23/10/2025
π πππ ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππ-πππππ πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππ ππππππ πππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππ, πππ πππ ππππ
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan bercemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kor Armor Diraja (KAD) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dan melibatkan empat detasmen dengan kekuatan seramai 34 pegawai dan 472 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada RAMD, KAD dan TUDM.
Istiadat Perbarisan yang bersejarah ini telah melibatkan seramai 8 Pegawai dan 85 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Ahmad Faisal bin Muda, Pegawai Memerintah 2 KAD selaku Ketua Perbarisan KAD dan turut diiringi oleh Pancaragam Pusat KAD yang diketuai oleh Kol (DOM) Zaiful Azman bin Zainul Abidin.
Setelah lebih dua dekad berlalu, Kor Armor Diraja telah melakar sejarah dalam melaksanakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak 18 November 2000 dan 2 KAD sebagai π»πππ ππ π‘βπ π΅ππππ π΅ππππ‘ sekali lagi meneruskan legasi kecemerlangan, keutuhan tradisi serta kesetiaan yang kekal abadi kepada Raja dan Negara.
Dalam perbarisan penuh istiadat ini, Pegawai dan Anggota 2 KAD telah melakar kebanggaan sebagai Pengawal Pengiring Detasmen Pertama bersama elemen gabungan RAMD dan TUDM, diikuti Detasmen Ketiga yang turut melibatkan Pegawai dan Anggota 2 KAD sebagai No.3 Pengawal Perbarisan.
Perbarisan yang dilaksanakan dengan penuh disiplin, ketelitian serta keunggulan ini menampilkan barisan Pegawai dan Anggota 2 KAD di mana Mej Nik Ahmad Faiz bin Nik Arzami @ Nik Azmi selaku Penolong Ketua Perbarisan, Mej Khairusthani bin Mohamad, Ketua No.3 Pengawal, Mej Muhammad Zulhelmi bin Muhammad Isa, Pegawai Logistik, Lt Muhammad Farris Danial bin Mohd Munir, Pegawai Panji-Panji Lama, Lt Ahmad Farhan bin Abd Ghapar, Pegawai Panji-Panji Baru, PW I Muhammad Aqbal bin Samludin, SMR Panji-Panji Lama dan PW II Muhammad Azwan bin Harun selaku Rejimen Kuartermaster.
Turut sama hadir menghadiri istiadat gilang-gemilang ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, bersama Panglima-Panglima Perkhidmatan, yang turut mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepanjang istiadat perbarisan ini berlangsung.