Pejabat Kesihatan Daerah Pontian

Pejabat Kesihatan Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Government Organization, Jalan Alsagoff, Pontian.

πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈ CABARAN LANGKAH SEMARAK SIHAT JOHOR 2026 πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈJom sertai Cabaran Langkah Semarak Sihat Johor 2026 dan buktik...
04/06/2026

πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈ CABARAN LANGKAH SEMARAK SIHAT JOHOR 2026 πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ

Jom sertai Cabaran Langkah Semarak Sihat Johor 2026 dan buktikan bahawa setiap langkah membawa manfaat kepada kesihatan!
πŸ“’ Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua orang awam yang bermastautin di Johor.
Sertai cabaran ini bersama keluarga dan rakan-rakan dengan mengumpul langkah harian sambil mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
βœ… Meningkatkan tahap kecergasan fizikal
βœ… Menggalakkan amalan berjalan kaki setiap hari
βœ… Membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti
βœ… Berpeluang menjadi antara peserta terbaik cabaran
Tak kira muda atau dewasa, yang penting terus bergerak dan kekal aktif!
πŸ‘Ÿ Ayuh, sertai sekarang dan semarakkan gaya hidup sihat bersama rakyat Johor!
"Langkah kecil hari ini, kesihatan besar untuk masa hadapan."




04/06/2026
*SAYANGI DIRI, CEGAH SEBELUM PARAH!*❀️Ramai yang rasa sihat, tapi sebenarnya ada penyakit "senyap" seperti kencing manis...
08/05/2026

*SAYANGI DIRI, CEGAH SEBELUM PARAH!*❀️

Ramai yang rasa sihat, tapi sebenarnya ada penyakit "senyap" seperti kencing manis dan darah tinggi yang kita tak perasan. Jom manfaatkan saringan kesihatan *PERCUMA* untuk rakyat Malaysia.

Apa yang disaring?
βœ… Indeks J***m Tubuh (BMI)
βœ… Tekanan Darah
βœ… Paras Gula Dalam Darah
βœ… Paras Kolesterol

Daftar sekarang di aplikasi MySejahtera! πŸ“±

* *
* *
* *
* *
* *

27/04/2026

πŸ’ͺ SOFT LAUNCHING CABARAN SIHAT ITU SAYA 2026 πŸ’ͺ

Alhamdulillah, program Cabaran Sihat Itu Saya telah berjaya dilaksanakan secara soft launching dan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, Dr. Norli binti Rosli.

πŸ—“οΈ Tempoh Cabaran:
27 April 2026 hingga 25 Julai 2026

Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti fizikal secara konsisten, termasuk cabaran 10,000 langkah sehari.

πŸ”₯ Ayuh semua, jadikan ini sebagai titik permulaan untuk perubahan yang lebih sihat!
Bersama kita tingkatkan kecergasan, disiplin diri dan kesejahteraan hidup.





AKTIFKAN BADAN, SIHATKAN JOHOR! πŸ’ͺTahukah anda, hanya dengan bersenam secara konsisten, kita boleh:βœ… Kurangkan risiko pen...
15/04/2026

AKTIFKAN BADAN, SIHATKAN JOHOR! πŸ’ͺ

Tahukah anda, hanya dengan bersenam secara konsisten, kita boleh:
βœ… Kurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes & darah tinggi
βœ… Tingkatkan fokus dan kurangkan stres
βœ… Kawal berat badan
βœ… Dapatkan tidur yang lebih berkualiti

Tak perlu lama. 30 minit sehari pun dah cukup!
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
πŸšΆβ€β™‚οΈ Berjalan laju
πŸƒβ€β™€οΈ Jogging
🚴 Berbasikal
πŸ’ͺ Push-up / angkat berat
πŸ§˜β€β™€οΈ Yoga & stretching

Jom mulakan langkah kecil hari ini untuk kesihatan yang lebih baik!

* *

🚨 PENGUMUMAN KEDUA 🚨  ✨ Johor Research Day (JRD) 2026 bakal berlangsung!Pendaftaran dan penghantaran abstrak bagi Johor ...
14/04/2026

🚨 PENGUMUMAN KEDUA 🚨

✨ Johor Research Day (JRD) 2026 bakal berlangsung!

Pendaftaran dan penghantaran abstrak bagi Johor Research Day (JRD) 2026 kini telah dibuka!

Para pengamal perubatan, penyelidik, profesional kesihatan bersekutu, serta pelajar adalah dijemput untuk membentangkan hasil kajian masing-masing dan menyumbang ke arah memperkasa penyelidikan dalam bidang penjagaan kesihatan.

🧠 Tema:
Redefining Aging: Evidence, Innovation & Care Across the Lifespan

*Abstrak tidak terhad kepada tema persidangan

πŸ“… Tarikh Acara: 1 Oktober 2026
πŸ“ Tempat: Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), Iskandar Puteri

************

🚨 SECOND ANNOUNCEMENT 🚨

✨ Johor Research Day (JRD) 2026 is coming!

CALL FOR ABSTRACTS!

Johor Research Day (JRD) 2026 registration and abstract submissions are now open!

Researchers, clinicians, allied health professionals, and students are invited to showcase their work and contribute to advancing healthcare research.

🧠 Theme :
Redefining Aging: Evidence, Innovation & Care Across the Lifespan

*Abstracts are not limited to conference theme

πŸ“… Event Date: 1 October 2026
πŸ“ Venue: Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), Iskandar Puteri

JRD 2026 Website :
https://tinyurl.com/2hwnn748

Abstract Submission:
https://tinyurl.com/3tzemwma

Registration:
https://tinyurl.com/y4c9z4pr



Johor Research Day is a biennial event traditionally co-organized by the Johor State Health Department (Jabatan Kesihatan Negeri Johor, JKNJ) and the Clinical Research Centre (CRC) network of Johor. The network comprises three CRCs based in Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, and

Program Jelajah Bazar Ramadhan bersama Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, Dr. Norli Binti Rosli telah diadakan pada 13 Ma...
13/03/2026

Program Jelajah Bazar Ramadhan bersama Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, Dr. Norli Binti Rosli telah diadakan pada 13 Mac 2026 di Bazar Ramadhan Parit Betak dan Bazar Ramadhan Benut. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara anggota kesihatan dan masyarakat serta memberi panduan kepada peniaga dan orang ramai tentang cara pengendalian dan pemilihan makanan dan minuman yang dijual di bazar.

Edaran risalah-risalah kesihatan berkenaan kebersihan makanan, penyakit demam denggi dan penyakit tiba turut dilakukan untuk memberi maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat.
Diharapkan melalui program ini, masyarakat mendapat maklumat berkaitan kesihatan dengan lebih baik, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Pontian berterima kasih kepada semua peniaga dan pengunjung bazar yang terlibat.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Naik tangga mungkin nampak perkara kecil, tetapi sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan.*Kebaikan naik tangg...
12/03/2026

Naik tangga mungkin nampak perkara kecil, tetapi sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

*Kebaikan naik tangga untuk kesihatan:*

βœ… Melancarkan peredaran darah ❀️
βœ… Membakar lebih banyak kalori (5–10 minit naik tangga) πŸ”₯
βœ… Menguatkan otot paha, betis dan punggung πŸ’ͺ
βœ… Meningkatkan stamina dan sistem pernafasan 🫁
βœ… Membantu mengurangkan stress 🧠
βœ… Mudah dilakukan dan percuma πŸ‘

Jom pilih tangga berbanding lif!
*Sikit-sikit, lama-lama jadi sihat. πŸ’™*

*KENALI OBESITI ABDOMEN*Lemak berlebihan di bahagian perut bukan sekadar masalah penampilan, malah boleh menjejaskan kes...
12/03/2026

*KENALI OBESITI ABDOMEN*
Lemak berlebihan di bahagian perut bukan sekadar masalah penampilan, malah boleh menjejaskan kesihatan kerana ia melibatkan lemak pada organ penting dalam abdomen.

*⚠️ Apa yang perlu diketahui?*
β€’ Lemak berlebihan terkumpul di bahagian perut.
β€’ Saiz perut tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh.
β€’ Perut menjadi lebih besar dan menonjol ke hadapan.

*πŸ“Œ Antara punca utama:*
β€’ Amalan pemakanan tidak sihat (lemak & gula berlebihan)
β€’ Kurang kualiti tidur
β€’ Pengambilan minuman beralkohol
β€’ Kurang melakukan aktiviti fizikal

*βœ… Langkah pencegahan:*
β€’ Amalkan pemakanan seimbang
β€’ Kurangkan gula dan makanan berlemak
β€’ Kekal aktif dengan aktiviti fizikal
β€’ Dapatkan tidur yang mencukupi

Program Pondok Panas telah berjaya dijalankan di Bazaar Ramadan Stadium mini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat meng...
09/03/2026

Program Pondok Panas telah berjaya dijalankan di Bazaar Ramadan Stadium mini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya edaran risalah (flyers) berkaitan pencegahan Tuberkulosis (Tibi), keselamatan dan kebersihan makanan, inisiatif Peka B40, serta kesedaran pencegahan demam denggi.
Selain itu, program ini turut diserikan dengan hiburan lagu-lagu berkonsepkan kesihatan bagi menarik minat pengunjung bazaar sambil menyampaikan mesej kesihatan secara santai dan berinformasi.
Diharapkan melalui program ini, masyarakat dapat meningkatkan pengetahuan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat demi kesejahteraan bersama. πŸ’š

Address

Jalan Alsagoff
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076879333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Pontian:

Share