Jefridin Bin Atan

Jefridin Bin Atan ADUN N56 KUKUP

01/06/2026

JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN KUKUP 2026

Alhamdulillah, pada 6 Jun 2026 (Sabtu), DUN Kukup bakal menjadi lokasi pelbagai program yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan dalam satu hari yang penuh dengan manfaat dan pengisian bermakna.

Bermula seawal 5.30 pagi dengan Semarak Subuh Johor, diikuti program kebajikan, sukan rakyat, gotong-royong, ziarah kasih, bantuan asnaf, pameran kesihatan, santai bersama belia, pertandingan memancing dan pelbagai lagi aktiviti menarik sebelum melabuhkan tirai dengan Malam Kebudayaan JOJ DUN Kukup.

Program ini bukan sekadar jelajah, tetapi platform untuk mendekati rakyat, memperkukuhkan perpaduan komuniti serta menyemarakkan semangat Bangsa Johor yang sentiasa mengutamakan kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat.

Semua masyarakat DUN Kukup dan Tanjung Piai dijemput hadir bersama keluarga bagi memeriahkan program ini. Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menjayakan Jelajah Orang Johor DUN Kukup 2026.

📅 06 Jun 2026 (Sabtu)
🕠 5.30 Pagi – 12.00 Malam
📍 Terminal Bas Kukup & Seluruh DUN Kukup

Dari Subuh Hingga Tengah Malam, Kita Turun Padang Bersama Rakyat!




❤️
🤜🤛
🤝

ADUN N56 KUKUP

Address

Kukup
Pontian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jefridin Bin Atan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share