PKR Cabang Tanjung Piai - P165

PKR Cabang Tanjung Piai - P165 Official Page PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG TG PIAI

ASSALAMUALAIKUM WBT.Pemilihan Keadilan 2025Alhamdulillah,Tamat sudah Pemilihan Keadilan 2025 bagi Cabang Tg Piai dan sel...
20/04/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pemilihan Keadilan 2025

Alhamdulillah,
Tamat sudah Pemilihan Keadilan 2025 bagi Cabang Tg Piai dan seluruh cabang di negeri JOHOR.
Kalah dan menang sudah lumrah dan adat pertandingan.
Apa pun keputusan pemilihan, sebagai anggota parti kita harus terus berusaha menambah kekuatan parti dan membina keyakinan rakyat.
Elakkan perpecahan.
Ahli akar umbi telah memilih dan wajib kita menghormati setiap keputusan.
Kami percaya ahli KEADILAN sudah matang.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua anggota yang memberikan kerjasama sepanjang pemilihan berlangsung.
Selamat berkhidmat kepada calon yang menang.
Kepada yang kurang berjaya diharapkan tidak menyepi dan menjauhkan diri.

Sesungguhnya perancangan ALLAH SWT adalah yang terbaik.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah SWT.

TERIMA KASIH SEMUA...

ASSALAMUALAIKUM & SALAM REFORMASI.Esok adalah hari penentu, Hari pemilihan, Hari pengundian.Ayuh, warga KEADILAN TANJUNG...
19/04/2025

ASSALAMUALAIKUM &
SALAM REFORMASI.

Esok adalah hari penentu, Hari pemilihan, Hari pengundian.
Ayuh, warga KEADILAN TANJUNG PIAI !
Bersama kita tunaikan tanggungjawab kita demi masa depan yang lebih berwawasan.

🗳 PILIHANRAYA PARTI KEADILAN RAKYAT
📍 TG. PIAI
🗓 Ahad | 20 April 2025
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang

✅ Jangan lupa kemaskini & muat turun Aplikasi ADIL
➡️ Panduan ringkas: https://vt.tiktok.com/ZSryp8uuu/

Satu undi anda membawa perubahan besar.
Jom turun mengundi, pilih yang bersih, adil, berwawasan, telus & berintegriti!
Jangan diulang skrip lama.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
TANJUNG PIAI BANGKIT.
Terima kasih.






SAMBUTAN AIDILFITRI KEADILAN JOHOR 2025Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Aidilfitri Keadilan Johor 2025 ya...
17/04/2025

SAMBUTAN AIDILFITRI KEADILAN JOHOR 2025

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Aidilfitri Keadilan Johor 2025 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 27 April 2025
Masa: 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang
Tempat: Laman Mann, Jalan Junid, Muar

Majlis ini akan turut dihadiri oleh pimpinan utama KEADILAN serta pemimpin negeri. Marilah kita raikan Syawal bersama-sama dalam suasana penuh muhibah dan perpaduan.

Semua dijemput hadir.

ASSALAMUALAIKUM ,SALAM PERJUANGAN, SALAM REFORMASIDengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,Saya,  SUHAILEY BINTI SANIMAN me...
16/04/2025

ASSALAMUALAIKUM ,
SALAM PERJUANGAN, SALAM REFORMASI

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Saya, SUHAILEY BINTI SANIMAN menawarkan diri sebagai calon KETUA WANITA CABANG TANJUNG PIAI untuk penggal 2025-2028 bagi pemilihan parti KEADILAN 2025.

Dengan visi untuk memperkasakan dan mentransformasikan WANITA KEADILAN di Tanjung Piai kearah yang lebih baik, saya akan memastikan pergerakan JAWATANKUASA Wanita lebih telus, menyeluruh, berwawasan & berintegriti.
Saya akan memastikan gerak kerja secara berpasukan, lebih tersusun disamping memartabatkan suara WANITA agar didengar dan diperjuangkan.

Saya mengharapkan undian, doa dan sokongan dari semua untuk mencapai kejayaan ini.
Saya komited bersama visi MEMACU WANITA kearah yang lebih CEMERLANG dan HARMONI.

Akhir kata,
UNDILAH SAYA, SUHAILEY BINTI SANIMAN.
CALON NOMBOR 2 UNTUK JAWATAN KETUA WANITA CABANG TANJUNG PIAI.

ikhlas,
SUHAILEY BINTI SANIMAN
CALON KETUA WANITA CABANG TANJUNG PIAI.



ASSALAMUALAIKUM & SALAM REFORMASI.Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM.Saya SALEHAN BIN MD SALLEH, menawarkan diri seba...
06/04/2025

ASSALAMUALAIKUM & SALAM REFORMASI.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM.
Saya SALEHAN BIN MD SALLEH, menawarkan diri sebagai Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tg Piai pada Pemilihan KEADILAN 2025.

InshaALLAH saya akan bertanding dengan penuh semangat demokrasi. Berkempen secara sihat dengan penuh semangat kekeluargaan dan keyakinan yang tinggi untuk terus memperkasakan serta memperkukuhkan organisasi parti.
Dengan pengalaman serta perancangan untuk memperkasakan KEADILAN di Tg Piai,
Saya tampil dengan revolusi dan misi :-
1. Membawa perubahan untuk menyatukan dan memimpin parti kearah yang lebih baik untuk semua ahli.
2. Akan memastikan jawatankuasa yang berkerja utk parti & ahli lebih mesra serta bertanggungjawab dimana kami lebih mudah untuk dihubungi.
3. Akan menawarkan sepenuhnya komitmen, gerak kerja dan kepimpinan yang terbaik untuk kebajikan ahli.
4. Akan membuka semula Pejabat Parti di Tg Piai untuk memudahkan gerak kerja disamping berfungsi sebagai pusat aduan.
5. Akan lebih memperkasakan parti dengan keberanian membuat keputusan yang lebih profesional seiring dengan Kerajaan Persekutuan.
6. Akan memperbanyakkan program parti di Tg Piai disamping menambahkan bilangan keahlian tanpa mengabaikan kebajikan dan keistimewaan ahli.
7. Akan menerapkan budaya yang lebih matang, lebih telus dan lebih berintegriti untuk megelakkan ketirisan dalam pentadbiran.

Saya yakin setiap anggota sudah bijak untuk menilai.
Ayuh bangkit bersama menuju perubahan.
UNDILAH CALON NOMBOR 2,
JAWATAN KETUA CABANG TG PIAI.
SALEHAN BIN MD SALLEH.
Terima kasih.



Assalamualaikum & Salam Reformasi!Pemilihan Keadilan untuk penggal 2025-2028 telah bermula.Nama calon untuk semua jawata...
19/03/2025

Assalamualaikum & Salam Reformasi!

Pemilihan Keadilan untuk penggal 2025-2028 telah bermula.
Nama calon untuk semua jawatan yg dipertandingkan akan kami senaraikan apabila pengesahan rasmi telah diperolehi.

Bersama Menuju Perubahan!
Kita bangkit bersama!
Pilihlah pemimpin yang mampu membawa perubahan nyata untuk kesejahteraan penduduk di parlimen Tg Piai.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM MALAYSIA MADANISalam Nisfu Syaaban✨🌙Malam Nisfu Syaaban adalah waktu yang penuh keberkatan dan k...
13/02/2025

ASSALAMUALAIKUM &
SALAM MALAYSIA MADANI

Salam Nisfu Syaaban✨🌙
Malam Nisfu Syaaban adalah waktu yang penuh keberkatan dan keampunan. Semoga kita semua dikurniakan rahmat, dihapuskan dosa, dan diberi ketenangan hati dalam meniti hari-hari mendatang.

Mari perbanyakkan doa, istighfar, dan amalan kebaikan agar kita dipersiapkan untuk menyambut Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang.

“Ya Allah, berkatilah usia kami, luaskan rezeki kami, ampunkan dosa-dosa kami, dan berikanlah kami kekuatan untuk terus beribadah kepada-Mu.”

KEADILAN PKR Cabang Tanjung Piai - P165 Mengucapkan selamat menghayati malam Nisfu Syaaban. Semoga kita semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah.🤲🤲



TIMBALAN KETUA WANITA TG PIAI, Puan Suhailey Saniman dan NAIB KETUA WANITA  Puan Norlinda Abdullah  telah bersama² turut...
29/01/2025

TIMBALAN KETUA WANITA TG PIAI, Puan Suhailey Saniman dan NAIB KETUA WANITA Puan Norlinda Abdullah telah bersama² turut serta dalam Program Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani yang dianjurkan oleh Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat bersama Wanita KEADILAN Negeri Johor.

Turut hadir Encik Yugins Muthusamy, wakil kepada Ketua Wanita Pusat.
Juga hadir adalah Ketua Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Puan Noraini Nordin, Ketua Wanita Johor, Puan Zuraidah Zainab Mohd Zain dan Puan Rozy Razit, EXCO Wanita KEADILAN merangkap Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN.

Tahniah.
Semoga ada perkembangan positif selepas ini.




28/01/2025

EDARAN BUAH LIMAU SEMPENA TAHUN BAHARU CINA UNTUK MASYARAKAT TIONG HUA DI PARLIMEN TG PIAI.
Dalam semangat perpaduan dan menghormati tradisi budaya pelbagai kaum di Malaysia,
KEADILAN CABANG TANJUNG PIAI diketuai oleh NAIB KETUA CABANG, Encik LOH SOON PENG telah menganjurkan program Edaran Buah Limau di DUN Kukup di bawah Parlimen Tg Piai.
Alhamdulillah,
program ini mendapat sokongan dari pelbagai lapisan kaum.
Turut hadir puan MARLIANAH ISMAIL, Ketua wanita Cabang.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
Gong Xi Fa Chai!

https://vt.tiktok.com/ZS6ne12MG/

Alhamdulillah...Timbalan Ketua Wanita Cabang Tg Piai, Puan Suhailey Saniman telah menyempurnakan program penyerahan "Bar...
28/01/2025

Alhamdulillah...
Timbalan Ketua Wanita Cabang Tg Piai,
Puan Suhailey Saniman telah menyempurnakan program penyerahan "Barangan Makanan" kepada beberapa ahli keluarga anggota parti di kawasan dun Kukup.

Barangan adalah sumbangan Wanita Keadilan Johor .
Terima kasih diucapkan diatas keperihatinan Ketua Wanita Keadilan Negeri Johor.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Cabang Tg Piai, Tuan Haji Abdullah Bin Abd Rahim,
setiausaha pengelola cabang, Encik Faizal Bin Zainal dan Naib Ketua Wanita Cabang Puan Norlinda Bt Abdullah.

Semoga sumbangan ini dapat membantu kebajikan keluarga mereka.



Seluruh warga KEADILAN CABANG TG PIAI mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina!Semoga tahun ini membawa kegembiraan, kesihata...
28/01/2025

Seluruh warga KEADILAN CABANG TG PIAI mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina!

Semoga tahun ini membawa kegembiraan, kesihatan, kemakmuran, dan keberkatan kepada semua.
Gong Xi Fa Cai!



PROGRAM RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA MASYARAKAT CINA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN ...
26/01/2025

PROGRAM RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA MASYARAKAT CINA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN ANJURAN RANTING JALAN JOHOR DI PARLIMEN TANJUNG PIAI.

26 JANUARI 2025

Program bersama masyarakat cina di Parlimen Tg Piai telah dianjurkan oleh RANTING JALAN JOHOR di bawah Cabang Tg Piai.
Jutaan terima kasih diatas kehadiran kepada,
TIMBALAN KETUA CABANG TANJUNG PIAI , Tuan Haji ABDULLAH BIN ABD RAHIM,
Wakil NGO, Encik SALEHAN BIN SALLEH,

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan seterusnya dapat beramah mesra sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Terima kasih juga kepada saudara CHING JIUN YEW, Ketua RANTING JALAN JOHOR dan Jawatankuasanya yang menguruskan program ini sehingga selesai.
Tahniah.


Address

No. 4 (1st Floor), Jalan Emas 5, , Pusat Perniagaan Kota Emas
Pontian
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKR Cabang Tanjung Piai - P165 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKR Cabang Tanjung Piai - P165:

Share