31/05/2026
Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena dan seluruh negara yang akan berhimpun mulai 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Persidangan ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi medan menyatukan fikrah, memperkukuh ukhwah dan menyemarakkan kembali roh perjuangan parti keramat ini.
Raikan perbezaan pandangan dengan kematangan, suburkan budaya bertoleransi dan jadikan setiap perbincangan sebagai langkah membina kekuatan baharu parti ini. Ketika parti diuji, di sinilah lahirnya kesetiaan. Ketika perjuangan dipersoal, di sinilah bangkitnya keberanian. Bila mana rakyat menilai, biarlah UMNO tampil sebagai sebuah parti yang matang dan progresif agar terus menjadi harapan rakyat Malaysia khususnya.
Rapatkan saf, satukan tekad dan melangkah bersama demi agama, bangsa serta tanah air.
Ikhlas Daripada:
Kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena