Majlis Perbandaran Port Dickson

Majlis Perbandaran Port Dickson Selamat Datang Ke Halaman Rasmi Facebook Majlis Perbandaran Port Dickson

KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANGMajlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan j...
13/05/2026

KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan jalan dan berlubang di Pusat Perniagaan Impian 1, Port Dickson pada 11 Mei 2026.

Bertindak atas aduan ,Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan tindakan segera dengan menjalankan kerja - kerja penurapan ke atas jalan yang telah rosak dan berlubang bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum serta menjamin kelancaran pergerakan pengguna yang melalui laluan tersebut.





PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHU...
13/05/2026

PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026

PORT DICKSON, 12 Mei 2026 - Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima kunjungan bagi pelaksanaan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2026. Sesi ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Tanjung 4, (Tingkat 2, Terminal Bas Port Dickson) dan diwakili oleh Encik Zulkifli bin Mustafa serta Puan Farawahida binti Abd Rahim selaku wakil auditor JKT. Antara jabatan dalaman yang terlibat dalam sesi penilaian ini ialah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Penguatkuasaan.

Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Setiausaha MPPD, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini sebelum diteruskan dengan sesi penerangan oleh wakil auditor mengenai skop pelaksanaan pengauditan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Pihak Berkuasa Tempatan. Sesi tersebut kemudian disusuli dengan tayangan video khas, semakan dokumen serta pemantauan di lapangan.

Tujuan utama pengauditan ini dilaksanakan adalah bagi menilai tahap penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam aspek kesihatan persekitaran agar sentiasa mematuhi dasar dan peraturan sedia ada. Penilaian ini melibatkan aspek kawalan denggi, pengurusan kewangan dan aset, kebersihan tandas awam, keselamatan makanan serta pengurusan pasar awam di samping memastikan MPPD mencapai standard penarafan yang telah ditetapkan.

Majlis Perbandaran Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan auditor atas kerjasama, pandangan serta idea baharu yang dikongsikan ke arah memperkukuhkan sistem pengurusan dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan persekitaran secara lebih efektif dan berdaya saing pada masa akan datang.


KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANGMajlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan j...
13/05/2026

KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan jalan dan berlubang di Taman PD Utama, Port Dickson pada 9 Mei 2026.

Bertindak atas aduan ,Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan tindakan segera dengan menjalankan kerja - kerja penurapan ke atas jalan yang telah rosak dan berlubang bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum serta menjamin kelancaran pergerakan pengguna yang melalui laluan tersebut.





LAWATAN TURUN PADANG BERKAITAN ISU JALAN DAN LONGKANG DI TAMAN PD UTAMA, PORT DICKSON.Majlis Perbandaran Port Dickson te...
13/05/2026

LAWATAN TURUN PADANG BERKAITAN ISU JALAN DAN LONGKANG DI TAMAN PD UTAMA, PORT DICKSON.

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berkaitan isu jalan dan longkang di Taman PD Utama, Port Dickson pada 8 Mei 2026.

Jabatan Kejuruteraan telah menyelaraskan lawatan turun padang ini bagi melihat permasalahan di lokasi aduan tersebut.

Turut hadir, Encik Kalitas A/L Arumugam, Ahli Majlis MPPD Zon 15.





MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI KERJA UNDI DIBAWAH PERUNTUKAN MARRISMajlis Penyerahan Surat Setuju Teri...
12/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI KERJA UNDI DIBAWAH PERUNTUKAN MARRIS

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi kerja-kerja undi di bawah peruntukan MARRIS telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 Mei 2026 melibatkan penawaran sebanyak 16 projek kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Penyerahan SST telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD dengan penglibatan Jabatan Kejuruteraan MPPD. Dalam ucapan Tuan Yang Dipertua,beliau mengingatkan kepada kontraktor yang dilantik agar melaksanakan setiap skop kerja dengan penuh tanggungjawab, berintegriti serta mematuhi spesifikasi dan garis panduan teknikal yang ditetapkan bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan pelaksanaan projek.

Kesemua projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS, yang memberi fokus kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan serta penambahbaikan infrastruktur jalan dan kemudahan berkaitan demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

Adalah diharapkan agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta mencapai objektif yang disasarkan.





LAWATAN TURUN PADANG BERKAITAN ISU PERABOT JALAN DAN LONGKANG DI TAMAN BUKIT TUAN SHEIKH, PORT DICKSON.Majlis Perbandara...
12/05/2026

LAWATAN TURUN PADANG BERKAITAN ISU PERABOT JALAN DAN LONGKANG DI TAMAN BUKIT TUAN SHEIKH, PORT DICKSON.

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berkaitan isu perabot jalan dan longkang di Taman Bukit Tuan Sheikh, Port Dickson pada 7 Mei 2026.

Jabatan Kejuruteraan telah menyelaraskan lawatan turun padang ini bagi melihat permasalahan di lokasi aduan tersebut.

Turut hadir, Dato` Chiew Chi Kin, Ahli Majlis MPPD Zon 2.





KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANGMajlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan j...
12/05/2026

KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan jalan dan berlubang di Jalan Masuk ke Eagle Ranch, Batu 12, Port Dickson pada 7 Mei 2026.

Bertindak atas aduan ,Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan tindakan segera dengan menjalankan kerja - kerja penurapan ke atas jalan yang telah rosak dan berlubang bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum serta menjamin kelancaran pergerakan pengguna yang melalui laluan tersebut.





PEMAKLUMAN 📢📢📢PENUTUPAN SEBELAH JALAN SECARA BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK DI JALAN TELUK KEMANG (...
12/05/2026

PEMAKLUMAN 📢📢📢

PENUTUPAN SEBELAH JALAN SECARA BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK DI JALAN TELUK KEMANG (HADAPAN BOMBA & SELEKOH PD MARINA) SERTA LAIN -LAIN KERJA BERKAITAN.

1) Dimaklumkan bahawa penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan di lokasi berikut bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran demi keselamatan awam dijalankan oleh kontraktor yang dilantik,

2) Butiran Penutupan:

a) Tarikh: 13 dan 14 Mei 2026 (Rabu - Khamis)

b) Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang

3) MPPD memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama semua untuk mematuhi arahan keselamatan dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh kerja ini dilaksanakan.

Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai demi keselamatan semua pihak.
Sekian, terima kasih.





LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEROLEHAN KE BAHAGIAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL 6 Mei 2026 (Khamis)...
11/05/2026

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEROLEHAN KE BAHAGIAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL

6 Mei 2026 (Khamis)

Bahagian Perolehan, Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Jempol bagi membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan tender terbuka.

Terima kasih kepada Puan Noor Haizam binti Danial (Ketua Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta) dan Puan Nur Atikah binti Naharudin (Penolong Pegawai Penilaian) kerana sudi menerima kunjungan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson.




BENGKEL PBSB & PENGUATKUASAAN BANGUNANPada 05 & 06 MEI 2026 Satu bengkel telah diadakan di Avillion Resort Port Dickson ...
10/05/2026

BENGKEL PBSB & PENGUATKUASAAN BANGUNAN
Pada 05 & 06 MEI 2026

Satu bengkel telah diadakan di Avillion Resort Port Dickson dibawah kendalian Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MPPD yang melibatkan semua kakitangan teknikal JKB dan Pegawai IT MPPD bagi pembangunan sistem yang lebih bersepadu dan efisien di MPPD. 2 Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) juga terlibat dalam bengkel ini iaitu wakil daripada Majlis Perbandaran Manjung(MPM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta amalan terbaik berkaitan :
1. MPM : pelaksanaan PBSB yang dilaksanakan di PBT
2. MPAG : penggunaan sistem eBangunan di PBT bagi proses kerja dan tatacara permohonan rumah sesebuah / TUS tidak berisiko / pembaharuan permit secara atas talian dan eNotis
3. Penambahbaikan serta amalan terbaik PBT dalam menangani isu binaan tanpa kelulusan, caj-caj yang dikenakan mengikut keperluan / permohonan selaras dengan UBBL dan Akta 133 serta ke arah pelaksanaan permohonan & pembaharuan secara atas talian dan penggunaan dokumen dan tandatangan digital
4. 5 lawatan tapak juga telah diadakan bagi isu binaan tanpa kelulusan sebagai contoh untuk mendapatkan pandangan serta tindakan yang boleh diambil daripada pbt yang hadir.

Deligasi dari MPM & MPAG yang hadir adalah :
MPM :
Encik Rohaizan (Arkitek)
Encik Haidir (PPSK)
Encik Helmi (PPS)

MPAG :
Encik Muhamad Fariz(Pen. Peg. Jurutera)
Encik Nor Azrul Amir(Pen. Peg. Seni Bina)
Encik Mohd Helmi (Pen. Peg. Seni Bina)

Bengkel ini juga diadakan bagi memperkukuhkan lagi JKB melalui cara kerja yang lebih efisien, cekap dan pantas selaras dengan Pelan Strategik, SKU dan SKT yang telah ditetapkan disamping dapat memudah cara orang awam dalam urusan-urusan berkaitan dengan TUS, permit awning, K*K, Notis Dan binaan tanpa kelulusan.




AKTIVITI MENGECAT SEMULA TAPAK PENJAJA SEMENTARA SUNGGALA GATEWAY 2026Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah membu...
10/05/2026

AKTIVITI MENGECAT SEMULA TAPAK PENJAJA SEMENTARA SUNGGALA GATEWAY 2026

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah membuat aktiviti mengecat semula tapak di Sunggala Gateway, Batu 6 Jalan Pantai pada 1 & 2 Mei 2026.
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada skop tugas Jabatan Pelesenan yang dilaksanakan oleh Pembantu Kesihatan Awam serta Pembantu Khidmat Am bagi memastikan lokasi yang dicadangkan memenuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

MPPD turut menekankan kepentingan kepada semua peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan perniagaan serta tidak meninggalkan sebarang peralatan atau kelengkapan berniaga di tapak selepas tamat operasi. Langkah ini penting bagi memastikan persekitaran sentiasa teratur dan bersih, selaras dengan usaha mengekalkan imej Port Dickson sebagai salah satu bandar pelancongan utama di Negeri Sembilan.





Address

KM 1, Jalan Pantai
Port Dickson
71009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category