07/08/2026
πππππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ ππ πππππ πππππππππ
π ππππππππ (πππ)
6 Ogos 2026: Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Hidrografi Nasional (PHN) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Kapt. K. Subramaniam, Pengurus Besar LPK, bersama Kapt. Mohd. Fariz bin Hj. Abd. Malek, Pengurus Gerakan Marin, dan Sr. Badrul Hisham bin Ismail, Penolong Pengurus (Hidrografi).
Delegasi LPK telah disambut oleh Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md. Said, Ketua Pengarah Hidrografi, bersama Komander Azrul Nezam bin Asri, Pengarah Geospatial, dan Komander Ahmad Rizuan bin Hussin, Ketua Pegawai Staf Geospatial Marin.
Kunjungan ini merupakan platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara LPK dan PHN dalam memperkasakan kerjasama berkaitan hidrografi, keselamatan pelayaran serta pembangunan sektor maritim negara.
Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan penting hidrografi dalam menyokong pembangunan ekonomi maritim, meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi pelabuhan, di samping membincangkan pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran teknikal serta perkembangan pembangunan di Pelabuhan Klang.
LPK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PHN atas kesudian menerima kunjungan ini. LPK komited untuk terus memperkukuh kerjasama profesional dengan PHN melalui pembangunan bakat, perkongsian pengetahuan, penyelidikan serta amalan terbaik bagi menyokong agenda pembangunan maritim negara.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara LPK dan PHN akan terus diperkukuh demi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang berdaya saing, selamat dan mampan.
β’
ππππππππ πππππ ππ ππππ πππππ πππππππππ ππ πππ ππππππππ ππππππππππππ ππππππ (πππ)
6 August 2026: The Port Klang Authority (PKA) paid a courtesy visit to the National Hydrographic Centre (PHN), led by YBhg. Dato' Kapt. K. Subramaniam, General Manager of PKA, accompanied by Kapt. Mohd. Fariz bin Hj. Abd. Malek, Marine Operations Manager, and Sr. Badrul Hisham bin Ismail, Assistant Manager (Hydrography).
The PKA delegation was warmly received by Rear Admiral Dr. Najhan bin Md. Said, Director General of Hydrography, together with Commander Azrul Nezam bin Asri, Director of Geospatial, and Commander Ahmad Rizuan bin Hussin, Chief Staff Officer, Marine Geospatial.
The visit served as a platform to strengthen the strategic relationship between PKA and PHN in enhancing collaboration on hydrography, navigational safety, and the development of Malaysia's maritime sector.
During the discussion session, both parties exchanged views on the vital role of hydrography in supporting the growth of the maritime economy, improving the safety and efficiency of port operations, and explored opportunities for capacity building, technical knowledge sharing, and updates on the ongoing developments at Port Klang.
PKA also expressed its sincere appreciation to PHN for the warm hospitality and the opportunity to engage in meaningful discussions. PKA remains committed to strengthening its professional collaboration with PHN through talent development, knowledge sharing, research, and the adoption of best practices in support of the nation's maritime development agenda.
It is hoped that the strategic partnership between PKA and PHN will continue to flourish, contributing towards the realization of Malaysia's aspiration to become a competitive, safe, and sustainable maritime nation.