BSPTD IPD Port Dickson

BSPTD IPD Port Dickson Patuhi Undang-Undang Jalan Raya

08/09/2026
07/09/2026

OP SAMSENG JALANAN

Port Dickson, 6 September 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Port Dickson telah menjalankan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya SPDH pada awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 12.01 tengah malam hingga 3.00 pagi, pasukan operasi telah mengesan dua buah motosikal yang ditunggang secara melulu serta melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri di Lebuhraya SPDH arah Seremban.

Hasil operasi, dua lelaki telah ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Kedua-dua suspek bersama motosikal telah dibawa ke Balai Trafik IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut.

PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan aksi samseng jalanan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya di jalan raya.

β€œANDA MEMANDU, ANDA BERTANGGUNGJAWAB.”








30/08/2026

SyabasπŸ‘πŸΏ

30/08/2026
🚨 OP MABUK 🚨Port Dickson, 28 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Port Dickson telah menja...
29/08/2026

🚨 OP MABUK 🚨

Port Dickson, 28 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Port Dickson telah menjalankan Op Mabuk bagi membanteras kesalahan memandu kenderaan motor di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Hasil pemeriksaan pada kira-kira jam 0020 hrs (29/08/2026), pasukan operasi telah mengesan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki di daerah Port Dickson.

Pemeriksaan lanjut telah dijalankan dan pemandu berkenaan telah menjalani ujian saringan alkohol menggunakan peralatan yang ditetapkan. Hasil ujian mendapati pemandu tersebut disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

⚠️ JANGAN MEMANDU JIKA ANDA DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL.

Pandu dalam keadaan sedar dan pastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain sentiasa diutamakan.

INGAT! MINUM DAN PANDU BOLEH MERAGUT NYAWA.









25/08/2026
OP SAMSENG JALANANPort Dickson, 25 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Port Dickson telah...
25/08/2026

OP SAMSENG JALANAN

Port Dickson, 25 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Port Dickson telah menjalankan Op Samseng Jalanan bagi membanteras kegiatan pemanduan dan penunggangan secara melulu serta membahayakan pengguna jalan raya.

Hasil pemantauan pada kira-kira 1830 hrs, pasukan operasi telah mengesan sebuah motosikal yang ditunggang secara melulu dari KM 16 hingga KM 18.7 Lebuhraya SPDH arah Port Dickson.

Penunggang didapati melakukan aksi berbahaya dengan meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang. Perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan penunggang sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Pasukan tangkapan kemudiannya mengekori suspek sebelum menahan suspek untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu/menunggang secara melulu dan membahayakan.

Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah. Keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain adalah tanggungjawab bersama.









═══════╗MAJLIS ADVOKASI & KEMPENKESELAMATAN JALAN RAYAOP SELAMAT 26✨ Hari Raya Aidilfitri 2026 ✨IPD Port Dickson, Negeri...
23/03/2026

═══════╗
MAJLIS ADVOKASI & KEMPEN
KESELAMATAN JALAN RAYA
OP SELAMAT 26
✨ Hari Raya Aidilfitri 2026 ✨
IPD Port Dickson, Negeri Sembilan
β•šβ•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•β•

Port Dickson, 19 Mac 2026 bertempat di Bazar Ramadhan Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan telah berlangsung Majlis Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan.

Majlis Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 26 tersebut bermula pada jam 6 petang telah disempurnakan oleh Ketua - Ketua Bahagian IPD Port Dickson.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya serta memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan.

Selain itu, usaha ini turut menekankan kepentingan pematuhan undang-undang, pengurangan kadar kemalangan serta pengukuhan kerjasama antara agensi demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Semasa program berlangsung, pihak PRDM turut menyampaikan 'goodies bag' kepada pengguna jalan raya sebagai simbol keprihatinan PDRM, di samping menyampaikan mesej keselamatan agar pengguna sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

#π˜–π˜—π˜šπ˜Œπ˜“π˜ˆπ˜”π˜ˆπ˜›26
#π˜‘π˜šπ˜—π˜›π˜•π˜š
#π˜—π˜‹π˜™π˜”π˜•π˜š
#π˜šπ˜Œπ˜“π˜ˆπ˜”π˜ˆπ˜›π˜‰π˜Œπ˜™π˜šπ˜ˆπ˜”π˜ˆπ˜‘π˜šπ˜—π˜›

22/03/2026

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Port Dickson
Port Dickson
71000

Telephone

+6066472222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPTD IPD Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BSPTD IPD Port Dickson:

Shortcuts

Share