13/06/2026
MAJLIS MAKAN MALAM 'LAMBAIAN KASIH, KENANGAN ABADI' SEMPENA PERTUKARAN PENGARAH DAN PEGAWAI KANAN PENJARA POKOK SENA, KEDAH
Majlis Makan Malam ' Lambaian Kasih, Kenangan Abadi' telah berlangsung pada 8 Jun 2026 bertempat di Hotel Starcity, Alor Setar, Kedah.
Majlis ini diadakan sempena pertukaran TKP Nor Haizan bin Md Isa, Pengarah Penjara Pokok Sena sebagai Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, (BAKA), IPPM, Dr.Rajasegaran A /L Muniandy ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan TPP Norsharikin Nadirah binti Mustakin ke Bahagian Korektif, IPPM.
Seluruh warga kerja Penjara Pokok Sena merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TKP Nor Haizan bin Md Isa atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang tuan menerajui pengurusan Penjara Pokok Sena. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dr. Rajasegaran A/L Muniandy dan TPP Norsharikin Nadirah binti Mustakin atas sumbangan tuan/puan sepanjang bertugas di institusi ini. Didoakan tuan/ Dr./puan agar terus cemerlang dan memberi impak positif di tempat yang baru.
Setulus Ikhlas daripada warga kerja Penjara Pokok Sena, Kedah
Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena