Page Muzium Lukut Rasmi

Page Muzium Lukut Rasmi Muzium Lukut di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia mempamerkan mengenai
SEJARAH LUKUT
Kegemilangan Sebuah Pemerintahan Melayu Abad Ke-19

02/09/2026

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlandaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut disaksikan oleh kira-kira 20,000 rakyat, Raja-raja Melayu serta perwakilan dari negara-negara Komanwel dan negara asing.

Pada akhir upacara, YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan โ€œMerdeka!โ€ sebanyak tujuh kali yang disambut penuh semangat oleh hadirin. Serentak dengan itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama diikuti laungan azan dan tembakan hormat 101 das, menandakan bermulanya era baharu sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





02/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Trivia Merdeka! Tahukah anda?

Tarikh keramat 31 Ogos 1957 bukan dipilih secara kebetulan! Ia dicadangkan oleh seorang ulama terkenal, Sheikh Abdullah Fahim, berdasarkan kepakaran beliau dalam ilmu falak. ๐ŸŒ™

Menariknya, dalam Bahasa Arab, tarikh tersebut membawa maksud โ€œAm Khir Atanaโ€ iaitu โ€œTahun Baik Datang Kepada Kitaโ€, seolah-olah melambangkan harapan dan permulaan baharu buat negara yang merdeka. ๐Ÿคฒโœจ

Lebih bermakna, tarikh kemerdekaan ini telah diumumkan lebih awal pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Melaka, sebelum dimuktamadkan oleh pihak British.

Sejarah bukan sekadar kenangan tetapi ia adalah inspirasi untuk kita terus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan tanah air. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Merdeka360





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AKTIVITI KIT STEM DIY SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PADA 31 0G0S 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, Muz...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AKTIVITI KIT STEM DIY SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PADA 31 0G0S 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, Muzium Lukut menyediakan aktiviti Kit STEM DIY khas untuk para pengunjung yang hadir berkunjung ke muzium.

Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada kanak-kanak dan remaja yang begitu teruja untuk menghasilkan Kit STEM DIY sendiri. Melalui aktiviti secara hands-on ini, mereka bukan sahaja dapat belajar dan meneroka konsep Teknologi, (STEM), malah dapat mengembangkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah serta keyakinan diri.

โœจ Manfaat Aktiviti Kit STEM DIY:
๐Ÿ”น Merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
๐Ÿ”น Menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan
๐Ÿ”น Meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
๐Ÿ”น Memberi ruang kepada kanak-kanak dan remaja untuk berehat daripada rutin harian serta mengurangkan tekanan
๐Ÿ”น Menggalakkan ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak
๐Ÿ”น Mewujudkan pengalaman pembelajaran dan kenangan indah bersama keluarga

๐Ÿ›๏ธ JOM HADIR KE MUZIUM LUKUT!

Jadikan cuti dan masa lapang anda lebih bermakna dengan membawa anak-anak dan keluarga berkunjung ke Muzium Lukut. Selain mengenali sejarah dan warisan Lukut, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Kit STEM DIY yang menyeronokkan dan bermanfaat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Hayati sejarah, hargai warisan, cipta pengalaman!
๐Ÿ“ Muzium Lukut
๐Ÿ•˜ Waktu lawatan: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang

Bawa keluarga, luangkan masa bersama dan jadikan kunjungan ke muzium satu pengalaman yang menyeronokkan serta penuh ilmu!








30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi &
Seluruh Warga Jabatan Muzium Malaysia

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






Program Semarak Merdeka Anjuran PULAMOR Tahun 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMuzium Lukut, Jabatan Muzium Malaysia berbesar hati menyertai Progr...
28/08/2026

Program Semarak Merdeka Anjuran PULAMOR Tahun 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Muzium Lukut, Jabatan Muzium Malaysia berbesar hati menyertai Program Semarak Merdeka Anjuran PULAMOR Tahun 2026 yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan SK Sunggala.
Program ini melibatkan penyertaan dari pelajar SK sunggala dan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah, warisan dan kemerdekaan negara.
Program ini menghimpunkan pelbagai agensi dan organisasi yang turut sama menjayakan program, antaranya PULAMOR, Muzium Lukut.
Dalam program ini, Muzium Lukut turut menyediakan booth pameran yang mengetengahkan:
๐Ÿ›๏ธ Pameran artifak dan sejarah Lukut
โ›๏ธ Pameran bijih timah sebagai antara warisan sejarah penting Lukut
๐Ÿงช Kit STEM DIY sebagai aktiviti interaktif untuk para pelajar
Penglibatan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik serta mendekatkan generasi muda dengan sejarah dan warisan tempatan.
Semarak Merdeka, Kenali Sejarah, Cintai Warisan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ









Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut ๐Ÿ“š๐Ÿ›๏ธPada 28 Ogos 2026.Muzium Lukut berbesar hati menerima kunjungan Tadika Smart ,...
28/08/2026

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut ๐Ÿ“š๐Ÿ›๏ธ
Pada 28 Ogos 2026.
Muzium Lukut berbesar hati menerima kunjungan Tadika Smart ,Lukut,Port Dickson,Negeri Sembilan dalam program Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut.
Lawatan ini memberi peluang kepada para murid untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, warisan dan khazanah budaya setempat, khususnya berkaitan sejarah Lukut dan Negeri Sembilan.
Semoga kunjungan ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta memupuk minat dalam kalangan murid terhadap sejarah dan warisan negara.
Terima kasih kepada pihak Tadika Smart,Lukut atas kunjungan ke Muzium Lukut. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda pada masa akan datang! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Jangan lupa LIKE Facebook dan FOLLOW Instagram Muzium Lukut untuk mendapatkan pelbagai info dan aktiviti terkini. ๐Ÿ˜Š
Facebook: https://www.facebook.com/muziumlukutnismilan/
Instagram: https://www.instagram.com/lukutmuseum.official/
Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia:
www.jmm.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui:
๐Ÿ“ฉ [email protected]
Penafian: Muzium Lukut tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita saling menyokong antara satu sama lain.






See less

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut ๐Ÿ“š๐Ÿ›๏ธPada 27 Ogos 2026.Muzium Lukut berbesar hati menerima kunjungan Tadika Intelek...
27/08/2026

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut ๐Ÿ“š๐Ÿ›๏ธ
Pada 27 Ogos 2026.

Muzium Lukut berbesar hati menerima kunjungan Tadika Intelektual, Iringan Bayu dalam program Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Lukut.

Lawatan ini memberi peluang kepada para murid untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, warisan dan khazanah budaya setempat, khususnya berkaitan sejarah Lukut dan Negeri Sembilan.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta memupuk minat dalam kalangan murid terhadap sejarah dan warisan negara.

Terima kasih kepada pihak Tadika Intelektual, Iringan Bayu atas kunjungan ke Muzium Lukut. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda pada masa akan datang! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jangan lupa LIKE Facebook dan FOLLOW Instagram Muzium Lukut untuk mendapatkan pelbagai info dan aktiviti terkini. ๐Ÿ˜Š

Facebook: https://www.facebook.com/muziumlukutnismilan/
Instagram: https://www.instagram.com/lukutmuseum.official/

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia:
www.jmm.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui:
๐Ÿ“ฉ [email protected]

Penafian: Muzium Lukut tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita saling menyokong antara satu sama lain.







26/08/2026
๐Ÿ›๏ธ Pameran Muzium Lukut Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Di SJKT Mukundan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPada 26 OGOS 2026.Muzium Lukut berbesa...
26/08/2026

๐Ÿ›๏ธ Pameran Muzium Lukut Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Di SJKT Mukundan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Pada 26 OGOS 2026.

Muzium Lukut berbesar hati mengadakan Pameran Muzium Lukut Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mukundan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Antara pengisian menarik dalam pameran ini ialah pameran berkaitan bijih timah, yang memberi pendedahan kepada para murid tentang sejarah perlombongan bijih timah serta kaitannya dengan perkembangan sejarah dan warisan Lukut.

Selain itu, para murid turut berpeluang menyertai aktiviti STEM DIY secara interaktif dan kreatif. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat merangsang kreativiti, kemahiran berfikir serta minat murid terhadap pembelajaran berasaskan STEM.

Program sebegini diharap dapat menyemai rasa cinta terhadap sejarah, warisan dan budaya negara, khususnya dalam kalangan generasi muda, selaras dengan semangat Bulan Kebangsaan 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Muzium Lukut โ€” Menelusuri Sejarah, Menghargai Warisan.

Jangan lupa LIKE Facebook dan FOLLOW Instagram Muzium Lukut untuk mendapatkan pelbagai info dan aktiviti terkini. ๐Ÿ˜Š

Facebook: https://www.facebook.com/muziumlukutnismilan/
Instagram: https://www.instagram.com/lukutmuseum.official/

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia:
www.jmm.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui:
๐Ÿ“ฉ [email protected]

Penafian: Muzium Lukut tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita saling menyokong antara satu sama lain.








Address

LOT 730 KOTA LUKUT JABATAN MUZIUM MALAYSIA LUKUT PORT DICKSON NSDK
Port Dickson
71010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6066512954

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page Muzium Lukut Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Page Muzium Lukut Rasmi:

Shortcuts

Share