26/05/2026
KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 1 TAHUN 2026.
Lawatan ke Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka telah diadakan pada 25 Mei 2026 (Isnin). Platun Alpha dan Bravo telah mengadakan lawatan ke Depot Imigresen KLIA, manakala Platun Charlie dan Delta p**a ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para kadet mengenai pengurusan depot imigresen, prosedur operasi standard, aspek keselamatan serta pengendalian warga asing yang ditempatkan di depot. Selain itu, para kadet turut berpeluang menimba ilmu dan pengalaman secara langsung berkaitan fungsi serta peranan depot imigresen dalam penguatkuasaan undang-undang keimigresenan negara.