Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian

Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian Memaparkan info-info berkaitan tentang Kewajipan berzakat, aktiviti agihan Zakat, Baitulmal dan Wakaf di Daerah Pontian

Email: [email protected]

01/03/2026
Salam Ramadan buat semua. ๐Ÿ˜„ Semalam kami berada di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Pontian. Kami buka Bazar Wakaf (Saham Wakaf...
28/02/2026

Salam Ramadan buat semua. ๐Ÿ˜„ Semalam kami berada di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Pontian.

Kami buka Bazar Wakaf (Saham Wakaf Johor) bila mana pengunjung datang berwakaf serendah RM10, juadah berbuka percuma akan diberi.

Alhamdulillah sambutan yang baik walaupun pertama kali konsep ini dibuat.

๐ŸŒ™ Jom Berwakaf serendah RM10 di Saham Wakaf Johor MAINJ๐ŸŒ™

โœจ Setiap wakaf anda menjadi jariah yang berganda dan berpanjangan. Terima Kasih Pewakaf.

" Saham Wakaf Johor, Saham Akhirat Anda "

11/02/2026

Makluman:
Talian pejabat kini kembali beroperasi sepenuhnya seperti biasa.
07-6879493

PROGRAM GEROBOK REZEKI JOHOR (GRJ) ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAERAH PONTIANSyukur Alhamdulillah hari ini t...
29/01/2026

PROGRAM GEROBOK REZEKI JOHOR (GRJ) ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAERAH PONTIAN

Syukur Alhamdulillah hari ini telah selesai penghantaran barangan asas dapur daripada pembekal Syarikat Faiza Sdn Bhd ke 8 buah masjid di dalam daerah Pontian.

Senarai Masjid Daerah Pontian GRJ :

1. Masjid Dato' Noh Gadut Kukup
2. Masjid Hj Ahmad Shah Kg. Rimba Terjun
3. Masjid Bandar Pontian
4. Masjid Ayer Baloi
5. Masjid Pekan Parit Tengah Benut
6. Masjid Pekan Tampok
7. Masjid Taman Emas Merah Pekan Nenas
8. Masjid Kampung Melayu Raya

Antara barangan asas yang disediakan di GRJ adalah beras, bihun, tepung gandum, minyak masak & gula. Barangan ini boleh diambil dengan kaedah datang ke masjid berdekatan dengan cara mengambil barangan mengikut keperluan dan perlu mengisi maklumat diri di buku rekod GRJ yang telah disediakan.

Program ini menjadi wadah hubungan MAINJ bersama pihak AJK Masjid dan juga masyarakat setempat. Dalam pada masa yang sama, ianya juga menjadikan Masjid sebagai satu platform mesra dengan masyarakat.

Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan dapat membantu masyarakat yang memerlukan tanpa perlu hadir ke kaunter MAINJ daerah untuk memohon barangan keperluan asas.

Kepada Allah Berserah

BELANJA DAPUR 100 ORANG PENERIMA ASNAF ANJURAN MAINJ DAERAH PONTIANSyukur Alhamdulillah semalam selesai kami mengagihkan...
29/01/2026

BELANJA DAPUR 100 ORANG PENERIMA ASNAF ANJURAN MAINJ DAERAH PONTIAN

Syukur Alhamdulillah semalam selesai kami mengagihkan barangan asas dapur kepada 100 orang penerima asnaf di Peladang Outlet Ayer Baloi, Parit Panjang, Pontian.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pertubuhan Peladang Ayer Baloi di atas kerjasama yang baik bersama kami dalam melaksanakan agihan sepanjang agihan ini berlangsung dan terima kasih atas jamuan dan sumbangan makanan kepada setiap penerima.

Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua-Ketua Kampung Kawasan yang terlibat dalam membantu MAINJ memilih asnaf daripada penduduk setempat yang layak menerima bantuan tersebut.

Bantuan barangan asas makanan ini merupakan agihan daripada sumber wang fidyah (denda puasa Ramadan). Hikmah membayar fidyah iaitu denda puasa Ramadan yang ditinggalkan, bertujuan memenuhi tuntutan syariah dan melepaskan tanggungjawab "HUTANG" dengan Allah swt .

Segala pertanyaan berkaitan "FIDYAH" boleh rujuk kami di kaunter MAINJ Dearah Pontian.

Semoga Allah swt memberkati Aamiin ๐Ÿคฒ

Kepada Allah Berserah

Uruskan berkaitanZakat,BaitulMal Dan Wakaf
20/01/2026

Uruskan berkaitan
Zakat,BaitulMal Dan Wakaf

15/01/2026
06/11/2025

Program Street Dakwah dan Fun Run Saham Wakaf Johor

๐Ÿ“… Tarikh: 7 & 8 November 2025 (Jumaat โ€“ Sabtu)
๐Ÿ•“ Tempoh: 2 Hari

Hari Pertama โ€“ Jumaat, 7 November 2025
โฐ 8.00 pagi โ€“ 11.00 malam
Majlis Perasmian Program Anakku Sayang & Taklimat Saham Wakaf Johor
๐Ÿ“ SK Seri Sinaran, Tampok Laut, Benut, Pontian

Program โ€œSentuhan Hatiโ€ โ€“ Tazkirah Sebelum Solat Jumaat
๐Ÿ•› 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Masjid Jamek Pekan Tampok Laut, Benut, Pontian

Forum Perdana Sempena Program Street Dakwah MAINJ Pontian 2025
๐Ÿ•– 7.00 malam
๐Ÿ“ Masjid Jamek Pekan Tampok Laut, Benut, Pontian

Hari Kedua โ€“ Sabtu, 8 November 2025
โฐ 7.00 pagi
Program Street Dakwah & Fun Run Saham Wakaf Johor
๐Ÿ“ Dataran Rekreasi Tampok Laut, Benut, Pontian





โœจMajlis  Pontian Berselawat,Sempena Festival Kota Selatan  2025 โœจ  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,  Dengan p...
24/09/2025

โœจMajlis Pontian Berselawat,
Sempena Festival Kota Selatan 2025 โœจ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa hormat dan kasih, dijemput seluruh warga masjid, surau, organisasi, komuniti serta sahabat-sahabat sekalian untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pontian Berselawat sempena Festival Kota Selatan 2025.

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
๐Ÿ•ฃ Masa: 8:30 malam
๐Ÿ“ Tempat: Dataran Majlis Perbandaran Pontian, Johor

Majlis ini akan diserikan dengan alunan qasidah dan selawat oleh Ahbabur Ruhama serta tausiyah istimewa oleh Ustaz Amirul Adha. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat, menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dalam suasana penuh barakah dan ukhuwah.

Sebarkan hebahan ini kepada semua kenalan, kumpulan, dan komuniti agar kita dapat bersama-sama menghidupkan malam yang penuh cahaya dan rahmat.

โ€œSesungguhnya dalam selawat itu ada ketenangan, keberkatan dan kasih sayang yang mengalir.โ€

Alhamdulillah, mereka dapat kediaman yang lebih selesa..Moga bermanfaat & jaga sebaik2nya ๐Ÿคฒ Terima Kasih atas kerjasama ...
12/06/2025

Alhamdulillah, mereka dapat kediaman yang lebih selesa..Moga bermanfaat & jaga sebaik2nya ๐Ÿคฒ Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan Waqaf An-Nur Pejabat Daerah Pontian_Official

Address

Komplek Pejabat Kadi Dan Mahkamah Syariah, Aras Bawah, Jalan Parit Mesjid
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+6076879493

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian:

Share