Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena Membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan.

ASHABUL AL KAHFI RANGKUL NAIB JOHAN PERTUBUHAN TERBAIK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH ALOR SE...
25/05/2026

ASHABUL AL KAHFI RANGKUL NAIB JOHAN PERTUBUHAN TERBAIK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, KEDAH, 24 MEI 2026 - Penantian selama tiga tahun Pertubuhan Muda Sukarelawan Ashabul Al Kahfi membuahkan hasil apabila telah dinobatkan sebagai naib johan kategori pertubuhan belia terbaik dalam Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah.

Usaha keras yang berterusan dalam aktiviti pembangunan belia serta kerjasama erat dalam kalangan semua ahli jawatankuasa merupakan faktor utama dalam merangkul kejayaan pada penyertaan kali ini. Ashabul Al Kahfi membawa pulang wang tunai RM 5,000.00 bersama trofi kejuaraan atas kejayaan menjadi naib johan pertubuhan terbaik APBN Negeri Kedah 2026.

Turut hadir ke acara penyampaian anugerah APBN tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena bersama Encik Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia serta Encik Mohd Sobry bin Md Akhir, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Pokok Sena.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pertubuhan Muda Sukarelawan Ashabul Al Kahfi atas kejayaan merangkul Naib Johan Pertubuhan Terbaik Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah. Semoga terus memberi sumbangan bakti ke arah pembangunan belia di Negeri Kedah dan juga di Daerah Pokok Sena.







LAWATAN PENILAIAN PROJEK AGRO BELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI KEDAH POKOK SENA, 20 MEI – Jabatan Belia dan Sukan Negeri K...
20/05/2026

LAWATAN PENILAIAN PROJEK AGRO BELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI KEDAH

POKOK SENA, 20 MEI – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan penilaian bagi permohonan dana Agro Belia Lestari Peringkat Negeri Kedah daripada Kelab Belia Islam Bukit Larek pada 19 Mei 2026 bertempat di Kg Tok Kun, Pokok Sena.

Lawatan bertujuan menilai tapak serta peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi pelaksanaan program agro belia tersebut.
Hadir pada lawatan penilaian tersebut adalah Timbalan Pengarah Pembangunan Belia JBSN Kedah dan Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Turut hadir pada sesi penilaian akhir tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.

Semoga berjaya kami ucapkan kepada Kelab Belia Islam Bukit Larek.







MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT DAERAH POKOK SENA POKOK SENA, 19 MEI 2026 – Berlangsungnya Mes...
20/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA, 19 MEI 2026 – Berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti 2026 Peringkat Daerah Pokok Sena pada 18 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PBSD Pokok Sena.

Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan dan menyelaras acara-acara sukan yang akan dijalankan pada program tersebut yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026. Turut dibincangkan persiapan tempat bagi pelaksanaan program tersebut.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ecik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







PBSD POKOK SENA HADIR KE TRAINING OF TRAINERS (TOT) PROGRAM INSPIRE iTALENT 2026PENDANG, KEDAH, 17 MEI 2026 – Cawangan P...
20/05/2026

PBSD POKOK SENA HADIR KE TRAINING OF TRAINERS (TOT) PROGRAM INSPIRE iTALENT 2026

PENDANG, KEDAH, 17 MEI 2026 – Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan Training of Trainers (TOT) Program Inspire i-Talent 2026 pada 13 Mei 2026 bertempat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah Darul Aman.

Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kaedah ujian asas keupayaan sukan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menyelaras prosedur pelaksanaan program di peringkat daerah agar lebih sistematik dan berkesan. Peserta-peserta didedahkan dengan sesi latihan dan praktikal sebagai persediaan sebagai penguji bagi pelaksanaan Program INSPIRE i-Talent di 12 daerah.

Hadir ke program tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena bersama Encik Mohd Sobry bin Md Akhir, Pegawai Pembangunan Sukan, PBSD Pokok Sena.







ASHABUL AL KAHFI GAH KE PENTAS AKHIR ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026POKOK SENA, 12 MEI – Pertu...
17/05/2026

ASHABUL AL KAHFI GAH KE PENTAS AKHIR ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

POKOK SENA, 12 MEI – Pertubuhan Muda Sukarelawan Ashabul Al Kahfi telah melayakkan diri ke pentas akhir penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung pada 11 Mei 2026 bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena.

Membawa misi melahirkan generasi belia hingga ke pentas antarabangsa, Ashabul Kahfi yang diketuai oleh Saudara Shairozi Atiqullah bin Ghazali telah memberikan persembahan terbaik demi membawa harapan kelab hingga ke peringkat tertinggi.

Turut hadir menyaksikan penilaian akhir tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.
Semoga berjaya kami ucapkan kepada Pertubuhan Muda Sukarelawan Ashabul Al Kahfi. Teruskan memberi sumbangan kepada pembangunan belia di Daerah Pokok Sena.







PBSD POKOK SENA SERTAI PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU – FLOORBALL 2026ALOR SETAR, KEDAH, 11 MEI 2026 – Program Pengenal...
17/05/2026

PBSD POKOK SENA SERTAI PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU – FLOORBALL 2026

ALOR SETAR, KEDAH, 11 MEI 2026 – Program Pengenalan Sukan Baharu – Floorball 2026 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Sukan Floorball ialah sukan berpasukan dalaman (indoor) yang dimainkan menggunakan kayu pemukul ringan (stick) dan bola plastik berlubang, di atas permukaan rata seperti gelanggang dewan. Sukan ini berasal dari negara Eropah (Sweden) dan kini berkembang pesat di peringkat antarabangsa.

Turut serta dalam program tersebut adalah Ecik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dan Encik Mohd Sobry bin Md Akhir, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Pokok Sena.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pn. Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.







SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH POKOK SENA 2026 BERLANGSUNG PENUH SEMANGAT DAN KEMERIAHANPOKOK SENA, ...
17/05/2026

SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH POKOK SENA 2026 BERLANGSUNG PENUH SEMANGAT DAN KEMERIAHAN

POKOK SENA, 10 MEI 2025 – Penganjuran Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pokok Sena tahun ini berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bermula jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Dengan menjadikan Desa KEDA Bendang Perang sebagai lokasi penganjuran, pengunjung-pengunjung disajikan dengan acara ikonik tradisi kampung seperti Pertandingan Gendang Silat, Tarik Tali, Karom, Belia Run D HBN Poksen, Sepak Penalti dan Sukan Rakyat. Turut diadakan sempena program tersebut adalah Pameran Kerjaya TVET, Gerai Jualan dan Pemeriksaan Kesihatan. Acara cabutan bertuah turut memeriahkan program dengan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Hadir merasmikan program ini adalah Tuan Nasrankamil bin Noh, Pegawai Daerah Pokok Sena. Turut hadir memeriahkan sambutan tersebut adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura binti Haji Sarbin.







NANTIKAN...Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Pokok Sena 13 JUN 2026
12/05/2026

NANTIKAN...

Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Pokok Sena

13 JUN 2026

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA POKOK SENA, 06 ...
12/05/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA, 06 MEI 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) telah mengadakan lawatan dan pemantauan pengoperasian Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pokok Sena pada 05 Mei 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.

Lawatan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP), menyemak dokumentasi buku AP 309 serta memantau status pelaksanaan kerja di lapangan.
Lawatan telah dihadiri oleh Pn. Azura binti Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.







PBSD POKOK SENA HADIR KE MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP DAERAH POKOK SENA BIL 2/2026POKOK SENA, 5 MEI – Pejabat Beli...
12/05/2026

PBSD POKOK SENA HADIR KE MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP DAERAH POKOK SENA BIL 2/2026

POKOK SENA, 5 MEI – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah Pokok Sena Bilangan 2/2026 pada 5 Mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Nasrankamil bin Noh, Pegawai Daerah Pokok Sena. Hadir ke mesyuarat tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







Address

NO. 49, FASA 2, TAMAN JABI
Pokok Sena
06400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena:

Share