29/05/2026
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi sedang merangka pelbagai inisiatif bagi membantu pengamal media di negara ini mendepani cabaran semasa termasuk ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ketidaktentuan ekonomi.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini disambut dalam suasana kebanyakan petugas media berasa risau tentang pekerjaan serta masa masa depan mereka.
"Tahun ini kita menyambut Hari Wartawan dalam satu suasana dengan ramai yang mungkin risau tentang pekerjaan mereka, tentang masa depan mereka akibat daripada AI dan isu-isu ekonomi.
"Tetapi insya-Allah, di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang sedang diikhtiarkan untuk membantu rakan-rakan dalam bidang media," katanya dalam ucapan sempena sambutan HAWANA 2026 hari ini.
Fahmi Fadzil