13/06/2026
๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ - ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ)
Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Daerah Port Dickson telah melaksanakan pengeluaran Borang 3 [Subperaturan 3(3)] Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 sebagai notis rasmi kepada orang awam berhubung Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRUDN) Negeri Sembilan Ke -16.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan bin Datoโ Harun dalam sidang media yang berlangsung di Menara SPR telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRUDN) Negeri Sembilan Ke -16 iaitu Hari Penamaan Calon pada 18 Julai 2026, Hari Mengundi Awal pada 28 Julai 2026 dan Hari Mengundi pada 1 Ogos 2026.
Borang 3 merupakan notis rasmi yang memaklumkan kepada orang awam mengenai pelaksanaan pilihan raya serta mengandungi maklumat penting berkaitan proses pilihan raya. Pengeluaran notis ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi memastikan maklumat rasmi dapat disampaikan kepada orang ramai secara tepat, telus dan mudah diakses.
Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Daerah Port Dickson komited untuk memastikan segala urusan dan persiapan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRUDN) Negeri Sembilan Ke -16 dilaksanakan dengan lancar, teratur dan telus selaras dengan segala ketetapan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).