04/05/2026
MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
4 Mei 2026, Port Dickson - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan lawatan tapak Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Port Dickson pada pagi ini bertempat di Kolej Uniti, Port Dickson. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras aktiviti serta tugasan persiapan bagi semua agensi dan persatuan yang terlibat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Port Dickson akan dilaksanakan pada 15 Mei 2026 di Kolej UNITI Port Dickson (PD) ini yang melibatkan kelima-lima Segmen iaitu Segmen Penciptaan dan Peluang Kerjaya : Bengkel Resume dan Booth Kerjaya, Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan : Leadership Treasure Hunt Challenge. Seterusnya Segmen Malaysia Aktif : Aerojamming, Mari Mencuba dan Pertandingan Memanah dan Sukan Rakyat, Segmen Inovasi dan Digital : From Sketch to Minecraft, Lensa Kreatif PD dan Pertandingan MLBB 2026 serta aktiviti pembuatan STEM dan pameran oleh Muzium Lukut dan yang terakhir ialah Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik : Pertandingan Fotografi.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Puan Fatimah binti Kamaruddin, Dekan Fakulti Pendidikan, Kolej UNITI PD, Encik Syazwan bin Sha'ari, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI PD, Encik Dineshkumar Narayanasamy dan Cik Khairina Kamaruddin dari Majlis Belia Daerah Port Dickson, Encik Mohd Hanif Nadri dan Encik Muhammad Nizam Nazmi Rosly dari Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Si Rusa, Encik Jamaludin Sulaiman, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang, Encik Arumugam Ganasan dari Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Teluk Kemang, Puan Noormilah Abu Bakar dan Puan Zarina Harun dari KEFA Aerofitt Sports Club, Cik Natasha Umairah Mohd Hairul dari Kelab Rakan Muda (KRM) Telok Kemang serta Encik Faris Akmal bin Ali dan Encik Kevin Kandsamy dari Muzium Lukut. Turut hadir bersama adalah barisan jawatankuasa pelaksana SB@HBN Tahun 2026 Peringkat Daerah Port Dickson serta pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson.
Semoga dengan jalinan kerjasama bersama pertubuhan belia, Kolej Uniti PD dan agensi kerajaan yang terlibat ini dapat melancarkan lagi penganjuran SB@HBN 2026 Peringkat Daerah Port Dickson serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.