Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang, Government Organization, Lot 151, Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Ziarah kematianإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَMalam tadi solat jenazah dan mengiringi pengebumian Allahyar...
27/03/2026

Ziarah kematian
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Malam tadi solat jenazah dan mengiringi pengebumian Allahyarham Haji Ab Rahman bin Haji Zakaria, mantan Imam Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang, Port Dickson.

Turut hadir bersama masyarakat setempat memberi penghormatan terakhir. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

🄼🄴🄼🄱🄸🄽🄰 🄱🄰🄶🄰🄽 🄿🄸🄽🄰🄽🄶 🅂🄴🄹🄰🄷🅃🄴🅁🄰



20/03/2026
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di kesempatan yang mulia ini, marilah kita mensyukuri kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, mengampunkan dosa-dosa yang lalu serta mengurniakan kita kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan. Semoga Aidilfitri ini juga menjadi titik untuk kita terus memperkukuhkan silaturahim, saling bermaafan dan menyemai kasih sayang dalam masyarakat.

Ikhlas daripada
YB Tuan Haji Abdul Fatah bin Zakaria
ADUN Bagan Pinang

Menyantuni anak-anak PASTI di awal sesi persekolahan.Wajah ceria mereka menjadi pembakar semangat untuk terus mendidik d...
24/01/2026

Menyantuni anak-anak PASTI di awal sesi persekolahan.
Wajah ceria mereka menjadi pembakar semangat untuk terus mendidik dan membina generasi soleh.
Semoga anak-anak PASTI terus bersemangat menimba ilmu dan membesar dengan akhlak yang baik, insya-Allah.

Melawat PASTI
1. PASTI Al-Ummi, Taman Shorea Hartamas.
2. PASTI Al-Munawwarah, Kg Bukit Tembok.
3. PASTI AL-Ilmi, Bandar Sunggala.
4. PASTI Al-Fityan, Taman Sunggala Hartamas.
5. PASTI Nur Iman, Taman TKK.
6. PASTI Al-Hafiz, Taman Intan Duyung.

🄼🄴🄼🄱🄸🄽🄰 🄱🄰🄶🄰🄽 🄿🄸🄽🄰🄽🄶 🅂🄴🄹🄰🄷🅃🄴🅁🄰



Saya kembali menziarahi Puan Rokiah di Kampung Bagan Pinang.Dalam ziarah sebelum ini, beliau ada menyuarakan keperluan s...
24/01/2026

Saya kembali menziarahi Puan Rokiah di Kampung Bagan Pinang.

Dalam ziarah sebelum ini, beliau ada menyuarakan keperluan sebuah tongkat yang lebih sesuai kerana tongkat lama yang digunakan sudah uzur dan tidak lagi membantu pergerakan hariannya. Permintaan itu saya simpan dalam ingatan.

Alhamdulillah, dalam kunjungan ini saya dapat menyampaikan sendiri tongkat baharu untuk beliau gunakan, selain sedikit sumbangan bakul makanan. Melihat beliau mencuba tongkat tersebut, jelas terpancar kelegaan di wajahnya. Perkara kecil bagi kita, namun besar maknanya buat beliau.

Moga bantuan ini dapat memudahkan urusan harian Puan Rokiah. Doakan agar beliau terus diberi kekuatan dan kesihatan.

🄼🄴🄼🄱🄸🄽🄰 🄱🄰🄶🄰🄽 🄿🄸🄽🄰🄽🄶 🅂🄴🄹🄰🄷🅃🄴🅁🄰



Address

Lot 151, Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60182189590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang:

Share