12/12/2025
π¨π»βπMAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH & TAHUN 6 DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (HAKM) SESI 2025π©π»βπ
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah berbesar hati untuk menjemput ibu bapa/penjaga kepada penerima anugerah untuk hadir pada ketetapan yang berikut:
π Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu).
π Masa:
- Sidang 1: 8.00 - 10.00 pagi (Majlis Apresiasi Prasekolah & Tahun 6).
- Sidang 2: 10.30 - 1.00 tengah hari (HAKM).
π Tempat: Dewan Budiman, SKT.
π Pakaian: Berpakaian formal dan sopan.
π Ruangan Parkir kereta: Kawasan pagar C.
π Kehadiran ibu bapa/penjaga: Ibu bapa dibenarkan untuk berada di Dewan Budiman mengikut sidang yang ditetapkan. Namun, sekiranya dewan sudah penuh, pihak sekolah juga menyediakan tempat di Dewan Warisan untuk menonton majlis melalui youtube live.
π Pihak PIBG juga menyediakan photobooth (RM 5) di Dewan Warisan.
π Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin.
β
π Bagi penerima anugerah, murid dikehendaki untuk memenuhi perkara berikut:
1. Hadir ke sekolah sebelum 7.15 pagi.
2. β Beruniform sekolah lengkap, kemas dan bersih - lengkap berlencana dan tanda nama.
- Lelaki: rambut kemas disikat dan bertali leher.
- Perempuan: bertudung/rambut diikat dengan kemas.
3. β Kasut hitam bersih dan berstokin.
4. β Bawa beg kecil untuk meletakkan sijil & hadiah.
5. β Murid akan diberi sarapan - roti dan air mineral.
6. β Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit.
π Peringatan:
- Mohon ibu bapa/penjaga untuk kekal berada di tempat duduk masing-masing ketika majlis berlangsung & meminimumkan pergerakan.
- β Ibu bapa/penjaga juga tidak dibenarkan untuk berada di ruangan hadapan untuk mengambil gambar.
- β Telefon mestilah dalam tetapan mod senyap
π Makluman:
- Setiap foto penerima anugerah akan diambil secara individu oleh jurukamera dan akan dimuat naik di dalam facebook sekolah.β
Pautan youtube sekolah: Akan dikongsikan nanti.
Pautan buku program: https://tinyurl.com/BukuProgramApresiasidanHAKM
Harap maklum, terima kasihπ±