SK Kampung Sawah - Rasmi

SK Kampung Sawah - Rasmi Halaman rasmi SK Kampung Sawah, Port DIckson, Negeri Sembilan yang berkongsi aktiviti sekolah dan pelbagai info menarik tentang dunia pendidikan masa kini.

ALHAMDULILLAHKemenjadian anak2 SKKS
10/05/2026

ALHAMDULILLAH
Kemenjadian anak2 SKKS

Tahniah anak anak dan guru guru SKKS
08/05/2026

Tahniah anak anak dan guru guru SKKS

11/03/2026

CUTI TAMBAHAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kump**an A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis), manakala sekolah-sekolah dalam Kump**an B p**a diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.

Tahun Ini, Tahun Kita






TAHNIAH Cgu AininAnda kebanggaan kami
09/03/2026

TAHNIAH Cgu Ainin
Anda kebanggaan kami

MAKLUMAN CUTI SEMPENA NUZUL AL-QURANDimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Jumaat, 6 Mac 2026 sempena sambuta...
05/03/2026

MAKLUMAN CUTI SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Jumaat, 6 Mac 2026 sempena sambutan Nuzul Al-Quran.

Semoga sambutan Nuzul Al-Quran ini memberi keberkatan dan mengingatkan kita semua tentang kepentingan menghayati serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Nafees dari Pandai Education atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat d...
01/03/2026

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Nafees dari Pandai Education atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan penyampaian yang menarik sepanjang Program Pandai Education - Pandai School Tour 2026. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada semua murid dan menjadi inspirasi untuk terus belajar dengan lebih seronok. 🌟📚

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Kaisan Tahfiz bin Muhamad Azrafeeq atas pencapaian yang membanggakan kerana...
01/03/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Kaisan Tahfiz bin Muhamad Azrafeeq atas pencapaian yang membanggakan kerana terpilih mewakili Negeri Sembilan Football Club (NSFC) bagi kategori U10 dan U12 🎉⚽️

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan. Teruskan usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

اهلا وسهلا و مر حبا بكSelamat datang Pn Nor Sahada ke dalam keluarga hebat SKKS
09/02/2026

اهلا وسهلا و مر حبا بك
Selamat datang Pn Nor Sahada ke dalam keluarga hebat SKKS

KAMI KEHILANGANSelamat maju jaya di tempat baharu
07/02/2026

KAMI KEHILANGAN
Selamat maju jaya di tempat baharu

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaYB Dato’ Yew Boon Lye,Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuahatas penganugerahan ...
21/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YB Dato’ Yew Boon Lye,
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah
atas penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS)
yang membawa gelaran Dato’.

Seluruh warga SK Kg Sawah, Port Dickson merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas jasa serta sumbangan YB Dato’ kepada masyarakat dan pembangunan negeri.

Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti dengan cemerlang.

Pertandingan Lompat Tali Terbuka China 2025Tarikh: 24 - 29 Disember 2025Tempat: Gymnasium Dhongfang Huadu, Ghuangzhou 3 ...
29/12/2025

Pertandingan Lompat Tali Terbuka China 2025

Tarikh: 24 - 29 Disember 2025
Tempat: Gymnasium Dhongfang Huadu, Ghuangzhou

3 orang pelompat SKKS telah mewakili Malaysia team MAS U11 bagi pertandingan lompat tali peringkat antarabangsa.

Syabas dan tahniah pada atlit lompat tali:
1. Adli Ramdan b. Nor Azlee Syam
2. Muhammad Aisy Firas b. Mohd Fauzi
3. Zaim Lutfi b. Mohd Faizal

Jurulatih dan guru pengiring:
Nor Azleena bt Mohd Zin

Jurulatih dan presiden lompat tali Negeri Sembilan:
Nor Azlee Syam b. Hamdan

Pencapaian atlet:
Pingat Perak bagi kategori 'Wheel Pair Freestyle'
Pingat Perak bagi kategori 'Double Dutch Single Freestyle'

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Guru Besar SK Kg Sawah Encik Halue bin Mat Tahir, GPK Kokurikulum Encik Azhari bin Misban, GPK 1 Puan Nor Rizai binti Md Daud, GPK HEM Encik Hisham bin Ahmad, guru-guru lompat tali serta warga SKKS serta ibu bapa atas sokongan, semangat dan doa.

Syabas dan tahniah kepada atlit lompat tali SKKS yang telah mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa.

Semoga SKKS terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan!

Address

Kg. Sawah, Bukit Pelanduk
Port Dickson
71960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Sawah - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share