12/08/2026
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KERJARAYA MALAYSIA KE PELABUHAN KLANG :
11 OGOS 2026 | 11.00 MALAM
YB Azmizam Zaman Huri telah menerima lawatan kerja YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Pelabuhan Klang bagi melihat sendiri keadaan serta isu berkaitan FT180 Lebuhraya Northport dan FT181 Lebuhraya Pulau Indah yang merupakan laluan penting dan utama kepada keseluruhan ekosistem Pelabuhan Klang.
Operasi Pelabuhan Klang berjalan 24 jam sehari. Pergerakan lori-lori kontena p**a sangat bergantung kepada jadual kapal, "terminal cut-off time", "closing time" dan "closing date". Apabila berlaku kesesakan aliran trafik di laluan tersebut, risiko kontena terlepas "closing time" dan tertinggal kapal bukan sahaja akan menjejaskan pengusaha lori dan pelanggan pelabuhan, tetapi juga akan turut memberi kesan kepada keseluruhan rantaian logistik yang berkaitan.
YB Azmizam dan pemain industri serta pengguna pelabuhan amat memahami bahawa kerja-kerja pembaikan dan penyelengaaraan jalan yang rosak perlu dilaksanakan oleh JKR tetapi JKR juga perlu memahami masalah dan situasi yang sentiasa dihadapi oleh pengguna-pengguna lebuhraya ini yang kebanyakannya terdiri daripada lori-lori kontena.
Namun, kaedah pengurusan trafik dan tempoh pelaksanaan kerja mesti mengambil kira kepentingan strategik Pelabuhan Klang sebagai salah satu hab logistik utama negara dan juga merupakan pelabuhan kontena yang ke 10 tersibuk di dunia.
YB Azmizam amat menghargai masa dan kesediaan Ketua Pengarah JKR turun padang untuk melihat sendiri situasi di lapangan dan mendengar pandangan serta maklum balas daripada saya yang mewakili suara komuniti Pelabuhan Klang.
Sebagai ADUN Pelabuhan Klang, YB Azmizam akan terus membawa suara pemain industri dan pengguna pelabuhan supaya aspek keselamatan, kelancaran trafik dan kesinambungan operasi pelabuhan dapat diberi perhatian sewajarnya.
Kami pengguna pelabuhan perlukan penyelesaian yang bukan hanya sekadar membaiki jalan yang rosak, tetapi pada masa yang sama JKR kena bantu kami untuk memastikan supaya Pelabuhan Klang akan terus bergerak maju tanpa gangguan yang tidak perlu.
Pelabuhan Klang bergerak 24 jam setiap hari. Infrastruktur di Pelabuhan Klang juga mesti dirancang oleh JKR dengan mengambil kira realiti operasi 24 jam ini.
Turut hadir semasa lawatan Ketua Pengarah JKR ke Pelabuhan Klang ialah Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Tn Ir. Ts. Mohd Nasir Bin Bontat. Pengarah JKR Negeri Selangor, Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak.
Timb. Pengarah JKR Negeri Selangor, Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria. Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, Tn Ir. Haniff bin Ab Hamid. Jurutera Awam Penguasa Jalan (JAPJ) Negeri Selangor, Tuan Mohd Syukri Bin Md Hanafiah. Jurutera JKR Daerah Klang, Tn Ir. Khairul Amir Bin Isahak. Jurutera Fasiliti JKR Klang, Tn Ir. Ts. Muhammad Hakimie Bin Abdul Hamid.
โSatu lori tersangkut, satu kontena boleh terlepas kapal"
I โค๏ธ PORT KLANG
Azmizam Zaman Huri Azmizam Zaman Huri