27/05/2026
๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐บ๐ถ๐ณ๐จ๐ป ๐บ๐ผ๐ต๐จ๐ป ๐จ๐ฐ๐ซ๐ฐ๐ณ๐จ๐ซ๐ฏ๐จ ๐ฉ๐ฌ๐น๐ฑ๐ฌ๐ด๐จ๐จ๐ฏ ๐ซ๐จ๐ต ๐ฐ๐ฉ๐จ๐ซ๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ถ๐น๐ฉ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐ฐ๐ต๐ฎ๐ฒ๐จ๐ป ๐ด๐จ๐บ๐ฑ๐ฐ๐ซ ๐ท๐ถ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ฑ๐จ๐ณ๐จ๐ต ๐ณ๐จ๐ด๐จ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐จ๐ด๐จ ๐ฐ๐ท๐ซ ๐ท๐ถ๐น๐ป ๐ซ๐ฐ๐ช๐ฒ๐บ๐ถ๐ต.
Port Dickson, 27 Mei 2026 โ YDH. SUPT. Maslan Bin Udin, Ketua Polis Daerah Port Dickson hadir bersama isteri Ybhg. Puan Masita Binti Ali, Pengerusi PERKEP Daerah Port Dickson memeriahkan majlis Sambutan Aidiladha di Masjid Polis Jalan Lama yang berlangsung penuh semangat ukhwah.
Majlis anjuran Masjid Polis Jalan Lama bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
Ini turut dihadiri YDH DSP. Mohd Ruslan Bin Mat Kib, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson bersama YBhg. Puan Subarni Binti Mamat, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Port Dickson. Hadir sama INSP. Mohd Faizul selaku Pengerusi Masjid Polis Jalan Lama, AJK Masjid, Ketua-Ketua Bahagian IPD Port Dickson, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta ahli PERKEP Daerah Port Dickson serta ahli kariah masjid.
Program diadakan bagi mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha melalui pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah melibatkan warga PDRM bersama masyarakat setempat. Selain itu, program ini turut bertujuan memperkukuhkan ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan warga PDRM dan komuniti setempat di samping menyemarakkan penghayatan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan sebagaimana dituntut dalam syariat Islam.
Dalam program sama, sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan hasil penyertaan warga IPD Port Dickson, ahli kariah masjid serta sumbangan daripada wakil rakyat Daerah Port Dickson. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan sosial dan tanggungjawab komuniti.
Jurugambar: Caw. D6 JSJ & HEA IPD PD