Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian MEMASTIKAN KESELAMATAN ORANG AWAM & HARTA BENDA TERUS TERPELIHARA SEBELUM, SEMASA & SELEPAS SESUATU BENCANA

11/05/2026
APM PONTIAN05 Mei 2026 - Lawatan dan sumbangan telah diadakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kad...
05/05/2026

APM PONTIAN

05 Mei 2026 - Lawatan dan sumbangan telah diadakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YBhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian serta Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup,
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya susulan kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa mangsa yang terjejas akibat ribut, termasuk kerosakan kediaman dan keperluan asas yang diperlukan sepanjang berada di PPS. Selain itu, pihak lawatan turut menilai tahap pengurusan dan kesiapsiagaan PPS bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga dengan baik.

Dalam masa yang sama, lawatan ini menjadi platform untuk menyelaras bantuan antara agensi terlibat, mengenal pasti keperluan segera mangsa serta memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat, teratur dan berkesan.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian















APM PONTIAN04 Mei 2026 - Lawatan rasmi telah diadakan oleh YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar Pengarah APM Negeri Johor  be...
04/05/2026

APM PONTIAN

04 Mei 2026 - Lawatan rasmi telah diadakan oleh YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar Pengarah APM Negeri Johor bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSUK), wakil Pejabat Menteri Besar, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta wakil Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya susulan kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian















KES RIBUTKronologi Ringkas Kejadian Ribut Daerah Pontian03.05.2026 1730H – Terima panggilan daripada PPAD memaklumkan ke...
04/05/2026

KES RIBUT

Kronologi Ringkas Kejadian Ribut Daerah Pontian

03.05.2026
1730H – Terima panggilan daripada PPAD memaklumkan kejadian ribut di Kg. Melayu Raya, Pekan Nenas akibat angin kencang yang menyebabkan kerosakan bumbung rumah.

1735H – Anggota penyelamat digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemantauan dan pelaksanaan bantuan awal kepada mangsa.

Semasa operasi – Didapati sebanyak 23 keluarga melibatkan 74 mangsa terjejas dan telah dipindahkan ke PPS SK Melayu Raya, Pekan Nenas. Keadaan PPS dilaporkan dalam keadaan baik serta terkawal.

Penilaian awal – Sebanyak 23 rumah sewa, 05 rumah persendirian dan 01 kuarters madrasah terjejas dengan kerosakan melibatkan bumbung tercabut serta siling rumah rosak.

CATATAN :
-Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan pada mangsa.
-Telah dimaklumkan kepada agensi terlibat untuk tindakan selanjutnya.
-Memerlukan bantuan baik pulih akibat kerosakkan rumah.
-Pengistiharan Pusat Permindahan Sementara (PPS) *
Dibuka pada 1800H@03/05/2026
-Laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian















KES POKOK TUMBANG03.05.2026 - Terima panggilan daripada TMRC berkaitan kejadian 01x pokok tumbang di jalan besar Ulu Cho...
04/05/2026

KES POKOK TUMBANG

03.05.2026 - Terima panggilan daripada TMRC berkaitan kejadian 01x pokok tumbang di jalan besar Ulu Choh, Pekan Nenas.

Shift Bravo yang terdiri daripada 01x pegawai dan 05x anggota LLP telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja pembersihan.
Setibanya di lokasi, didapati terdapat mangsa akibat kejadian pokok tumbang tersebut.
Susulan itu, Shift Charlie seramai 05x anggota LLP telah digerakkan ke lokasi dan membawa 01x mangsa ke Hospital Pontian untuk mendapatkan rawatan lanjut

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika memandu kerana jalan licin dan risiko pokok tumbang. Elakkan berada di bawah pokok besar ketika hujan lebat dan angin kencang. Pastikan longkang di kawasan rumah sentiasa bersih bagi mengelakkan banjir kilat serta peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian















LATIHAN PASUKAN APM PONTIAN SIRI 3/2026(Latihan Kawad Kaki & Taklimat Pemakaian Seragam serta Protokol Pasukan)03 Mei 20...
03/05/2026

LATIHAN PASUKAN APM PONTIAN SIRI 3/2026
(Latihan Kawad Kaki & Taklimat Pemakaian Seragam serta Protokol Pasukan)

03 Mei 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian telah melaksankan latihan kawad kaki & taklimat pemakaian seragam serta protokol pasukan. Latihan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sentiasa Sedia sebagai tanda semangat patriotisme dan jati diri pasukan.

Selesai nyanyian, pemeriksaan baris telah dilaksanakan oleh Lt. M (PA) Muhammad Asyraff Haziq Zikry bin Anuar, Timbalan PPAD Pontian, bagi memastikan kekemasan, disiplin serta kesiapsiagaan anggota berada pada tahap yang ditetapkan.

Seterusnya, sesi latihan kawad kaki telah dilaksanakan dengan dipimpin oleh Sjn. Mejar II (PA) Mohd NurFakhrul bin Machuk, dibantu oleh L/Kpl. (PA) Mohammad Khairul Hanis bin Suparlan serta Pbt. (PA) Nurtasha Amira binti Ramli. Latihan ini bertujuan memperkemas disiplin, kekemasan pergerakan serta meningkatkan keseragaman dalam kalangan anggota.

Latihan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai APM yang hadir bagi memberi sokongan, pemantauan serta memastikan kelancaran perjalanan latihan.
Program diteruskan dengan sesi penyelarasan pemakaian baju korporat, diikuti pengenalan pangkat serta taklimat berkaitan pemakaian seragam dan protokol dalam pasukan APM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai, jurulatih serta anggota yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan latihan ini.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian















JOM SERTAI KAMI ‼️PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH PONTIAN 𝟮𝟬𝟮6🔼 Anda ingin mena...
29/04/2026

JOM SERTAI KAMI ‼️
PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH PONTIAN 𝟮𝟬𝟮6

🔼 Anda ingin menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang?
🔼 Anda berminat dengan aktiviti lasak dan mencabar?
Jom sertai kami jika anda berkelayakan seperti di bawah

Syarat kelayakan
🔴 Warganegara Malaysia 18 Tahun ke atas
🔴 Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
🔴 Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik
🔴 Tidak menyertai badan beruniform yang lain
🔴 Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan
🔴Indeks J***m badan (BMI) 18-28 sahaja

⚫Link pendaftaran :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDHN-fquvg1bDH2y28TcM-B09VWJNETHhgPK-pvJDcRmyp1Q/viewform?usp=header
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
📳07-6883694



©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian













HIMPUNAN MINGGUAN APM DAERAH PONTIAN13 April 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian mengadakan Perhimpu...
13/04/2026

HIMPUNAN MINGGUAN APM DAERAH PONTIAN

13 April 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian mengadakan Perhimpunan Mingguan Pagi yang dilaksanakan pada setiap hari Isnin.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sentiasa Sedia sebagai tanda semangat, kesetiaan serta kesiapsiagaan warga APM.

Semoga perhimpunan ini dapat memupuk disiplin, memperkukuhkan semangat berpasukan serta meningkatkan komitmen anggota dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian











Address

JKR 1026, Jalan ISMAIL
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian:

Share