15/05/2026
15 MEI 2026 | PROGRAM ZIARAH KASIH ANGGOTA PELADANG
Pada hari ini, YBrs. Tn Hj Abd Jalil bin Elias, Pengurus Besar PPK bersama Pengurus HEK telah mengadakan program ziarah kasih di kediaman anggota PPK Benut iaitu En. Mohd Noh bin Bachok @ Hj Musa bertempat di Kg. Parit Makuaseng, Benut. Hadir sama ialah En. Mohd Sanusi bin Bachok, AJP PPK Benut.
Dimaklumkan bahawa beliau sebelum ini diuji dengan musibah penyakit, alhamdulillah hari ini semakin beransur pulih. Pengurus Besar turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada PPK Benut dan didoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya daripada segala penyakit serta sihat seperti selalu.