Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Piai

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Piai Political Page

06/11/2025
KENYATAAN RASMIDEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANJUNG PIAI25 Oktober 2025 | 3 Jamadilawal 1447H𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐌𝐔...
25/10/2025

KENYATAAN RASMI
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANJUNG PIAI

25 Oktober 2025 | 3 Jamadilawal 1447H

𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐑𝐈𝐅𝐅 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐎𝐍, 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐏𝐏𝐍𝐉

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai (DPPKTP) dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Ustaz Muhammad Ariff bin Haron, Naib Ketua Pemuda DPPNJ yang telah kembali ke sisi Allah SWT.

Sesungguhnya pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat perjuangan serta seluruh warga besar PAS Johor. Almarhum dikenali sebagai seorang yang komited, berjiwa dakwah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam.

DPPKTP mendoakan agar Almarhum ditempatkan bersama para syuhada, solihin, beriman serta diberi keampunan dan rahmat yang seluas-luasnya oleh Allah SWT.

Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.

Derma kilat boleh disalurkan melalui:
Akaun Maybank: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No. Akaun: 551191102820
Ref: Derma Kilat Almarhum Ustaz Ariff

Rasul Bin Jamaludin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai

12/09/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏

Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Hj. Muhammad Ariff Haron selaku wakil perwakilan Negeri Johor membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tajuk "Terus Berpolitik Dengan Prinsip" sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mencadangkan:

1. Konsisten dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) - Gagasan ini adalah sangat baik untuk kita kekalkan prinsip perjuangan kita dalam medan politik.

2. Mewujudkan garis panduan yang jelas agar semua gerak kerja PAS dapat mengekalkan prinsip dan tidak terpesong kepada pengamalan yang songsang seperti budaya pop Islamism, populis dan berpolitik gaya Machiavelli.

3. Memperbanyakkan budaya wacana ilmiah, podcast dan platform ilmu untuk mengilmukan ahli dan menambahkan kefahaman dalam menggerakkan agenda Jemaah. Kita perlu mengupas kitab-kitab ulama' yang menyusun tentang ilmu pentadbiran negara seperti Kitab Muqaddimah Ibn Khaldun, Siyasah Syar’iyah karya Imam Maududi dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

Allah SWT berfirman:

وَأَعِدُّوا لَھُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ“ [الأنفال: 60]”

Perintah ini meliputi segala aspek persiapan umat. Pemuda mesti memimpin umat untuk bersiap-siaga, bukan sekadar menjadi sayap dalam Parti, tetapi menjadi benteng utama apabila diserang atau dikhianati oleh Parti lawan dan kawan. Begitu juga para Pemuda PAS perlu bijak dan berdisiplin di medan perjuangan, pentadbiran dan geopolitik antarabangsa.

Kompleks PAS Kedah
12 September 2025

20/08/2025

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
20 Ogos 2025 | 26 Safar 1447H

𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐉𝐈: 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 & 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Firman Allah SWT:

{ ۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَاۤءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰۤ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَ ٰ⁠لِدَیۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِینَۚ إِن یَكُنۡ غَنِیًّا أَوۡ فَقِیرࣰا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلۡهَوَىٰۤ أَن تَعۡدِلُوا۟ۚ وَإِن تَلۡوُۥۤا۟ أَوۡ تُعۡرِضُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣰا }
[Surah An-Nisāʾ: 135]

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Pengajaran ayat:

Berlaku adil mestilah tonggak utama dalam setiap perkara, ia mestilah sesuai dengan keadaan dan situasi.

Adil itu sahaja memberi makna, meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius laporan bahawa projek penjenamaan semula Lembaga Tabung Haji (TH) telah diserahkan kepada sebuah syarikat bukan Islam. Perkara ini amat mengejutkan dan sama sekali tidak wajar berlaku terhadap sebuah institusi Islam yang menjadi amanah ummah sejak puluhan tahun.

2. TH bukan sekadar sebuah agensi kewangan, tetapi ia merupakan institusi suci yang menguruskan ibadah haji dan simpanan umat Islam. Justeru, sebarang urusan yang melibatkan TH mesti dikendalikan oleh pihak yang berwibawa serta menghormati sensitiviti Islam. Melantik syarikat bukan Islam jelas mencabar kewibawaan TH serta menggugat keyakinan pendeposit.

3. Kerajaan hari ini gagal menjawab persoalan pokok, mengapa syarikat muslim/bumiputera yang mempunyai kepakaran tidak dipilih? Mengapa urusan TH yang bersifat keagamaan dikeluarkan daripada tangan umat Islam sendiri? Jika benar proses pelantikan ini berlaku tanpa mengambil kira aspek syariah dan sensitiviti umat, maka ia adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

Allah SWT berfirman:

{ ۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰۤ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَیۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُوا۟ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا یَعِظُكُم بِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِیعَۢا بَصِیرࣰا }
[Surah An-Nisāʾ: 58]

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

4. Kami turut mengecam tindakan Speaker Dewan Rakyat yang menggantung YB Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary, hanya kerana beliau berani membangkitkan isu ini. Menghalau seorang wakil rakyat yang mempertahankan institusi Islam daripada dewan adalah satu bentuk penindasan politik yang tidak boleh diterima sama sekali. Ia menzahirkan bahawa kerajaan ini takut kepada kebenaran dan lebih rela menutup mulut wakil rakyat daripada menjawab persoalan rakyat.

5. Maka, kami menuntut agar:

i. Kerajaan segera membatalkan pelantikan mana-mana syarikat bukan Islam dalam pengendalian urusan TH.

ii. Menteri Agama perlu memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat mengenai proses pelantikan ini.

iii. Speaker Dewan Rakyat hendaklah menarik balik penggantungan YB Pengkalan Chepa dan memberi ruang kepada mana-mana wakil rakyat dalam membela isu umat Islam tanpa sekatan.

6. DPPNJ menegaskan, TH adalah hak umat Islam. Ia bukan milik parti politik, bukan milik kerajaan sementara, dan bukan medan eksperimen untuk melantik syarikat yang tidak memahami roh serta nilai Islam. Kami akan terus bersuara, menentang segala bentuk pengkhianatan, dan mempertahankan institusi Islam ini dengan penuh keazaman.

Hj. Muhammad Ariff Haron
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

20/03/2025

🚨 PERINGATAN BANJIR 🚨


Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga 21 Mac 2025.

Kami juga mendapat maklumat bahawa beberapa kawasan di negeri Johor telah dinaiki air dan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Sempena 10 malam terakhir Ramadan yang penuh barakah ini, kami memohon agar Allah menghentikan hujan ini, menjadikannya rahmat, bukan musibah. Semoga seluruh Johor dan rakyatnya sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Buat yang sedang diuji dengan banjir, semoga urusan kalian dipermudahkan, diberi kesabaran, kekuatan, dan keselamatan.

Kepada semua, jagalah diri dan keluarga:
• Elakkan berada di kawasan berisiko tinggi
• Patuhi arahan pihak berkuasa
• Pantau info semasa dari sumber rasmi

Mari kita sama-sama berdoa, semoga keadaan kembali reda dan tenang.

23/01/2025

RISALAH PENERANGAN 76.0

BERAS TEMPATAN MASIH HILANG : MENTERI KPKM GAGAL

Setelah lebih setahun Menteri di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah ketiadaan beras tempatan, namun perkara ini masih belum selesai sedangkan dalam tempoh tersebut penanam padi terus membanting tulang berusaha menghasilkan beras tempatan.

Laporan menyatakan penghasilan beras tempatan meningkat di beberapa negeri. Sebaliknya apa yang berlaku tiada beras tempatan dilihat di pasaran.

Apakah ini suatu pendustaan semata-mata? Atau ianya hanya propaganda penyedap mulut untuk bercakap? Ingatlah setiap tanggungjawab itu pasti akan dipersoalkan pada hari akhirat. Atau adakah beras tempatan itu tiba-tiba berubah menjadi beras import? Atau ianya dihanyutkan air bah musim tengkujuh? Atau macam-macam teori dan propaganda lain lagi yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal.

Apa juga keadaan, kerajaan melalui kementerian berkenaan perlu tampil memberikan penjelasan secara telus kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku. Usah sembunyi bangkai, baunya tetap terhidu jua.

Justeru kerajaan dinasihatkan agar telus dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat dengan mengenepikan segala sentimen dan kepentingan politik yang mengganggu urus tadbir yang baik.

'Islam Adalah Penyelesaian'

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

23 Rejab 1446H
23 Januari 2025


10/11/2024
03/07/2024

RISALAH PENERANGAN 49.0

10A SYARAT MASUK MATRIK ; HAKIS HAK BUMIPUTERA.

Keputusan kerajaan menetapkan pencapaian 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat melayakkan diri ke matrikulasi dilihat sebagai satu cara menghakis hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Walaupun kerajaan mendakwa itu adalah untuk keadilan kepada semua, namun ketetapan itu jelasnya akan mengurangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Keputusan ini jelas menunjukkan kerajaan Madani pimpinan PMX Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak prihatin dan mengikut telunjuk DAP yang sememangnya menginginkan hak sama rata untuk semua kaum.

Statistik keputusan SPM menunjukkan peratus Melayu dan Bumiputera yang mencapai 10A adalah rendah di bawah 90%. Jika langkah ini diteruskan bererti kekurangan ini akan diisi oleh kaum lain yang bukan Bumiputera sekaligus mengurangkan kuota Bumiputera yang termaktub sebelum ini.

Justeru kerajaan Madani digesa bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan negara dan menghormati hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang telah dipersetujui bersama.

Ayuh, undilah calon Perikatan Nasional (PN) bagi memberi tekanan dan isyarat rakyat membantah tindakan kerajaan.

'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

26 Zulhijjah 1445
3 Julai 2024


08/06/2024

BAHAYA SCAMMER SMS & EMAIL SPOOFING DAN CARA MENGHINDARI

Apa itu SMS Spoofing?

SMS Spoofing ialah teknik penipuan yang digunakan oleh Penipu (Scammer) untuk menghantar pelbagai mesej palsu daripada nombor telefon palsu, palsu, dan palsu.

Kurang jelas?

Baik. Penipu atau dikenali sebagai (Scammer) boleh memalsukan nombor pengirim dengan menghantar pelbagai mesej yang kelihatan seperti ia datang daripada nombor yang dipercayai.
Goals can be diverse, seperti mencuri data peribadi atau menghantar mesej penipuan dengan tujuan mencuri wang, DLL.

Apa itu Email Spoofing?

E-mel spoofing ialah amalan menghantar e-mel dengan memalsukan identiti pengirim e-mel.Dalam kes penipuan e-mel, Penipu (Scammer) cuba menipu mangsa dengan menghantar e-mel yang kelihatandipercayai oleh mangsa tetapi sebenarnya direka untuk menipu. Penipuan penipuan e-mel boleh dilakukan dalam beberapa cara,salah satunya adalah dengan memalsukan alamat e-mel yang disenaraikan dalam lajur "Daripada (From)" e-mel yang dihantar.

Penipu (Scammer) boleh dengan mudah memanipulasi alamat e-mel pengirim dan menyamarsebagai orang atau organisasi yang dipercayai, seperti bank, syarikat atau kerajaan.

Bagaimana cara menghindari SMS & Email Spoofing?

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak daripada terdedah kepada penipuan SMS mahupun Email. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, Inshallah dapat menghalang segala penipuan SMS, Email dan melindungi maklumat peribadi anda.

Semak nombor pengirim MESEJ / EMAIL untuk memastikan mesej diterima daripada NOMBOR / EMAIL yang dipercayai. Jangan KLIK pada pautan yang anda tidak tahu atau percaya sumbernya. Ini boleh menyebabkan jangkitan malware atau virus pada platform anda.

Jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor pengenalan atau kata laluan melalui SMS / EMAIL. Bank dan institusi kewangan lain tidak akan meminta maklumat sensitif melalui SMS / EMAIL.

Aktifkan pengesahan dua faktor untuk akaun sensitif seperti perbankan, e-mel dan media sosial. Dengan pengesahan dua faktor, adalah lebih sukar bagi Penipu (Scammer) untuk mengambil alih dan mengakses akaun anda.

Padam, sekat SMS / EMAIL yang mencurigakan atau tidak sah serta-merta, terutamanya jika anda tidak mengenali atau mengharapkan mesej daripada pengirim.

- Sumber DFM

Address

No. 6-1 Jalan Berlian 1, Batu35 Jalan
Pontian
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Piai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share