Pemuda PBS N2 Bengkoka

Pemuda PBS N2 Bengkoka Selamat Datang ke Laman Facebook Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah N.02 Bengkoka. Salam Bersatu.

🏐💙 PEMUDA PBS N.02 BENGKOKA TERUS MENYOKONG SUKAN WANITA 🇲🇾Pemuda PBS N.02 Bengkoka merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
03/09/2026

🏐💙 PEMUDA PBS N.02 BENGKOKA TERUS MENYOKONG SUKAN WANITA 🇲🇾

Pemuda PBS N.02 Bengkoka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Veryson Kohiya, Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka merangkap Ahli Majlis Daerah Pitas, atas sumbangan dan sokongan kepada Program Women Volley-Tour Santai Merdeka.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Edy Ronlly dan diterima oleh En. Aliosman sebagai wakil penerima.
Sokongan seperti ini mencerminkan komitmen Pemuda PBS dalam menyokong pembangunan sukan, memperkasakan penglibatan wanita serta mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Teruskan melangkah, teruskan menyokong, dan teruskan membina komuniti yang aktif serta bersatu! 💙🏐🇲🇾

PEMUDA PBS N.02 BENGKOKA
Bersama Anak Muda, Membina Masa Depan.







31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah.

Marilah kita bersama-sama memelihara perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, budaya serta agama.

Semoga semangat cinta akan tanah air terus menyatukan kita dalam membangunkan negara demi kesejahteraan bersama.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

“Sabah Tanah Airku”


31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH KE-63
31 Ogos 2026

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh perpaduan serta membawa Malaysia dan Sabah menuju masa depan yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Sabah di hati, Malaysia di jiwa.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS)
N.02 Bengkoka

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 🌙Pergerakan Pemuda PBS N.02 Bengkoka mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 14...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 🌙

Pergerakan Pemuda PBS N.02 Bengkoka mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita menghayati dan meneladani akhlak serta ajaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan memperkukuh nilai kasih sayang, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Berselawat, Menghayati Sunnah, Meneladani Rasulullah SAW.”

Ikhlas daripada,
Pergerakan Pemuda PBS N.02 Bengkoka

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tn. Veryson Kohiya, Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka, atas p...
20/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tn. Veryson Kohiya, Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka, atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pitas bagi tempoh 2026-2027

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan keikhlasan demi kepentingan serta kesejahteraan masyarakat Pitas & Bengkoka.

Selamat menjalankan amanah. Semoga terus maju dan berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Ikhlas daripada:
Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.02 Bengkoka

19/08/2026

SABAR, SETIA, BERSATU TUNGKUS SUNDUVAN DIWARISI DARI PEMIMPIN PBS TERDAHULU

Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda PBS, saya melihat keputusan YBRS. Dr. Rockey Jerome Budin untuk memberi laluan kepada YBhg. Datuk Christopher Mandut mempertahankan jawatan Ketua Exco Pergerakan Pemuda sebagai satu keputusan yang besar maknanya, bukan sekadar soal pertandingan atau jawatan.

Bagi saya, keputusan ini mencerminkan satu nilai yang telah lama diterapkan dalam perjuangan PBS oleh pemimpin-pemimpin terdahulu iaitu Sabar, Setia dan Bersatu.

Tiga perkataan ini nampak mudah, tetapi nilainya sangat mahal dalam politik.

Kita sudah melihat bagaimana konsep ini melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berkualiti apabila mereka sanggup bersabar, terus setia kepada perjuangan dan memilih untuk kekal bersatu.

Lihat sahaja apa yang berlaku di DUN Telupid. Pemimpin muda YB Datuk Jhonnybone Kurum membina kepimpinan beliau daripada akar umbi. Kesabaran melalui proses, kesetiaan kepada parti dan pengalaman yang dikumpul dari bawah serta dibentuk melalui bimbingan pemimpin terdahulu akhirnya membentuk beliau menjadi pemimpin bahagian yang dihormati. Inilah produk PBS!

Di DUN Tandek, kita juga pernah menyaksikan satu perjalanan yang penuh dengan cabaran. Ketika mantan YB dan Ketua Bahagian mengambil keputusan meninggalkan PBS dan menyertai Parti WARISAN, seorang pemimpin muda yang ketika itu memilih untuk terus berpegang kepada prinsip sabar, setia dan bersatu, iaitu YB Datuk Hendrus Anding, akhirnya berjaya membuktikan kemampuan beliau dengan mengambil alih kepimpinan Tandek dan terus memimpin sehingga hari ini. Inilah Produk PBS!!!

Dan bagi saya, perjalanan YBhg. Datuk Christopher Mandut juga merupakan antara contoh yang sangat jelas tentang maksud Sabar dan Setia dalam perjuangan.

Beliau bukan melalui jalan yang mudah. Sudah empat kali beliau berdepan dengan cabaran dan harapan untuk menjadi calon pilihan raya, namun peluang tersebut masih belum berjaya direalisasikan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Bagi sesetengah orang, mungkin keadaan seperti ini cukup untuk membuat seseorang kecewa, mengubah haluan atau meninggalkan perjuangan.

Tetapi Datuk Christopher memilih jalan yang berbeza.

Beliau tetap sabar.

Beliau tetap setia.

Beliau tidak lari daripada perjuangan.

Beliau terus bekerja, terus membina kekuatan, terus memikul amanah dan terus bersama PBS sehingga akhirnya hari ini beliau diberi kepercayaan untuk memimpin sebagai Ketua Bahagian Bandau.

Inilah nilai perjuangan yang kadang-kadang tidak dapat diukur melalui berapa kali kita menang atau kalah dalam pertandingan. Nilai seorang pemimpin juga dapat dilihat melalui berapa lama dia mampu bertahan ketika belum mendapat apa yang diinginkan.

Empat kali peluang belum menjadi kenyataan, tetapi beliau tidak menjadikan kekecewaan sebagai alasan untuk meninggalkan parti.

Pada saya, itulah Sabar dan Setia.

Ini menunjukkan bahawa politik adalah sebuah perjalanan, bukan perlumbaan siapa paling cepat sampai ke hadapan. Dan itulah prinsip yang saya nampak dalam PBS dan menyebabkan saya jatuh hati untuk terus setia dalam perjuangan ini.

Kadang-kadang kita perlu bersabar untuk menunggu masa.

Kadang-kadang kita perlu setia walaupun jalan kita tidak mudah.

Dan kadang-kadang kita perlu mengalah bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita mahu menyelamatkan sesuatu yang lebih besar daripada kepentingan diri sendiri.

Atas sebab itu, saya melihat keputusan YBRS. Dr. Rockey sebagai satu keputusan yang sangat matang dan berpandangan jauh dan wajar diberikan penghormatan sewajarnya.

Kedua-dua beliau YBhg. Datuk Christopher Mandut dan Dr Rockey Jerome Budin adalah produk Pemuda PBS yang berkualiti dan melakar sejarah masing2 dalam usaha mengambil semula DUN Bandau dan DUN Tambunan tidak lama lagi.

Lebih penting, tahun ini merupakan tahun pertama mereka memikul amanah sebagai Ketua Bahagian masing-masing di Bandau dan Tambunan.

Bayangkan jika pertandingan yang sebenarnya masih boleh dielakkan ini akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan penyokong masing-masing. Kita mungkin bukan sahaja kehilangan masa dan tenaga, tetapi boleh menyebabkan dua aset penting PBS yang sedang berkembang ini terluka oleh pertembungan sesama sendiri.

Sedangkan kita sepatutnya bertanya:

Apakah yang PBS perlukan untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

Jawapannya ialah lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti, matang dan berpengalaman.

Sebab itu saya melihat keputusan ini bukan sebagai kemenangan satu pihak dan kekalahan pihak yang lain.

Ini adalah kemenangan kepada Pemuda PBS kerana berjaya menurunkan sedikit ego politik demi masa depan parti yang kita sayangi.

Ini juga adalah kemenangan kepada PBS kerana kita berjaya menjaga dua permata yang sedang bersinar ,dua pemimpin muda yang mempunyai potensi besar untuk menjadi tonggak kepimpinan PBS di Bandau dan Tambunan pada masa akan datang.

Dan untuk makluman bersama, dalam Exco Pemuda juga kita ada saudara Sahrool Maholoop Memimpin Bahagian Sebatik, Saudara Louis Lai memimpin Bahagian Tanjung Aru dan saudara Sheiron Chang, kini memimpin Bahagian WP Labuan. Semua ini adalah produk dari Pemuda PBS. Pemuda Harapan, Pemimpin masa hadapan.

Kepada semua penyokong di kalangan pemuda-pemuda Bahagian di kedua-dua belah pihak, saya ingin menyeru agar kita menutup lembaran kempen yang panjang ini dengan hati yang terbuka.

Kita sudah berkempen.

Kita sudah menyatakan sokongan.

Kita sudah mempertahankan calon pilihan masing-masing.

Sekarang masanya kita kembali kepada satu keluarga.

Tidak ada yang perlu kalah. Tidak ada yang perlu menang.

Yang perlu menang ialah PBS.

Kita sebagai Pemuda harus menunjukkan bahawa kita mampu berpolitik dengan matang. Kita boleh berbeza pandangan tanpa bermusuh. Kita boleh bersaing tanpa memutuskan persahabatan. Dan kita boleh menerima keputusan dengan penuh hormat demi kepentingan parti.

Saya percaya inilah contoh kepimpinan melalui teladan yang perlu kita teruskan daripada pemimpin-pemimpin Presiden PBS terdahulu dari era Tan Sri DSP Pairin Datuk Kitingan , Ybhg DSP Dr Maximus Johnity Ongkili sehingga kepada Presiden kita pada hari ini, YB DSP Dr. Joachim Gunsalam.

Kalau kita benar-benar mahu melihat produk Pemuda mendominasi kepimpinan PBS pada masa akan datang, kita sendiri harus menunjukkan bahawa produk Pemuda bukan hanya berani bertanding.

Produk Pemuda juga mesti tahu bila untuk bersabar.

Mesti tahu menghargai kesetiaan.

Dan mesti tahu bila masanya untuk bersatu.

Dan paling penting perlu ada semangat setiakawan.

Sabar. Setia. Bersatu.

Bukan sekadar cogan kata.

Tetapi satu TUNGKUS SUNDUVAN kepimpinan yang perlu kita hidupkan semula dalam diri setiap Pemuda PBS.

Saya percaya Bandau dan Tambunan bukan pengakhiran kepada perjalanan dua pemimpin ini. Ini baru permulaan.

Semoga kedua-duanya terus diberikan ruang, kekuatan dan masa untuk membuktikan kemampuan masing-masing, dan suatu hari nanti menjadi antara pemimpin utama yang membawa PBS ke tahap yang lebih tinggi.

Mari kita Hormati keputusan mereka. Padamkan perbezaan. Satukan kembali kekuatan.

Demi Pemuda. Demi PBS. Demi masa depan perjuangan!!! ✊🏾✊🏾✊🏾

Pandangan peribadi saya,

Rudy J Jikinon
Exco Pergerakan Pemuda PBS

19/08/2026
17/08/2026

KOTA KINABALU, 17 Ogos 2026 — Beberapa calon yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Pemuda PBS Pusat hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada calon yang dipersetujui, dalam usaha memastikan kesatuan, kestabilan dan keharmonian parti terus terpelihara.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PBS Pusat, Dr. Rocky Jerome Budin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pertandingan dan memberi laluan kepada penyandang, Datuk Dr. Christoper Mandut, untuk meneruskan kepimpinan Pemuda PBS Pusat.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PBS Pusat (Kuota Biru) p**a, Steve Datuk Johnny Mositun turut menarik diri bagi memberi laluan kepada Stanly Leo.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PBS Pusat (Kuota Kuning), Adlu Hayaziez Shah mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada Khairul Majide Kalimin, manakala Rainy Valentine Andrew turut menarik diri bagi memberi laluan kepada Kevin Jon Johnny.

Keputusan tersebut dilihat sebagai satu langkah yang mencerminkan kematangan politik dan kesediaan para calon untuk meletakkan kepentingan parti, perpaduan serta kestabilan Pemuda PBS sebagai keutamaan.

Datuk Dr. Christoper Mandut merakamkan penghargaan kepada semua calon yang telah menunjukkan sikap terbuka dan semangat setiakawan dalam membuat keputusan tersebut.
“Dalam sesuatu pertandingan, perbezaan pandangan dan persaingan adalah perkara biasa. Namun, yang lebih penting ialah kita mampu meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Saya amat menghargai pengorbanan dan keikhlasan rakan-rakan yang mengambil keputusan untuk memberi laluan. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai matlamat yang sama, iaitu memperkukuh Pemuda PBS dan memastikan parti terus bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata, konsensus yang dicapai itu diharapkan dapat menjadi asas kepada pembentukan barisan kepimpinan dan EXCO Pemuda PBS Pusat yang lebih kukuh, bersatu serta mampu memberi tumpuan kepada agenda memperkasakan golongan muda dan masa depan Sabah.

“Ini bukan soal siapa menang atau siapa kalah. Kemenangan sebenar ialah apabila kita mampu bersatu selepas proses pemilihan dan terus bekerja bersama demi parti.

“Saya berharap semangat ini akan terus dikekalkan dan menjadi contoh bahawa persaingan dalam parti tidak seharusnya memecahbelahkan kita,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan dan anggota Pemuda PBS yang terus memberikan kepercayaan serta sokongan kepada kepimpinan Pemuda PBS Pusat.

“Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita tetap satu keluarga. Demi Pemuda PBS, demi parti dan demi masa depan Sabah,” katanya.

KENYATAAN RASMIPENARIKAN DIRI DARIPADA PENCALONANDengan penuh hormat, dimaklumkan bahawa:ENCIK VERYSON KOHIYAKetua Pemud...
17/08/2026

KENYATAAN RASMI
PENARIKAN DIRI DARIPADA PENCALONAN

Dengan penuh hormat, dimaklumkan bahawa:

ENCIK VERYSON KOHIYA
Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka

telah memutuskan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Calon EXCO Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat – Kuota Biru.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pertimbangan sewajarnya serta demi kepentingan dan keharmonian perjuangan bersama.

UCAPAN PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh kepimpinan, ketua-ketua pemuda, para perwakilan serta semua sahabat seperjuangan yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan dorongan kepada beliau sepanjang proses pencalonan.

“Penarikan diri bukan bererti berundur daripada perjuangan. Ia adalah satu keputusan yang dibuat dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan bersama. Perjuangan tetap diteruskan, amanah tetap dijunjung.”

Sekian, terima kasih.

VERYSON KOHİYA
Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka





UCAPAN SELAMAT HARI JADI TAN SRI 🎂🎂 Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Jadi buat Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Pan...
17/08/2026

UCAPAN SELAMAT HARI JADI TAN SRI 🎂🎂

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Jadi buat Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS).

Semoga Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketenangan dan kekuatan dalam meneruskan khidmat serta perjuangan demi rakyat dan negeri Sabah.

Sebagai barisan Pergerakan Pemuda PBS, kami amat menghargai segala jasa, pengalaman dan kepimpinan Tan Sri yang menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berbakti, memperkukuh perpaduan serta membawa aspirasi Sabah ke arah yang lebih baik.

Selamat Hari Jadi, Tan Sri!
Semoga terus diberkati Tuhan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya. 💙

Ikhlas daripada,
PERGERAKAN PEMUDA PBS N.2 BENGKOKA
Sesi 2026–2029

Address

Kanibongan
Pitas
89100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PBS N2 Bengkoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PBS N2 Bengkoka:

Shortcuts

Share