JKM Pontian

JKM Pontian Selamat Datang Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian Official

01/06/2026
01/06/2026
26/05/2026
Hebahan berkaitan tarikh, masa & lokasi penyampaian inisiatif di Daerah Pontian mengikut DUN : 1. Kategori Warga Emas2. ...
22/05/2026

Hebahan berkaitan tarikh, masa & lokasi penyampaian inisiatif di Daerah Pontian mengikut DUN :

1. Kategori Warga Emas
2. Kategori E-Kasih
3. Kategori Penerima Bantuan Am JKM
4. Kategori Bantuan Keselamatan

Sila buat semakan di pautan :

https://bkj-pontian.pages.dev

18/05/2026

Rakyat Johor dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat tepat dan sahih berkaitan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 hanya melalui saluran rasmi Kerajaan Johor, jabatan serta agensi berkaitan termasuk platform Media Digital Johor.

Sebarang poster, jadual atau hebahan yang tidak disertakan pengesahan rasmi bukan sahaja berpotensi mengelirukan rakyat tetapi juga boleh menimbulkan kekeliruan berhubung pelaksanaan inisiatif BKJ.

Bagi semakan status, tarikh penyerahan dan maklumat lanjut BKJ, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://bkj.johor.gov.my selain mendapatkan pemakluman berkaitan jadual penyerahan mengikut kategori penerima menerusi platform rasmi jabatan dan agensi berkaitan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa poster berkaitan inisiatif BKJ yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga berbentuk sabotaj terhadap usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu Bangsa Johor, khususnya golongan yang memerlukan.

Untuk rekod, BKJ Fasa 4 merupakan inisiatif terkini Kerajaan Johor dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan yang disalurkan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Onn Hafiz Ghazi
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim





Tarikh pembayaran Bantuan Kasih Johor one off bagi murid OKU tidak bersekolah di daerah Pontian.JKM Negeri Johor - JKMNJ
18/05/2026

Tarikh pembayaran Bantuan Kasih Johor one off bagi murid OKU tidak bersekolah di daerah Pontian.

JKM Negeri Johor - JKMNJ

14/05/2026

Semua Bangsa Johor yang berkelayakan kini boleh membuat semakan berkaitan inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 secara dalam talian di pautan https://bkj.johor.gov.my

Berikut adalah beberapa tarikh penting berkaitan inisiatif BKJ Fasa 4 untuk panduan bersama:

14 -30 MEI 2026
Semakan BKJ secara dalam talian

1 - 14 JUN 2026
Tempoh rayuan dan Permohonan baharu

15 - 19 JUN 2026
Proses semakan

20 - 24 JUN 2026
Kelulusan

25 JUN - 14 JULAI 2026
Semakan keputusan rayuan

Onn Hafiz Ghazi
Mohd Jafni Md Shukor
Zahari Sarip.
Aznan Tamin
Hairi Mad Shah - HMS
Mohd Fared Mohd Khalid
Fazli Salleh
AH SOON
Lee Ting Han
Raven Kumar Krishnasamy
Khairin-Nisa Ismail









14/05/2026

PROGRAM LATIHAN CHILD SUPPORT TEAM NEGERI JOHOR MENGGUNAKAN MODUL LINDUNGI PERMATA JOHOR TAHUN 2026 SIRI 3 (DAERAH KLUANG & DAERAH PONTIAN)

🏢Tempat: Hotel Granada, Johor Bahru
📅Tarikh: 05 Mei - 07 Mei 2026 (Selasa hingga Khamis)

Program Child Support Team adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM 150 Ribu. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada individu, sukarelawan, komuniti dan pemimpin tempatan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan komitmen dalam melindungi Hak Kanak-Kanak dengan menggunakan Modul Lindungi Permata Johor. Peserta bagi program ini adalah terdiri daripada guru, Pegawai Perubatan, penghulu, ketua kampung, NGO, pengusaha TASKA dan sukarelawan. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Normawarni binti Mahat, Ketua Penolong Pengarah Bhg. Kanak-Kanak & Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

❤️Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor
❤️Allah Peliharakan Sultan
❤️Allah Berkati Johor

Khairin-Nisa Ismail
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
JKM Pontian
Jkm Kluang



Address

JKR 1026, Jalan Ismail , Pontian
Pontian Kecil
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076871714

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKM Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share