Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor "BERSATU MAJU, SENTIASA SETIA" TUJUAN PERKASA

1. Untuk menjamin perpaduan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam

2.

Untuk memaju dan membangunkan ekonomi, sosial, pelajaran, kebudayaan dan kebajikan para ahlinya mengikut mana-mana cara yang sah disisi undang-undang.

3. Untuk menambah dan mentadbir tabung kewangan bagi mencapai tujuan dan cita-cita Persatuan.

4. Bersetuju sekiranya diputuskan oleh Persidangan Perwakilan untuk mengaudit, mencetak, menerbit dan mengedar apa-apa jurnal, majalah, berita atau lain-

lain hasil penulisan bercetak bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan atau meningkatkan kepentingan ahli-ahli.

5. Pada amnya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang bagi melaksanakan cita-cita Persatuan.

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H / 2026MDengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami di Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysi...
20/03/2026

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami di Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) Selangor ingin mengucapkan:

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

Semoga Syawal kali ini membawa seribu makna, mengeratkan silaturahim, dan menghidupkan kembali kenangan indah bersama keluarga tercinta β€” tidak kira di kampung halaman atau di mana sahaja kita berada.

Raya tetap meriah bila hati kita disatukan dengan kasih dan kegembiraan 🀍

Ikhlas daripada,
PERKASA Selangor

12/03/2026

Bingkisan Aidilfitri PERKASA Selangor 2026

Posting Pegawai PERKASA Selangor πŸ₯°πŸ˜
Love sangat 😘

Anda gembira, kami teruja ❀️
Terima kasih utk setiap satu statusnya.
You know who you are πŸ˜‰β˜ΊοΈ

04/03/2026
20/02/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Aktiviti Pertama Weightloss Challenge πŸ’ͺ✨

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen padu! Langkah pertama sudah berjaya diambil – semoga terus konsisten dan bersemangat hingga ke garisan penamat.

Program ini merupakan kolaborasi bersama KPSM dalam menjayakan inisiatif gaya hidup sihat sempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada perubahan besar demi kesihatan yang lebih baik untuk semua.

Jumpa di sesi seterusnya! πŸ”₯πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

17/02/2026

Assalamualaikum wbt πŸŒ™

Salam menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi keberkatan.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah puasa. 🀍

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa barisan EXCO PERKASA telah selesai menyantuni ahli-ahli PERKASA...
17/02/2026

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa barisan EXCO PERKASA telah selesai menyantuni ahli-ahli PERKASA yang sedang diuji dengan musibah baru-baru ini. Ziarah telah diadakan sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga PERKASA.

Selain sokongan moral, pihak PERKASA turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada ahli yang terlibat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Antara ahli yang disantuni adalah seperti berikut:

πŸ“Œ Encik Riezuan bin Pozi (WK10)
Penolong Pengarah Kastam
Cawangan Import/Eksport, Pelabuhan Klang
Musibah: Minor strok

πŸ“Œ Puan Nor Amira Binti Ahmad (WK12)
Bahagian Penguatkuasaan (Siasatan)
Musibah: Anak terlibat kemalangan
Lokasi: HTAR (Wad 5B)
Status: Anak beliau sedang menjalani rawatan akibat jangkitan kuman pada luka kesan kemalangan.

πŸ“Œ Tuan Mohd Imran Bin Mohd Roslan (WK12)
Bahagian Penguatkuasaan (Siasatan)
Musibah: Batu karang
Lokasi: KPJ Shah Alam
Status: Telah menjalani pembedahan dan kini dalam proses pemulihan.

πŸ“Œ Puan Nurhafiza binti Mohamad (WK10)
Bahagian Pematuhan
Musibah: Demam kuning
Lokasi: HTAR (Wad 1A, Katil 14)
Status: Masih dalam rawatan dan menunggu keputusan lanjut daripada pihak hospital.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan ketabahan buat ahli-ahli dan keluarga yang terlibat.

PERKASA sentiasa prihatin dan akan terus bersama ahli dalam apa jua keadaan.

Address

Wisma Kastam Selangor Pulau Indah
Port Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share