Pejabat Daerah Pontian_Official

Pejabat Daerah Pontian_Official Membantu pengurusan Pentadbiran Pejabat supaya berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan dari segi kewangan, perjawatan, pentadbiran dan keselamatan.

Menyelia, memberi dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep bersih

12/06/2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk makluman dan rujukan orang ramai.

Selain mengambil maklum tarikh-tarikh penting pilihan raya, orang ramai juga digalakkan menyemak maklumat daftar pemilih masing-masing bagi mengetahui kawasan DUN dan pusat mengundi yang berdaftar serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan proses pilihan raya.







๐Ÿ— ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€ | ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐Ž๐๐“๐ˆ๐€๐, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐‘๐ˆ๐Œ๐๐€ ๐“๐„๐‘๐‰๐”๐, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐„๐๐”๐“๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€...
10/06/2026

๐Ÿ— ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€ | ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ
๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐Ž๐๐“๐ˆ๐€๐, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐‘๐ˆ๐Œ๐๐€ ๐“๐„๐‘๐‰๐”๐, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐„๐๐”๐“

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐ˆ ๐…๐€๐’๐€ ๐Ÿ’ ๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐Ž๐๐“๐ˆ๐€๐

Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Norhafa Bin Johari, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Pontian, Mukim Rimba Terjun dan Mukim Benut Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keprihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada bangsa Johor khususnya di Mukim Pontian, Mukim Rimba Terjun dan Mukim Benut.

๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ :
Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian,
Pegawai JKM Pontian,
Penghulu Kanan
Penghulu Mukim & Ketua Kampung Yang Terlibat,
Serta Penduduk Setempat

๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐”๐๐Š๐”



๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“… 6 Jun 2026M / 22 Zulhijjah 1447H๐Ÿ“ Bangunan Pejabat DaerahDalam amanat yang di...
08/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“… 6 Jun 2026M / 22 Zulhijjah 1447H
๐Ÿ“ Bangunan Pejabat Daerah

Dalam amanat yang disampaikan, YBhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal menekankan kepentingan integriti sebagai tunjang utama perkhidmatan awam. Setiap penjawat awam diseru untuk terus mengamalkan nilai amanah, telus, bertanggungjawab dan beretika dalam melaksanakan tugas demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan.

Beliau turut mengingatkan warga kerja agar sentiasa mematuhi peraturan dan tatakelakuan perkhidmatan awam serta mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej organisasi dan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Selain itu, perhimpunan ini turut menjadi platform untuk membincangkan perancangan dan hala tuju jabatan menjelang penghujung tahun, termasuk pelaksanaan program, pencapaian sasaran kerja serta usaha memperkukuhkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Warga kerja turut digalakkan untuk mengekalkan momentum prestasi, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan memastikan setiap agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai objektif jabatan.

Beliau turut mengingatkan seluruh warga kerja agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang tugasan yang diamanahkan oleh Kerajaan, termasuk persiapan berkaitan urusan pilihan raya sekiranya diperlukan. Semua penjawat awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab secara profesional, berkecuali dan berintegriti, selaras dengan peraturan serta etika perkhidmatan awam.

Semoga segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan memberi impak positif kepada pembangunan daerah serta kesejahteraan masyarakat setempat.







01/06/2026
01/06/2026
AL-FATIHAH
01/06/2026

AL-FATIHAH



DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahKepadaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik sekalian mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmat-Nya dalam meneruskan pemerintahan yang adil dan saksama demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Sembah Takzim Daripada

Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal
Pegawai Daerah Pontian

serta

Seluruh Rakyat Daerah Pontian




๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™”๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™’๐™€๐™Ž๐˜ผ๐™† 2026 ๐Ÿช”โœจHari Wesak sentiasa mengingatkan kita tentang nilai belas ihsan, kesederhanaan, tole...
31/05/2026

๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™”๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™’๐™€๐™Ž๐˜ผ๐™† 2026 ๐Ÿช”โœจ

Hari Wesak sentiasa mengingatkan kita tentang nilai belas ihsan, kesederhanaan, toleransi dan saling menghormati dalam membina sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera, khususnya di Daerah Pontian yang kita cintai

"Semoga cahaya kebijaksanaan, kasih sayang dan kedamaian terus menyinari kehidupan serta memperkukuh keharmonian masyarakat Malaysia."

Ikhlas daripada:
Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal
Pegawai Daerah Pontian
& Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah Pontian.



Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ib...
30/05/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada
Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal
Pegawai Daerah Pontian
serta seluruh rakyat Daerah Pontian.




Address

Bangunan Sultan Ismail, Jalan Alsagoff
Pontian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Pontian_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share