03/06/2026
YBhg. Datoโ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya hari ini telah mengadakan lawatan susulan ke Gerai 51/243, Seksyen 51A bagi meninjau perkembangan terkini di lokasi tersebut. Turut hadir, YBrs. Tuan Fauzi bin Maarop, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBPJ.
Kerja-kerja perobohan struktur gerai yang terjejas telah selesai dilaksanakan pada 1 Jun 2026. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menggantikannya dengan kiosk baharu di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang lebih moden, selamat dan teratur demi meningkatkan keselesaan serta kemudahan kepada para peniaga dan pengunjung.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MBPJ dalam memastikan kemudahan awam yang berkualiti, selamat dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.
'๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐ฝ๐๐ฆ๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐โ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐'
#๐๐ข๐ญ๐๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ MajuBersama