“Maka, adakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala yang di langit dan di bumi, baik dengan s**a mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” [Surah Ali ‘Imran: 83]

Islam ialah al-din (petunjuk yang wajib kepada seluruh alam) yang dilaksanakan dengan menyerah diri kepada Allah (Islam), sama ada secara fitrah (naluri) ataupun taklif (diwajibkan secara pilihan tanpa paksaan).

Islam ialah perjuangan terbuka para anbiya’ dan pengikut mereka, serta merupakan amalan terbaik di sisi Allah kepada kump**an terpilih dengan hidayah-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang menyerah diri).’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” [Surah Fussilat: 33–36]

Perjuangan Islam adalah berterus terang tanpa bersembunyi dalam berdakwah pada tajuknya. Adapun pendekatannya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

Hanya Islam sahaja ketetapan Allah kepada semua anbiya’. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Islamlah (tunduk patuhlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku Islam (tunduk patuh) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian p**a Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il, dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya Islam (tunduk patuh) kepada-Nya.’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Semua anbiya’ berterus terang bahawa mereka itu berjenama Islam. Maka, PAS tetap bersama tajuk Islam dan memilih pendekatan demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara yang berpandukan Islam. Suara PAS tetap Islam tanpa disembunyikan dan menolak semua perkara yang berlawanan dengan Islam, termasuk dalam amalan demokrasi Barat. Inilah pendekatan para anbiya’ dan auliya’ pilihan Allah yang memilih pendekatan secara damai dan tidak ada paksaan.

PAS tidak berganjak dalam berjenama Islam secara terbuka di hadapan semua pihak, termasuk dalam bekerjasama dengan pihak bukan Islam berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Apabila kaum Yahudi dan kaum Musyrikin melanggar dasar Islam yang dimeteraikan, maka kerjasama dibatalkan.

PAS tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain mengikut sempadan Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

PAS bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan, dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya dan membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya.

PAS membatalkan kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat PAS.

PAS menolak kalangan anggota PAS sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain.

PAS banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah, amanah, dan sebagainya.

Ada kump**an Islam yang meletakkan jenama sekularisme Islam, bahkan ada yang mengadakan perjanjian dengan pihak lain atas jaminan tidak menegakkan ‘Islamic State’ seperti di Turkiye sehingga memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya, namun akhirnya terikat dan hanyut terlibat dalam normalisasi terhadap negara haram Israel dan tidak berdaya menunaikan kewajipan jihad bersama rakyat Palestin. Perkara ini menjadikan mereka tergelincir daripada landasan perjuangan Islam yang asal.

Di Maghribi (Morocco) p**a, kump**an Islam menang besar dengan bersikap lunak, namun kemudian ditolak rakyat kerana kecewa bersama politik yang tidak istiqamahnya.

Ketegasan PAS dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik yang tidak ikhlas bersama Islam. Semua pihak yang mahukan PAS menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan PAS dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya dan pasti tenggelam dalam gelombang politik yang sentiasa bergelora.

Namun begitu, bahtera PAS tidak tenggelam, walaupun pernah kehilangan kerusi dan pemimpinnya silih berganti mengikut ketetapan Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Antara orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka).” [Surah al-Ahzab: 23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Zulhijjah 1447 / 1 Jun 2026

[Bil: 37 / 2026]

01/06/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dewan Muslimat PAS mengucapkan Selamat Hari Tentera Udara Malaysia kepada seluruh tentera udara yang menyambutnya pada hari ini.

Kalian adalah insan hebat yang tidak mengira masa, penat dan lelah demi keamanan negara. Semoga kalian diberikan kesihatan berpanjangan untuk meneruskan tugas kalian dan sentiasa dalan jagaan ALLAH swt.

Doa buat semua pejuang negara

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat hisab."



Daulat Tuanku.
01/06/2026

Daulat Tuanku.

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔
𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚
𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

sempena

𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
𝗞𝗲𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂

pada

𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝟭𝟱 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

sembah takzim daripada:
𝘿𝙚𝙬𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙖𝙩 𝙋𝘼𝙎 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖




01/06/2026

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

30/05/2026

KL Tak Perlu Jadi
Hub Hiburan

30/05/2026

𝐊𝐋 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐁 𝐇𝐈𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍

Kuala Lumpur tidak perlu dijadikan “hub hiburan” semata-mata untuk menarik pelancong kerana kekuatan sebenar Malaysia terletak pada identiti budaya, kepelbagaian masyarakat, nilai ketimuran serta keunikan warisan yang tidak dimiliki negara lain. Pelancong hari ini bukan hanya mencari hiburan malam atau pusat pesta, tetapi mereka juga mencari pengalaman autentik, keamanan, makanan tradisi, seni budaya, sejarah, alam semula jadi dan kehidupan masyarakat tempatan.

Kuala Lumpur sendiri sudah mempunyai daya tarikan tersendiri seperti Menara Berkembar Petronas, Masjid Negara dan kepelbagaian budaya yang hidup dalam masyarakat majmuk negara ini.

Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang terlalu bergantung kepada industri hiburan boleh memberi kesan sosial dan moral kepada masyarakat setempat. Sesebuah negara maju bukan diukur melalui banyaknya pusat hiburan, tetapi bagaimana ia mampu membina bandar yang selamat, bersih, mesra keluarga dan mempunyai nilai kehidupan yang seimbang.

Kuala Lumpur boleh menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia melalui pelancongan ilmu, pelancongan kesihatan, pelancongan Islamik, makanan halal, ekopelancongan dan program kebudayaan yang memperkenalkan identiti Malaysia kepada dunia.

Malah, ramai pelancong luar datang ke Malaysia kerana suasana harmoni dan sederhana yang ada pada negara ini. Mereka mahu melihat budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain hidup bersama dalam aman. Inilah kekuatan sebenar Kuala Lumpur. Bandar raya ini perlu dibangunkan sebagai pusat ekonomi, ilmu, teknologi dan budaya, bukannya dikenali hanya sebagai pusat hiburan.

Pelancongan yang berteraskan nilai dan identiti akan lebih lestari, dihormati dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta generasi akan datang.

𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐭 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H

28/05/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
27/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇



27/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

“Sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah pada hari Nahar ialah menumpahkan darah korban.”
— Hadis Riwayat Tirmizi

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti ikhlas, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Moga setiap pengorbanan diterima Allah dan hidup sentiasa diberkati.

Setulus ikhlas daripada
Dewan Muslimat PAS Malaysia



Address

Puchong

Website

https://www.tiktok.com/@dmpkpuchong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share