CIDB Negeri Sarawak

CIDB Negeri Sarawak Ini adalah akaun facebook rasmi CIDB Sarawak

"Bina Sempurna"

Objektif CIDB Negeri Sarawak adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan negeri Sarawak melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

04/05/2026

Setinggi-tinggi Ucapan TAHNIAH

YB DATO IR HJ YUSUF BIN HJ ABD WAHAB
PENGERUSI CIDB MALAYSIA

Atas pelantikan sebagai

PROFESSOR ADJUNG
Oleh Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Pelantikan ini menjadi pengiktirafan terhadap kepimpinan industri pembinaan serta memperkukuh jalinan strategik antara industri dan akademia

Ikhlas Daripada
Warga CIDB Malaysia

PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2026 PERKASA KONTRAKTOR SARAWAK28 April 2026 – CIDB Negeri Sarawak terus komited dalam mem...
29/04/2026

PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2026 PERKASA KONTRAKTOR SARAWAK

28 April 2026 – CIDB Negeri Sarawak terus komited dalam memperkasa kontraktor tempatan melalui penganjuran Program Klinik Coaching SCORE yang telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mulu, Pusat Konvensyen CIDB Sarawak (CCCS).

Program ini telah disertai oleh 52 syarikat kontraktor terdiri daripada Gred G2 hingga G7 yang hadir bagi mendapatkan bimbingan serta pendedahan berkaitan penilaian SCORE. Inisiatif ini memberi fokus kepada peningkatan kecekapan pengurusan syarikat, amalan terbaik industri serta pengukuhan daya saing kontraktor dalam menghadapi cabaran industri pembinaan masa kini.

Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi, program ini turut menampilkan sesi penyampaian anugerah kepada lima (5) kontraktor yang mencapai penarafan 4 bintang bagi tahun 2025 dan 2026. Wakil syarikat penerima anugerah telah hadir sebagai jemputan khas, sekali gus menjadi inspirasi kepada kontraktor lain untuk terus meningkatkan pencapaian masing-masing.

CIDB Negeri Sarawak akan terus melaksanakan program pembangunan kapasiti seperti ini bagi memastikan kontraktor tempatan kekal berdaya saing, berprestasi tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan industri pembinaan negeri secara mampan.



22/04/2026

𝗡𝗲𝘄 𝗲𝗿𝗮. 𝗡𝗲𝘄 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴. 𝗡𝗲𝘄 𝗺𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝘂𝗺

Construction Sustainability Summit 2026 brings together the people and perspectives driving the future of Sabah’s construction industry, more sustainable, more innovative and more ready than ever for what lies ahead.
Be part of the energy shaping tomorrow.

Register now at cssborneo.cidb.gov.my

Sarawak Construction Run 2026 ✔️Done & dusted.Till next run! 🏃‍♂️
22/04/2026

Sarawak Construction Run 2026 ✔️
Done & dusted.
Till next run! 🏃‍♂️

Step Forward. Be Recognised. Lead the Industry.What sets you apart in a competitive industry?Your projects… your innovat...
20/04/2026

Step Forward. Be Recognised. Lead the Industry.

What sets you apart in a competitive industry?
Your projects… your innovation… or the impact you leave behind?

Now is the moment to prove it.

The Malaysian Construction Industry Excellence Awards (MCIEA) 2026, organised by Construction Industry Development Board Malaysia, is now officially open for entries — celebrating excellence, innovation, and leadership since 2000.

Because true excellence is not just built…
It is recognised.

🌟 What’s New This Year?
* Best Facility Management Contractor Award
* Changemaker Award (Individual)
* Outstanding Young Contractor Award (Under 40)

🏆 Award Categories Include:
Best Contractor • Best Project • International Achievement • Builder of the Year (G7) • Individual Awards & more

📅 Submission Period
31 March 2026 – 30 April 2026

🌐 Submit now: www.mciea.my

📩 Enquiries: [email protected]

Why participate?
Because recognition builds credibility.
Because visibility creates opportunity.
Because leaders don’t wait — they step forward.

So, the question is…
Will you be among the nation’s finest?

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia ke CIDB SarawakKuching, 8 April 2026 — Lawatan Kerja Rasmi Timbalan M...
10/04/2026

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia ke CIDB Sarawak

Kuching, 8 April 2026 — Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan ke Pejabat CIDB Sarawak telah disambut baik oleh Ts. Br. Rosmen Ag Hassan, Pengarah CIDB Negeri Sarawak bersama pegawai CIDB Sarawak.

Lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Chuang Kuang Hong dari CIDB Sarawak yang membentangkan pengenalan mengenai CIDB Sarawak dan anak syarikat di Sarawak, perkembangan industri pembinaan negeri termasuk statistik kontraktor dan personel binaan, serta perancangan program akan datang seperti Construction Run 2026 dan Integrity & Empowerment Construction Sarawak Day 2026 (IECONS).

Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh Encik Abdul Rahman bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, yang memberi fokus kepada pembangunan tenaga mahir pembinaan melalui latihan dan pensijilan bagi memenuhi keperluan industri pembinaan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah:

• Ts. Rohana binti Abdul Manan
Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Kontraktor

• En. Mohammad Johari Morni
Pengurus Sarawak
CIDB Technologies Sdn. Bhd.

• Puan Siti Aishah binti Ishak
Test Engineer
CREAM Sarawak

YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut mempamerkan kepimpinan yang proaktif, penuh idea serta sentiasa prihatin dalam mencari pendekatan terbaik demi memacu pembangunan negara.

Sesungguhnya lawatan ini telah memberi suntikan semangat kepada seluruh warga CIDB Sarawak dan anak syarikat untuk terus memperkukuh peranan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri pembinaan di Sarawak.

Kunjungan Hormat CIDB Malaysia ke Agensi Strategik Sarawak7 April 2026, Kuching — Delegasi Ibu Pejabat CIDB Malaysia ber...
07/04/2026

Kunjungan Hormat CIDB Malaysia ke Agensi Strategik Sarawak

7 April 2026, Kuching — Delegasi Ibu Pejabat CIDB Malaysia bersama CIDB Sarawak yang diketuai oleh Pengarah CIDB Sarawak, Ts. Br. Rosmen Ag Hassan, bersama Ts. Rohana Abd Manan dari Ibu Pejabat CIDB Malaysia, telah mengadakan tiga kunjungan hormat ke agensi strategik di Sarawak bagi memperkukuh kerjasama dan mempertingkatkan pembangunan industri pembinaan.

Kunjungan pertama diadakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Sarawak, yang diketuai oleh En. Abang Ehsan bin Abang Abu Bakar, Pengarah LHDN Sarawak. Kunjungan seterusnya diadakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, yang diketuai oleh Datuk Hasbilah Mohamad Salleh, Pengarah SPRM Sarawak. Delegasi turut mengadakan kunjungan ke Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diketuai oleh Pn Joanne Bulan Pakar.

Kunjungan ini turut bertujuan mempromosikan Program Integrity and Empower Construction Sarawak (IECONS) serta mempererat hubungan strategik antara agensi bagi memperkasakan industri pembinaan, khususnya dalam aspek pematuhan, integriti dan pembangunan kontraktor tempatan.

CIDB Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang menerima kunjungan hormat ini dan berharap kerjasama strategik ini dapat terus diperkukuh demi pembangunan industri pembinaan yang lebih mampan di Sarawak.


MAJLIS BERBUKA PUASA CIDB NEGERI SARAWAK BERSAMA JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAKPada 10 Mac 2026, CIDB Negeri Sar...
11/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA CIDB NEGERI SARAWAK BERSAMA JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK

Pada 10 Mac 2026, CIDB Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Peguam Negara Malaysia Sarawak dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah sempena bulan Ramadan yang mulia.

Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah CIDB Negeri Sarawak, Ts. Br. Rosmen bin Ag Hassan, bersama pegawai-pegawai daripada CIDB Negeri Sarawak serta wakil daripada Jabatan Peguam Negara Malaysia Sarawak.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara CIDB Negeri Sarawak dan Jabatan Peguam Negara Malaysia Sarawak, di samping menyemarakkan semangat silaturahim serta kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.

CIDB Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia Sarawak atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.



Majlis Tautan Ukhuwah Ramadan Bersama Agensi 20268 Mac 2026 - CIDB Sarawak telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah Rama...
08/03/2026

Majlis Tautan Ukhuwah Ramadan Bersama Agensi 2026

8 Mac 2026 - CIDB Sarawak telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah Ramadan Bersama Agensi yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni di Kelab Golf Sarawak.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab, Pengerusi CIDB Malaysia, sebagai tetamu kehormat dan dialu-alukan oleh tuan rumah, Ts. Br. Rosmen Ag Hassan, Pengarah CIDB Sarawak.

Dalam ucapannya, YB Dato Ir. Haji Yusuf turut mengingatkan semua pihak agar terus bekerjasama dalam meningkatkan tahap keselamatan serta kualiti industri pembinaan, demi memastikan pembangunan yang lebih mampan dan berintegriti.

Program ini menghimpunkan wakil daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), ABM Sarawak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, LHDNM, Pusat Khidmat Kontraktor serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi. Turut memeriahkan suasana, ahli keluarga staf yang hadir bersama menjadikan majlis lebih santai, mesra dan penuh kegembiraan sempena bulan Ramadan.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN CIDB NEGERI SARAWAKAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ihya’ Ramadhan anjuran...
26/02/2026

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN CIDB NEGERI SARAWAK

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ihya’ Ramadhan anjuran CIDB Negeri Sarawak sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan di kalangan warga kerja CIDB Negeri Sarawak.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah CIDB Negeri Sarawak Ts. Br. Rosmen B. Ag. Hassan yang menekankan kepentingan pengukuhan nilai spiritual, integriti serta keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pembangunan sahsiah dalam perkhidmatan.

Program ini telah diisi dengan tiga slot ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abdullah Sau'di daripada Masjid Al-Abdyad (Masjid Putih), Yang Berbahagia Ustaz Azman Zen daripada Mahad Tahfiz Raudathul Jannah serta Yang Berbahagia Ustaz Hj Sarbini daripada Hikmah Sarawak.

Semoga program ini terus menjadi platform memperkukuh ukhuwah, meningkatkan ilmu serta menyuburkan nilai-nilai murni di kalangan warga kerja CIDB Negeri Sarawak.

Ramadan dihayati, sahsiah diperkasa.




Address

Tingkat 1 Blok A Kompleks CIDB Jalan Sultan Tengah Petra Jaya
Petra Jaya
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:15 - 17:00

Telephone

+6082445833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Negeri Sarawak:

Share