HALWA SELAT KLANG

HALWA SELAT KLANG Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HALWA SELAT KLANG, Public Service, SELAT KLANG, Port Klang.

14/05/2026
Terima kasih cikgu ๐Ÿฅฐ
09/05/2026

Terima kasih cikgu ๐Ÿฅฐ

๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐ˆ๐‡๐€๐Š ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐“๐ˆ๐“๐€๐‡ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ !Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh keperluan semua p...
09/05/2026

๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐ˆ๐‡๐€๐Š ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐“๐ˆ๐“๐€๐‡ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ !

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh keperluan semua pihak menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam isu pembukaan dan aktiviti penternakan babi di negeri Selangor.

Kenyataan terbaru Istana Selangor sekali lagi memperlihatkan pendirian Tuanku yang amat jelas dan tegas bahawa Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor serta mahu isu tersebut dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya demi menjaga keharmonian rakyat dan mengelakkan keresahan masyarakat.

Titah Tuanku bukan sahaja mengambil kira sensitiviti rakyat, bahkan turut menzahirkan kebimbangan terhadap risiko pencemaran tanah, udara serta sumber air yang boleh menjejaskan kesejahteraan jutaan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Justeru, tidak perlu mana-mana pihak terus sengaja menimbulkan polemik, mempertikaikan pendirian istana atau mencetuskan keadaan yang boleh mengundang kemurkaan Tuanku sehingga Baginda terpaksa bersuara dan memperjelaskan pendirian yang sama buat kali kedua dengan begitu tegas.

Semua pihak sewajarnya mengambil iktibar dan menghormati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan penuh adab, taat dan tanggungjawab demi memelihara keharmonian negeri serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

Institusi istana merupakan payung negara dan benteng perpaduan rakyat yang wajib dipertahankan oleh semua tanpa mengira latar belakang politik mahupun kaum.

Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
8 Mei 2026 bersamaan 20 Zulkaedah 1447H

๐Ÿ’š โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” ๐Ÿ’š  |      ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—›๐—”๐—ง๐—œ     |๐Ÿ’š โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” ๐Ÿ’šKeluarga harmoni ialah keluarga yang hidup dalam suasana kasih sayang, sal...
09/05/2026

๐Ÿ’š โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” ๐Ÿ’š
| ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—›๐—”๐—ง๐—œ |
๐Ÿ’š โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” ๐Ÿ’š

Keluarga harmoni ialah keluarga yang hidup dalam suasana kasih sayang, saling menghormati dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak dapat mewujudkan suasana rumah yang aman, ceria dan penuh keberkatan. Keluarga yang harmoni juga dibina dengan didikan agama, komunikasi yang baik serta sokongan emosi yang berterusan agar setiap ahli keluarga merasa dihargai dan disayangi.

๐™‡๐™–๐™Ÿ๐™ฃ๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐˜ฟ๐™ˆ๐™‹๐™† ๐™†๐™–๐™ฅ๐™–๐™ง






Selat klang,7/5/2026 - Ziarah kasih menyantuni beberapa orang di 4 buah rumah sekitar kg Delek. Menziarah ibu yang baru ...
08/05/2026

Selat klang,7/5/2026 - Ziarah kasih menyantuni beberapa orang di 4 buah rumah sekitar kg Delek. Menziarah ibu yang baru melahirkan dan sedang berpantang,ada juga yang sedang di uji dengan kesihatan dan juga bakal jemaah haji yang bakal berangkat tidak lama lagi.

Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan segera sembuh dari ujian kesihatan yang dihadapi. Aamiin.

Alhamdulillah atas kesempatan masa menziarahi warga meru pagi tadi. Melawat perusahaan Nora tauhu di Jalan Belimbing Mer...
07/05/2026

Alhamdulillah atas kesempatan masa menziarahi warga meru pagi tadi.

Melawat perusahaan Nora tauhu di Jalan Belimbing Meru. Perusahaan yang diusahakan bersam suami dan anaknya sudah berjalan hampir enam tahun. Bermula dengan 20 ketul tauhu yang terjual, kini alhamdulillah sehari boleh mencecah 1.400 ketul tauhu. Semoga perniagaan Pn Nora sekeluarga maju jaya..amin

Saya juga dibawa ziarah orang lama-lama di meru. Antaranya En Ramlan Pahlawan. Kebetulan harini hari kelahiran beliau yang ke 89 tahun. Semoga sentiasa diberi kesihatan..amin

Turut menziarahi mantan calon PAS Kapar, Hj Mohamed Jais b Fathurrahman di rumahnya. Ramah orangnya dan sentiasa ceria. Juga diuji dengan kesihatan. Semoga Allah beri kesembuhan juga kesihatan..amin

Pn Suliah juga tidak sihat..alhamdulillah ada anak-anak bergilir-gilir meguruskan beliau. Sangat menjaga ibu mereka dengan tertib. Semoga Allah beri kesembuhan juga kesihatan buat semua..amin

Saya turut menghadiahkan senaskah Al-Quran buat yang diziarahi tanda ikatan ukhuwah.

Tik tok : https://vt.tiktok.com/ZS9sd5k7k/





07/05/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ง๐—œ๐—ง๐—”๐—› ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ก๐—ข๐—ž๐—ง๐—”๐—›

PAS Selangor menjunjung kasih dan mendokong sepenuhnya titah tegas DYMM Selangor berhubung isu penternakan babi di Negeri Selangor sebagaimana kenyataan rasmi Istana Selangor bertarikh 7 Mei 2026.

Titah DYMM Tuanku adalah jelas, muktamad dan wajib dihormati oleh semua pihak. Pendirian Baginda bahawa Negeri Selangor tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor perlu diterima tanpa sebarang lagi polemik atau percubaan mempertikaikannya.

Sehubungan itu, PAS Selangor memberi peringatan dan amaran kepada semua pihak termasuk pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar menghentikan serta-merta segala kenyataan, pendirian, cadangan mahupun perancangan yang membuka ruang kepada penternakan babi di Negeri Selangor.

Mana-mana pihak yang masih cuba mempertahankan atau menghidupkan semula agenda ini selepas ini boleh dianggap sengaja menyanggah dan menderhakai semangat titah DYMM Sultan Selangor serta hanya akan menimbulkan keresahan rakyat dan mengganggu keharmonian negeri.

PAS Selangor turut menggesa Menteri Komunikasi, YB Datoโ€™ Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil, dan mana-mana pimpinan kerajaan yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mempertahankan isu ini supaya segera menghormati pendirian Istana Selangor dan menghentikan segala kenyataan yang mengeruhkan keadaan.

Isu ini perlu dianggap selesai dan dimuktamadkan sepenuhnya sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

โ€œKEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAMโ€

YB DATO DR AB HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Selangor
19 Zulkaedah 1447H | 7 Mei 2026


Assalammualaikum semua .Rabu -06/05/26- 3 Ptg ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ช๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐ก menerima jemputan ke rumah Pn Norhaya Bte Mana...
07/05/2026

Assalammualaikum semua .
Rabu -06/05/26- 3 Ptg

๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ช๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐ก menerima jemputan ke rumah Pn Norhaya Bte Manaf Di Kg Delek Baru

Majlis Dimulakan dengan Bacaan Yasin Yang Di bimbing Oleh Pn Rogayah selaku Ketua Muslimat ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ช๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐ก

Selepas Bacaan Yasin, dititipkan Sedikit Doa Selamat Dan Tazkirah yang di bawa Oleh Ustazah Norazian (Kak Chik).
Pengajian Hari nie dari:-
๐Š๐ข๐ญ๐š๐› ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ค๐š๐ญ ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข

Semoga apa yang disampaikan oleh Ustazah Menjadi pedoman Dalam kehidupan Kita semua.

Alhamdulillah
03/05/2026

Alhamdulillah

Selat Klang,Sabtu - 02/05/2026 - 10.30 PagiAlhamdullillah syukur kepada Allah Swt atas Jemputan Pn Jaleha Hamzah kepada ...
03/05/2026

Selat Klang,Sabtu - 02/05/2026 - 10.30 Pagi

Alhamdullillah syukur kepada Allah Swt atas Jemputan Pn Jaleha Hamzah kepada ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ช๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐ก dengan bertemakan pakaian sedondon "Jubah Dan Tudung pink "untuk majlis Aqiqah cucunya.

Majlis Dimulakan dengan Bacaan Yasin, Doa Selamat Dan Selawat yang dibimbing oleh Ustazah Muntamah .

Semoga Allah SWT
memberkati ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ช๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐ก dan keluarga Pn Jaleha serta cucunya.

Aamiin aamiin aamiin yra

Address

SELAT KLANG
Port Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALWA SELAT KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALWA SELAT KLANG:

Share

Category