JPKK Kg Bagan Pinang

JPKK Kg Bagan Pinang Fungsi utama JPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek /program di kampung.

Mesyuarat JPKK Kg Bagan Pinang kali ke 2/2026.Syukur alhamdulillah dengan izinNya dapat bersama-sama para AJK serta teta...
23/04/2026

Mesyuarat JPKK Kg Bagan Pinang kali ke 2/2026.

Syukur alhamdulillah dengan izinNya dapat bersama-sama para AJK serta tetamu jemputan Tuan Penghulu Dun Bagan Pinang, Encik Fareez & wakil daripada SwCorp Encik Mohammad Yusri.

18 Mac 2026 | Rabu | 9.00pagiMantai Rayo 2026.Pagi ini Pengerusi JPKK Kg Bagan Pinang, JPKK Kg Sirusa serta JPKK Kg Baru...
18/03/2026

18 Mac 2026 | Rabu | 9.00pagi

Mantai Rayo 2026.

Pagi ini Pengerusi JPKK Kg Bagan Pinang, JPKK Kg Sirusa serta JPKK Kg Baru, telah bersama YB Dato’ Mohd Faizal dan Tuan Najib bagi memberi sumbangan daging lembu 1 kilo dan 1 kilo tulang sumbangan dari pejabat DUN Linggi & Bagan Pinang.
Hampir 100 orang yang terpilih terutamanya dari golongan asnaf, ibu tunggal dan yang tidak berkemampuan telah hadir menerima sumbangan ini.
Moga sumbangan kecil ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti.

Salam 23 Ramadan | 10.30am | Kg Bagan PinangBulan mulia ini pihak JPKK Kg Bagan pinang berkesempatan menghantar bakul ma...
13/03/2026

Salam 23 Ramadan | 10.30am | Kg Bagan Pinang
Bulan mulia ini pihak JPKK Kg Bagan pinang berkesempatan menghantar bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada penerima di sekitar kawasan Kg Bagan Pinang.
Bakul makanan berkenaan adalah sumbangan daripada YB Dato’ Haji Mohd Faizal Bin Ramli. Sebanyak 5 bakul makanan telah disumbangkan kepada penerima antaranya golongan ibu tunggal, warga emas, pesakit terlantar dan yang kurang berkemampuan.
Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar untuk membuat persiapan raya nanti.

5 Mac 2026 | Khamis | 10amBENGKEL PEMANTAPAN JPKK DAERAH PORT DICKSON DAN KEMPEN SIFAR PLASTIK 2026Tujuan bengkel ini ad...
06/03/2026

5 Mac 2026 | Khamis | 10am
BENGKEL PEMANTAPAN JPKK DAERAH PORT DICKSON DAN KEMPEN SIFAR PLASTIK 2026
Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan peranan JPKK sebagai penggerak pembangunan komuniti di peringkat akar umbi bersama agensi kerajaan.
Pengisian bengkel ini antaranya perkongsian daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Perhilitan, KKDW, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat, AADK serta agensi berkaitan lain.
Program ini telah dirasmikan oleh YB DATO' HAJI MOHD FAIZAL BIN RAMLI, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Adun Linggi . Turut hadir bersama Pegawai Daerah Tanah Port Dickson Ybhg Puan Nurhazelin binti Makli.

25 Februari 2026 @ 7 RamadanLawatan tapak bersama Pegawai JKOM PPN di kawasan Kampung Bagan Pinang yang perlu dibuat, di...
26/02/2026

25 Februari 2026 @ 7 Ramadan
Lawatan tapak bersama Pegawai JKOM PPN di kawasan Kampung Bagan Pinang yang perlu dibuat, diselenggara dan dinaiktaraf longkang bagi mengatasi bencana banjir.
Semoga dipermudahkan segala urusan proses penyelenggaraan.

“Selamat datang, bulan penuh berkah! Semoga Ramadhan ini membawa kedamaian, keberkahan, dan kebahagiaan dalam hidup kita...
19/02/2026

“Selamat datang, bulan penuh berkah! Semoga Ramadhan ini membawa kedamaian, keberkahan, dan kebahagiaan dalam hidup kita.”

14 Februari 2026 | 8am | Tanah Perkuburan Kariah Bagan Pinang Program Gotong Royong - JEJAK WARIS telah dijalankan pagi ...
14/02/2026

14 Februari 2026 | 8am | Tanah Perkuburan Kariah Bagan Pinang
Program Gotong Royong - JEJAK WARIS telah dijalankan pagi tadi dengan kerjasama yang baik oleh semua waris serta ahli kariah Bagan Pinang secara langsung mahupun yang tidak langsung.
JPKK Kg Bagan Pinang kali ini bekerjasama bersama KRT Kg Bagan Pinang & Masjid Kariah Bagan Pinang.
Terima kasih dengan kehadiran semua. Salam Ramadan.

11 Februari 2026 | Rabu | 2.30pm | Dewan Orang Ramai Bagan PinangHampir 150 orang penerima warga emas menerima sumbangan...
11/02/2026

11 Februari 2026 | Rabu | 2.30pm | Dewan Orang Ramai Bagan Pinang
Hampir 150 orang penerima warga emas menerima sumbangan Aspirasi Warga Emas 70 tahun keatas, dari DUN Linggi dan DUN Bagan Pinang.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan lagi suasana dan mendapat kebahagiaan .

6 Februari 2026 @ 10amUlangsiar - Kajian pemantauan bagi mengatasi bencana banjir.Pengerusi JPKK Kg Bagan Pinang bersama...
10/02/2026

6 Februari 2026 @ 10am
Ulangsiar - Kajian pemantauan bagi mengatasi bencana banjir.
Pengerusi JPKK Kg Bagan Pinang bersama Puan ADO Pembangunan Fizikal, Penghulu Dun Bagan Pinang serta Team Unit Fizikal, turun padang bagi memantau dan berbincang berkenaan masalah yang telah dilaporkan oleh komuniti setempat.

Lokasi : Jalan Bagan 14

09/02/2026

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐜𝐢 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐁𝐄𝟐𝟎𝟐𝟔)

Tahukah anda? Pada tahun 2026, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026)? Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.

BE2026 bertujuan mengumpul data komprehensif merangkumi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk perdagangan borong dan runcit.

Pelaksanaan banci ini turut meliputi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, menjadikannya sumber data penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas perancangan pembangunan negara yang lebih berkesan.








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Facebook BE2026:
https://www.facebook.com/banciekonomi2026

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

4 Februari 2026 @ 3pmMesyuarat JPKK Kg Bagan Pinang kali pertama bagi tahun 2026, yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Hasan...
04/02/2026

4 Februari 2026 @ 3pm
Mesyuarat JPKK Kg Bagan Pinang kali pertama bagi tahun 2026, yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Hasan Bin Masuadi. Bersama 8 orang AJK yang berkesempatan hadir pada hari ini, termasuk AJK yang berwajah baru bagi penggal 2025-2027.
Semoga dipermudahkan segala urusan JPKK Kg Bagan Pinang pada tahun ini.

Address

Balairaya Kg Bagan Pinang
Port Dickson
71050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg Bagan Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Kg Bagan Pinang:

Share

Category